Tidak salah kalau kita inginkan
sesuatu, lantas berhutang. Tapi, ianya menjadi kesalahan berat jika hutang itu
dibiarkan tanpa dilangsaikan.
Orang yang tidak membayar hutang
umpama orang yang tidak menepati janji. Pastinya sebelum kita berkehendakkan
sesuatu, kita telah membuat perjanjian terlebih dahulu.
“Haaa..ni
barang yang ko nak tu. Jangan lupa, lepas dapat gaji nanti bayar tau.”
“Wokeh..no
hal punya laaa.”
Haaa...sedutan dialog antara pemberi
hutang dan si penghutang. Barang sudah di berada di genggaman tangan, janji
terus dilupai. Hutang tergantung begitu saja.
Pastinya salah seorang daripada kalian
pernah menghadapi situasi kat atas ni. Cuba menghubungi si rakan tersebut,
namun panggilan tidak dijawab. Diselangi dengan usaha menghantar mesej, namun
tiada balasan. Janji tinggal janji. Apakah rakan tadi sudah terlupa akan
hutangnya? Apakah rakan tadi tiada wang untuk menebus hutangnya? Berbagai persoalan
timbul. Mungkin dia busy kot. Tapi mengapa wall di facebooknya
berdentum-dentam. Sangat aktif! Oh rakan...usahlah begitu...ingat janji pada
mereka yang kau janjikan..ingat janji yang kau lafazkan..disaksikan olehNya!
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya,
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang,
sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan
kehinaan di siang hari.”
[Riwayat al-Baihaqi]
Jika
berhutang, langsaikan hutang dengan segera. Hutang pinjaman PTPTN, hutang
kepada rakan, hutang dengan makcik nasi lemak, hutang dengan tauke Achong, malah
sebagai pensponsor yang menaja hadiah segmen/ giveaway/ contest. Tunaikan janji
kita. Selamat hari Jumaat u olls. Assalamualaikum..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
27 comments
Assalamualaikum yangg. thanks sharing. sheila ada hutang giveaway. skrg tengah cari hadiah tambahan utk pending hutang tu. harap2 orang tak marah sheila :(
alorh! alorh! comelnya kartun tu...
betul tu yumida.. ada kebenarannya kata-kata itu.. mama pun ada hutang orang gak ni, hihi
haaa..
saper tu..
alhamdulillah shark xdek lg stakat nie:)
mmg dr dulu jauhkn bnda2 nie..
kalu dekat mmg bleh botak kapla.
hutang snang je mintk.
bayar bukan main payah.
betol2 :)
betul2..kalu berhutang kenalah bayar...
stuju :)
Ana mmg x suka bhutang..skrg dh settle ptptn n loan yayasan.berehhh bru tenang hatiku lalala.pssstt x elok bhutang tp liat bayo tau..:-)
betol..hutang wjb byr meskipun drh dging sndrik sbb mulut dah terkeluar ayat hutang melainkan dihalalkan
betul tu hutang perlu di bayar walau apa jua caranya ,bahaya kalau tak langsaikan hutang
Nice Share Alhamdulilah :) btw lawa doodle kucing
hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut.. sendiri ingat la kan.. :)
membayar hutang hukumnya wajib..so kalo berkemampuan terus langsaikan~
fae berhutang kat uni fae coz i have a certain amount of sem fee yang belum bayar lagi hehehe.
risau bila fikir kalau kita terlepas pandang yg kita masih berhutang dgn org .. :(
In shaa ALlah, thanks for the reminder
Setuju hutang tetap hutang wajib d langsai..alhamdulila setakat nie tda brhutang lgi.nice sharing :-)
Betul tu.. cepat lambat..hutang mesti di langsaikan...
bena ya.. tkut glak mun tlupak byr utang..
selagi hutang tu tak dibayar, hati rasa macm tk tenang jeer
Setuju dengan kitak
yelah sis yumida.kadang2 macam kita ni peminta sedekah pulak,nak minta balik kawan tu bayar.sentiasa cuba bersangka baik mungkin dia belum mampu huhu...
owh sebenarnya nak remind yang sponsor2 tu,ye he3...
sebut pasal hutang ni hana da pengalaman pahit..
kkdang kita nak minta hutang dari kawan rasa susah sangat sebab nanti kawan kita tu mcm " nantilah bayar tak sabar2, bukan nak lari pun". lepas tu kawan hana mengata hana dari belakang.sangat sedih. Klau tak minta dia lupa.. sebab pernah dia lupa bayar tapi xkisah pun sebab sikit ja dia hutang tu.
tapi kali ni banyak dia hutang kena tuntut gak lagipun dah nak akhir sem.
hana masih ingat, hana xkan lupa sampai bila2. sekarang masih berhubung tapi xbaik mcm dulu..
tapi nasib perkara ni jadi masa nak dekat2 habis sem. jadi tak terasa hati.. tapi masih sakit hati dia kata kat belakang. heboh2 kat kawn2 yang lain...
sakit hati.. sedih walaupun dah setahun berlalu
p/s: luah perasaan kat sini plak. huhu sorry2.nak menagis rasa..banyak entry hana buat pasal kesedihan hana ni. hana xtau nak cerita kat sapa..
kdg2 da bg org pnjam duit ke ape ke, si peminjam wt xtau plak. mcm xnak byr.
sabor je laa.. xkan nak mnx plak kan,.
so, diam kan aje laa
knpe kak..ada yang x langsai hutang akak ke..habaq fizi deh hehe :) kasi siku sama dia hehe :)
btol tu...btw,,comel la kucing tu!.^^
bawa ke mati kalau berhutang ni. sbb tu bila ada org mati skarang, ada family sanggup siarkan di akhbar utk melangsaikan hutang2 simati. nauzubillah.....azab dalam kubur nanti oiiiiiii!!!
acaner tu....kalau seposen doplocen, bolehlah dihalalkan kannnnnnn.......
setuju..xtenteram rasenye selagi hutang xdibayar..