Bercakap Dengan Jin Drama Seram Astro

Drama Bercakap Dengan Jin Akan Disiarkan November Depan

Bercakap Dengan Jin merupakan drama hasil karya Datuk Yusof Haslam yang bakal ditayangkan bermula 4 November 2014. Wah excited nak tengok! Berani ke aku tengok drama seram? Erk..tengok sambil tutup mata la gamaknya. Baca tajuk drama ni, Bercakap Dengan Jin, hmmm bunyinya macam menarik. Bercakap Dengan Jin drama 13 episod ini bakal disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih


Bercakap Dengan Jin ambil masa 23 tahun untuk diterbitkan

Wah! Lama giler. Menurut kata Datuk Yusof Haslam, sebelum ni beliau pernah terbitkan naskhah tersebut untuk dijual di sebuah stesen televisyen namun gagal kerana masa tu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum. Akhirnya impian beliau untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga. Yeah..nanti kita tengok tayangan drama seram Bercakap Dengan Jin Selasa depan.

Cabaran menghasilkan drama Bercakap Dengan Jin

Cabaran utamanya adalah berhadapan dengan tahap kesihatan pelakon veteran Datuk Rahim Razali yang terpaksa menjalani penggambaran 14 hari tanpa henti. Datuk Rahim Razali yang berusia 75 tahun itu jatuh sakit akibat terlalu penat. Cabaran kedua, penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak dalam drama tersebut memerlukan kos agak tinggi. Apa pun tahniah buat Datuk Yusof Haslam sebab berjaya menyiapkan drama Bercakap Dengan Jin ni, tak sabar nak tengok drama genre seram begini.

Drama Bercakap Dengan Jin adaptasi dari kisah benar

Apa yang menariknya mengenai drama Bercakap Dengan Jin ni, ia merupakan adaptasi dari kisah benar. Kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Wah! Part kisah benar macam ni yang kita nak tengok. Benda yang pernah terjadi.


Pelakon drama Bercakap Dengan Jin

Datuk Rahim Razali
 Pekin Ibrahim
A.Galak
 Oktavia Manrose

Gambar pelakon menjayakan drama Bercakap Dengan Jin

 Bercakap Dengan Jin Drama Seram Astro, gambar, pelakon, sinopsis Bercakap Dengan Jin, drama Bercakap Dengan Jin adaptasi kisah benar, cabaran terbit drama seram Bercakap Dengan Jin

Saksikan drama Bercakap Dengan Jin
Jumlah episod drama bersiri Bercakap Dengan Jin: 13
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: Mustika HD 134 & Astro Bella 133

1 comments so far


EmoticonEmoticon