Cara Semak Status ID Peniaga (Kedai) Daftar GST

1 April 2015 bermulanya perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di semua kedai yang dah berdaftar dengan pihak kastam. Masuk hari ni dah hari ke-13 kita semua ber-GST. Ikut pengalaman aku sendiri, ada kedai di kawasan sini yang dah guna harga barang ikut harga GST iaitu kenaikan cukai sebanyak 6 peratus bagi barang tertentu. Tertera pada tag harga barangan mereka. Malah bila bayar, tertera cukai GST 6 peratus pada resit kedai.

Yang bestnya, ada kedai a.k.a supermarket kat sini yang belum lagi laksanakan sistem GST. Mungkin mereka tak daftar, atau mungkin mereka tak guna pakai sistem GST. Tertera pada tag harga barangan mereka yang harga barang tak masuk GST. Bila bayar, sah, memang kedai tu tak ada GST. Happy ler, boleh beli barang pada harga rendah. Harga asal.

Bila kita nak beli barang especially barang dapur, makanan, peralatan rumah yang perlukan kuantiti banyak. Kita confuse sama ada peniaga kedai tu memang dah daftar sebagai peniaga GST atau tak. Kalau daftar, diorang berhak caj kita dengan kenaikan cukai 6 peratus tu. Kalau tak daftar tapi resit ada tertera caj cukai GST, haaa macam mana tu? Jengjengjeng.. meh aku kongsikan cara semak status GST pada peniaga.

1. Layari laman web Taxpayer Access Point: https://gst.customs.gov.my/TAP/ untuk menyemak status pendaftaran GST sesebuah syarikat.
2. Klik pada “Carian Status GST” untuk memulakan semakan.
3. Kita boleh menyemak status pendaftaran dengan memasukkan samada Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. GST.

Contoh 1: Semak Pendaftaran Peniaga Kedai Menggunakan Nama Perniagaan
Cara semak status GST, cara semak status ID peniaga, kedai, syarikat daftar sistem cukai GST, cara buat aduan peniaga tidak daftar GST, semak status pendaftaran GST sesebuah syarikat, semak pendaftaran peniaga guna nama perniagaan, nombor syarikat, nama kedai, nombor ID GST
Klik pada butang “Nama Perniagaan” dan masukkan nama syarikat tersebut. Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST. Macam aku, beli air kotak Yeos kat Honey Bakery House, memang tercatat GST kat resit, bila semak dalam sistem, sah peniaga tu dah berdaftar GST.

Contoh 2: Semak Pendaftaran Syarikat Menggunakan Nombor Pendaftaran Perniagaan
Cara semak status GST, cara semak status ID peniaga, kedai, syarikat daftar sistem cukai GST, cara buat aduan peniaga tidak daftar GST, semak status pendaftaran GST sesebuah syarikat, semak pendaftaran peniaga guna nama perniagaan, nombor syarikat, nama kedai, nombor ID GST
Klik pada butang “No. Pendaftaran Perniagaan” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan, tanpa simbol. Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST.

Contoh 3: Semak Pendaftaran Peniaga Kedai Menggunakan Nombor ID GST
Cara semak status GST, cara semak status ID peniaga, kedai, syarikat daftar sistem cukai GST, cara buat aduan peniaga tidak daftar GST, semak status pendaftaran GST sesebuah syarikat, semak pendaftaran peniaga guna nama perniagaan, nombor syarikat, nama kedai, nombor ID GST
Semua invois atau resit yang dikeluarkan oleh syarikat yang berdaftar dengan GST mestilah mempunyai Nombor GST syarikat tersebut. Untuk memastikan kesahihan nombor dan pendaftaran tersebut, kita boleh menyemak dengan memasukkan Nombor GST syarikat tersebut dalam carian. Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST. Pastikan nombor GST dan Nama Syarikat yang ditunjukkan adalah sepadan dengan invois yang dikeluarkan. Nombor id GST memang sepadan dengan resit yang dibagi oleh Honey Bakery House.

Jika Tiada Padanan Maklumat Peniaga Kedai Daftar GST Tetapi Dalam Resit Ada Caj GST. Perkara yang perlu kita buat...
Buat aduan kepada pihak KPDNKK agar tindakan boleh diambil terhadap syarikat tersebut. 

5 comments

assalamualaikum
singgah pagi isnin :)

Tetapi akan ada resit yg ada GST no. tetapi nama company tu lain. disebabkan company tu sole prop so gst didaftarkan atas nama ikut IC. atas resit penjual tak akan letak nama ic mereka. Pernah jumpa tak?


EmoticonEmoticon