As salam
buat rakan pembaca,
Alhamdulillah,
semalam dapat lagi CPUV dari Nuffnang. Digi
Prepaid Project Zoom:
Wokeh,
berbalik pada tajuk entry hari ni. Mengenai apa yang dimaksudkan dengan CPUV.
Mungkin ada di antara rakan-rakan kita pernah membaca juga mendengar..tetapi tidak
tahu maksud sebenar CPUV. Aku mengerti..dulu-dulunya aku juga begitu. Nuffnang?
CPUV? CPC? Apakah?????
Haaa...dengan
sedikit pemahaman yang aku ada ni. Aku pun nak share dengan rakan blogger
sekalian. Moga-moga dapatlah membantu mereka yang ingin tahu. Pada yang mahir
atau expert bab-bab CPUV ni...meh kita sharing bersama. Tambahkan apa yang ada
di dalam entry ni. Moga rakan pembaca di luar sana mendapat manfaat hasil
pekongsian kita.
Apa itu CPUV?
Nama penuh CPUV ialah Cost-Per-Unique-Visit. CPUV dikira
berdasarkan unique visitors yang datang
berkunjung ke blog kita. Unique visitors? Apakah????
Unique visitors dikira apabila IP
address berlainan masuk ke blog kita. Contohnya, Fasha Sanda di KL, Siti Nurhaliza di
Damansara, Syuk Raja Lawak di Taiping, Lee Min Ho di Seoul dan Kim Jong Kook di
Jaeju...kesemuanya sedang beronline membuka laman blog aku. So, kat sini aku
dapat 5 unique visitors. Dari IP address yang berlainan.
Tapi...andai mereka berlima ni menggunakan 1
komputer yang sama. Dengan IP address yang sama. Ia hanya merujuk, 1 unique
visitor sahaja. Dengan pengiraan 5 pageviews. See...unique visitor dan pageview
merupakan benda yang berbeza.
Bagaimana
bentuk CPUV di dalam akaun Nuffnang?
Haaa..bagi yang ingin tahu macam mana bentuk CPUV yang diberikan oleh
Nuffnang. Beginilah rupanya:
Status on going
menunjukkan kempen iklan tu sedang dijalankan di blog. Andai ia tertera credited,
bermakna kempen tersebut telah pun berakhir dan earning telah pun dikredit
masuk ke dalam akaun Nuffnang kita.
Selepas mendapat CPUV, apa yang harus dilakukan?
Bagi
blogger yang telah mendapat tawaran CPUV. Yumida ucapkan..tahniah!
Alhamdulillah..rezeki tu. Mereka yang terpilih dalam kempen CPUV ni, disarankan
untuk menyediakan langkah-langkah proaktif dalam meningkatkan trafik blog. Contohnya, rajinkan diri berblogwalking
ke blog lain. Kalau kita tak berkunjung ke blog lain, mana mungkin blog kita
akan menerima kunjungan kan. Melainkan kalau kita pemes hot-hot gitu. Hehe.. Kalau
rajin anjurkan segmen, giveaway, contest, jadi penaja/sponsor pun ok jugak...bagi
menarik rakan blogger singgah ke blog kita. Semakin cantik trafik blog, semakin
cantik jugalah earning yang akan kita perolehi. Harus diingat...unique visitor tu yang penting.
Kalau
boleh maintainkan trafik blog. Blog yang trafiknya maintain amat disukai oleh
pihak advertiser.
Rasanya
macam malas la nak buat semua kat atas tu. Boleh tak kalau saya tak nak buat
apa-apa. Biarkan macam tu je. Aah boleh je. Tapi earningnya tak berapa la.
Bukan mudah mendapat tawaran CPUV. Andai terpilih menjadi yang bertuah...rebutlah
peluang yang ada (nasihat nenek si bongkok 3..hehehe).
Bulan Ogos
lepas aku telah berjaya cash out earning Nuffnang. Nak tahu? Nak tengok? Meh terjah
entry ni: Kelebihan Letak Iklan Nuffnang Di Blog
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
41 comments
Rezeki masuk lagi :)
Tq atas info yang berguna.
