Kim Azizd & Dayla Tersingkir Konsert The Band Minggu 1

Konsert The Band Minggu 1 telah pun bermula pada Sabtu lepas dengan menyaksikan persaingan hebat di antara kesemua peserta The Band ini. Konsert The Band minggu pertama membawa tema throwback iaitu lagu-lagu yang mengimbau memori zaman 90-an.

Kumpulan yang berentap dalam Konsert The Band Minggu 1 ialah Xtrim, Alpha, Xcess, Rania, Anggun dan Tiara. Untuk persembahan Konsert The Band minggu pertama, masing-masing telah menunjukkan kehebatan dari segi tarian dan nyanyian.

Namun ada juga rekrut yang tidak berjaya menambat hati serta menerima komen-komen pedas daripada Ejen The Band iaitu Syafinaz, Yusry dan Datuk Aznil Hj Nawawi. Rekrut yang dimaksudkan adalah Kim Azizd, Danish Dash, Aizat, Dayla, Shenty dan Farahain. Malangnya nasib tidak menyebelahi Kim Azizd dan Dayla apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir untuk minggu ini.

Kim Azizd & Dayla Tersingkir Konsert The Band Minggu 1
 Kim Azizd dan Dayla tersingkir Konsert The Band Minggu 1

Biodata Kim Azizd
Nama penuh Kim Azizd: Abdul Hakim Azizd
Umur: 24 tahun
Asal: Sabah

Biodata Dayla
Nama penuh Dayla: Nur Fadilah Iduk
Umur: 20 tahun
Asal: Sabah

Penyingkiran Kim Azizd dan Dayla telah diumumkan oleh hos ‘The Band’, Awal Ashaari.
Konsert The Band bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Manakala Whazzup The Band pula akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam serta X The Band pada setiap Ahad, jam 10.00 malam.
Sumber: Murai

Konsert The Band

4 comments

x pernah nangga tp mcm best jak ngga iklan.. hehe

aik ?? dah start ke ?? Zara jarang tgk tb.. ~~~~~~

Semoga mereka tidak berputus asa...


EmoticonEmoticon