Senarai Negara Aman & Selamat Di Dunia

20 Negara Paling Aman & Selamat Didiami Di Dunia

Sebelum ni timbul rasa ingin tahu negara manakah yang disenaraikan sebagai negara paling aman dan selamat untuk didiami di dunia ni. Adakah Malaysia salah 1 negara yang tercalon dalam kategori aman dan selamat?

Aman & Selamat - Negara Yang Rendah Kes Jenayah Dan Perang

Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan. Menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman dan selamat di dunia.

20 negara paling aman dan selamat didiami di dunia, negara makmur, negara harmoni, negara yang rendah kes jenayah dan perang, cara mengukur keamanan negara, Indeks Keamanan Global (GPI), Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP)

1. Denmark
Denmark tersenarai kedudukan pertama negara paling aman dan selamat untuk didiami. Rakyat Denmark sangat ramah, terbuka dan gemar membantu. Pelancong yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.

2. Norway
Norway di kedudukan ke-2 negara paling aman, peramah dan selamat didiami. Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan bagi Norway.

3. Singapura
Siapa sangka negara jiran kita yang cilik ni dinobatkan negara ke-3 paling aman dan selamat untuk didiami. Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan. Singapura memberi fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara. Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.

4. Slovenia
Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman dan selamat di dunia. Slovenia mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman terancang yang rendah. Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.

5. Sweden
Sweden berada di tempat ke-5 negara paling aman dan selamat untuk didiami. Walaupun terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah.

6. Iceland
Dasarnya yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman dan selamat di dunia.

7. Belgium 
Belgium di kedudukan ke-7 negara paling aman dan selamat untuk didiami di dunia. Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.

8. Republik Czech
Republik Czech di tangga ke-8 negara paling aman di dunia. Republik Czech juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009. Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh dunia.

9. Switzerland 
Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan Switzerland. Switzerland juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah. Walaupun Switzerland sering mengambil pen­dekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.

10. Jepun
Jepun di tangga ke-10 negara paling aman dan selamat di dunia. Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah. Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.

11. Ireland
Terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia. Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.

12. Finland
Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik. Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.

13. New Zealand
New Zealand tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007. New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami. Ia mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.

14. Kanada
Kanada di tangga ke-14 negara paling aman dan selamat di dunia. Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang gemarkan suasana ketenangan.

15. Austria
Terletak di Eropah Te­ngah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa. Sejak pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang.

16. Bhutan
GPI 2013 turut me­nyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi. Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah. Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.

17. Australia
Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.
Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik. Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.

18. Portugal
Portugal di tangga ke-18 negara paling aman dan selamat di dunia. Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.

19. Qatar
Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.

20. Mauritius
Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada 2013, Mauritius di tangga ke-20 negara paling selamat didiami di dunia

Itulah senarai 20 negara paling aman dan selamat untuk didiami di dunia. Hidup aman damai, makmur, harmoni adalah menjadi impian setiap manusia. Pastinya kita sebagai rakyat ingin mengecapi nikmat pembangunan, arus pemodenan negara. Kalau negara diisytihar tidak aman, tidak selamat, bagaimana kita nak rasai pembangunan negara sendiri. Betul tak? Sebab tu penting untuk kita berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Jangan terlibat dalam kes jenayah, jangan terlibat dengan rusuhan, keganasan. Yang pastinya ia hanya memberi masalah dan kerumitan buat diri kita dan orang lain.

Tapi kan, Malaysia tak tersenarai erk dalam Senarai 20 Negara Paling Aman & Selamat tu? Aku ingatkan Malaysia masuk sekali. Coz aku rasa negara kita Malaysia ni aman damai, makmur, pastinya selamat untuk didiami. Kan kan…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

Jom pergi makan angin di Denmark.. hahaha

Untunglah negara2 ni yg aman.

Singapore among yang teratas..tahniah...Mana malaysia ya..

nampak sangat negara kita tak selamat

mana Malaysia negaraku yang aman dan selamat? Hehehhe

Why xda Malaysia oh? Adakah kita sik cukup aman? hehe