Kalau pakai hp dan dlm masa yg sama on jgk dlm laptop using wifi yg sama..ermmm..ip dia same jgk tak?
CHOT: kena tengok ip address nya kot..hehe..x pasti jugak
Tenkiu yumida..gud info.thanks 4 sharing dear..:-D
Owh!!..baru tahu..hehe..thanks..nice sharing..BW sini..:D
memang yg terpilih jek. sbb hda dah lame join nuffnang, cuma takde rezeki lagi. sobsobsob :'(
Yumida mmg murah rezeki hehe :) tambah duit tabungan Yumida kat sini jugak..nnt bo blanja kepci :P
tak pernah dapat cpuv lagi.. sob sob..
donate utk hi-shop & save22.. ;)
Eh eh.
Mcm taw2 je shark nk tnya pasal cpuv..
Shark br dpt satu smalam..
Hehe.
tq sis berkongsi ilmu..done klik utk sis..
Rajinnya buat entri. Mieya nie je yang blog jarang berhupdate
info basic..tapi perlu diingatkan selalu
TQ
nice info kak ;)
mama sentiasa membaca info-info terkini tentang nuffnang, terima kasih yumida tentang perkongsian ini... terbaik dari mama!! hihihih
X nampak pun iklan digi kat page ni?
untunglah ada blogger famous review blog ni. hehe.. btw, nape contoh tu gune Jong kook ngan Min Ho? haha.. ni msti peminat setia nih...
rezeki masuk lagi :)
Masih cuba memahami konsep itu. baru je join dunia blog. Thanks.
tahniah =) inshaa'Allah, ada rzeki pasti masyuk je..nice sharing..
baru dapat satu lagi BE..nie yang kena rajin blogwalking..ececeh...salam jumaat umi...
kmk lum cash out gik. tunggu banyak sikit lok. hehe~
byk dpt CPUV yer... done clik2 nuffnag !
kite dtg klik iklan akak :))
menarik.... perkongsian pintar
:)
Ooooo.... mcm tu eh? saya tak pernah tau pun psal ni! huu.. dh berblog hampir 5 tahun.. tp mls nk cari ilmu.. sudahnya mmg x kn tau la jwbnya!
Eh, Assalam Yumida, saya dtg sini melalui blog mia liana.. Salam kenal ya! <3
Assalamualaikum yangggggg, thanks sharing entri ni. sangat2 faham. hehehehe :)
*sedekah klik untuk awak...
dh lame xdpt BE... eh.., lupe lak now dh jd name CPUV.. hehe...
btw, sy dh dpt hadiah utk GA teka tue.. thanks sis!! ^_^
Assalammualaikum... yumida,
tahniah2 k.. sama2 kita saling sokong menyokong k..
mselim3
in shaa Allah deqla klik nnti ye. tp kat opis x boleh ar..huhu..
dh lama x dapat cpuv tu, hope kali ni dapat..
wah...penjelasan yang detail...hehe..thank you yer..
Regards,
-Strider-
Barulah saya faham bila baca entri ni. Terima kasih ya.
wah best la mcm ni, yumida, jom exchange list klu sudi ya...tq2
Tak Mungkin Benar
alhamdulillah faham jua akhirnya. terima kasih ye utk perkongsian ilmu ^_^
kak yumida..status nuffnang sy non glitteraty. mcm mn ya nk bg jd glitteraty?
Waahhh..eksaited ni. sy baru dapat first cpuv. Eksaited, eksaited! Hihi. Dah bertahun blogging tapi baru dapat. Jom akak singgah2 ke blog sy :D
Sharing yg berguna untuk newbie mcm saya. Thanks ya..;)
ok paham..setelah bertahun baru fist dpt cpuv..miahahaha..tq for ur info..jemput singgah blog sejemput.. =)
Tq for sharing.. saya dah dapat status gliterati tp di CPUV & CPC still kosong.. mcm mane eh nk dpt kan?
cpc tu bila pembaca klik iklan kat blog kita. takde org klik so earning cpc takde masuk. cpuv tu nuffnang dan advertiser kasi. kalau ada, ia akan tertera kat bahagian cpuv akaun kita. kalau takde, belum rezeki lagi.