Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua

JAKARTA-BANDUNG
PART 5

Sambungan:

Ekslusif:
Mine Home Cihampelas Hotel

Bye bye Bandung. Hari ni kitaorang berangkat ke Jakarta. Supir kami bawa coaster yang lebih besar. Al maklum la, barang yang kami bawa tu banyak. Bak kata orang Sarawak, melobo. Hehehe. Lepas je check out, kitaorang terus bertolak ke Jakarta. Perjalanan dari Bandung ke Jakarta memakan masa 3 jam. Kalau trafik jem boleh makan masa sampai 5 jam! Alhamdulillah, time ke Jakarta tu trafik berjalan lancar.

Dalam perjalanan, kami singgah berehat di R&R. Kami makan tengahari di Restoran Grand  Sederhanabintaro. Order nasi ayam lepaas kat situ. Nasi ayam lepaas ni seakan2 nasi ayam penyet. Murah je! Nak tahu harga ayam lepaas ni? Hanya RM3.50 kalau duit Malaysia. Sedap!Restoran Grand Sederhana bintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua
Restoran Grand  Sederhanabintaro

Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua
Ayam lepaas

Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua
Katanyaaaaaa....

Menurut supir kami, tandas di R&R sini paling tercantik di Jakarta. Luas dan besar katanya. So, apalagi.. aku pun terjah tandas situ. Bila aku masuk, wah...betul kata dia... Besar, wangi, bersih!

Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua, tandas terbersih
Tandas di R&R

Jalan di Jakarta teramatlah jammed. Hotel yang kami duduki berada tidak jauh dari Mangga Dua shopping compleks. Untuk buat pusingan masuk ke lorong hotel kami mengambil masa kira2 sejam! Bukannya jauh pun pusingan U tu tetapi oleh kerana terlalu jammed, ia memakan masa yang lama.

Yang bestnya, bas ada laluan sendiri. So, kalau nak cepat, baik guna bas je. Kami menginap di Rumah Shinta. Hotelnya bersih dan sangat2 selesa. Harganya berpatutan dan pakejnya sama seperti di Bandung, sarapan disediakan. Supir kami pun kami kasi satu bilik. Terkejut dia bila my hb bagi kunci bilik. Itulah kali pertama dia tido di hotel. Sebelum ni, kalau pergi Jakarta dengan pelancong, dia tido di dalam bas. Setelah check in, kami rehat sekejap sebelum bersiar-siar di Mangga Dua.

Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua
Rumah Shinta

Tepat jam 5 petang, kami pun gerak. Pelayan hotel tu cakap Mangga Dua dah tutup jam 5 p.m. Aku pun pelik. Takkan la shopping kompleks yang besar tu dah tutup. Selidik punya selidik, rupa-rupanya Mangga Dua ni banyak bangunan. Yang dia cakap tu Pasar Pagi Mangga Dua. Pasar Pagi Mangga Dua tempatnya jual barang2 murah. Manakala di WTC Mangga Dua, barangnya mahal seperti shopping complex kat Malaysia jugak.

Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua
WTC Mangga Dua

Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua
Pasar Pagi Mangga Dua

Aku ingatkan Pasar Pagi tu tempat jual ikan dan sayur. Rupanya kompleks beli belah. So, takpe. Kitaorang jalan2 saja la di WTC Mangga Dua. Window shopping je kat sana. Tak ada yang best sangat kat WTC Mangga Dua ni. Lebih kurang macam kat Malaysia jugak. Setelah pusing2, kami pun balik kat hotel. Kami makan malam di gerai bersebelahan dengan hotel kami je. Masakannya sedap dan harganya pun murah. Lepas makan, apalagi.. Tido. Zzzzzzzz..

22 comments

Terpegun tengok balik air yang cantik tu :)

macam sedap je alam lepas tu.. hehe.. :D
Bestnya kak yum g bercuti..

nice entry....akak tak pernah sampai lagi kat sana....

bestnyaaaaaaaaaaa

wah.. best nya.. ingatkan pasar pagi tu jual barang basah macam ikan dan sayur tu.. hehe..

cantiknya tandanya tu..mcm bilik

ayam lepas tu dah macam ayam penyet kan..

seronoknya dapat pergi tempat orang... :)

lagi liburan ya...??? happy enjoy ya :)

Bandar Jakarta memang cantik.. Erin dah pernah pergi Jakarta.. Memang teruja..cantik bangat sih...

Wah ! bersih jer kawasannya...pasar pun bersih... best lah camtu..

mangga dua tu mmg tempat wajib ka selalu kt tv pun diorg pi situ

nanti yumida tanye hb...yumida pun x pasti. dia yg berurusan depan kaunter

cantik giloss tandasnya..!

ayam lepass...nama lucu, tapi nampak sedap..!

tak sempat nak pergi bro.. masa tak mengizinkan..

harga bilik standard katil queen rp 295000 atau rm 84
family room rp 435000 atau rm 125


EmoticonEmoticon