Masalah Kencing Kotor Berpunca Jangkitan Pundi
Kencing
Kencing
kotor ni sering terjadi di kalangan wanita terutamanya bagi ibu hamil. Ia amat
merisaukan ibu mengandung kerana jika tahap kencing kotor ni mencapai tahap bahaya
ia boleh merisikokan bayi yang dikandungnya. Info lanjut baca di sini: Jangkitan
kuman pada pundi kencing ketika hamil.
Jangkitan
pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi
kencing. Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita
sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka.
Cara Kesan Untuk Tahu Jika Terkena Kencing
Kotor
Cara untuk
mengesan jika seseorang terkena kencing kotor ialah dengan membuat pemeriksaan
air kencing (urine test). Jika warna air kencing keruh seperti level bahaya yang
ada pada urine test tersebut, maka anda berkemungkinan mempunyai kencing kotor.
Punca Kencing Kotor
Kebanyakan
jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis kuman,
terutamanya E.coli .Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di
dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling dubur.
Agak
sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas
melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan
memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.
Realitinya
pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari
belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan
naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan intim.
Cara Atasi Masalah Kencing Kotor
Jadi
pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan intim dengan suami. Cuba buang
air kecil, bagi mengosongkan pundi kencing yang mungkin mula dimasuki bakteria.
Bersihkan kemaluan dengan pencuci yang disyorkan. Dengan penjagaan yang betul
dan rapi, insha Allah ia dapat menghindarkan masalah kencing kotor di kalangan
wanita. Kredit: Jangkitan
pundi kencing undang kencing kotor
3 comments
nice..x tahu pun sebelum ni T_T
tak cek pun warna urin ni ...
nice sharing..
EmoticonEmoticon