Virus
terbaru kini menyerang. Virus ini dinamakan Middle East Respiratory Syndrome (MERS). Virus MERS amat digeruni di masa sekarang. Especially, di negara Arab
sering terdengar ke serangan MERS. Amat menakutkan. Cara virus MERS merebak belum
diketahui sehingga kini ianya masih dalam kajian. Malah lebih teruk, belum ada
penawar bagi mengubati pesakit yang diserang oleh virus MERS ini. Semalam terdengar makluman di tv, kita dicegah untuk makan daging unta. Khuatir
jika virus MERS ini merebak melalui daging unta tersebut.
Kes
pertama pesakit yang dilaporkan menghidapi Middle East Respiratory Syndrome
(MERS) atau Sindrom Paru-paru Asia Barat adalah pada Julai 2012 di Arab Saudi.
Virus MERS menyerang!
Punca serangan MERS | Punca Sindrom Paru-paru Asia Barat
Ia
disebabkan oleh jangkitan virus dikenali sebagai Coronavirus. Oleh itu ia
dikenali sebagai MERS-CoV. Jangkitan ini tidak sama dengan jangkitan SARS yang
berlaku pada 2003, tetapi kesan pada paru-paru manusia hampir sama. Punca virus
Coronavirus belum diketahui, tetapi ia berkemungkinan besar berpunca daripada
haiwan. Ada beberapa teori mengatakan virus ini berpunca daripada kelawar di
Mesir. Namun, beberapa kajian yang turut dijalankan menunjukkan punca virus ini
daripada unta.
Cara virus MERS merebak | Cara Sindrom Paru-paru Asia Barat merebak
Cara
kuman ini merebak ke manusia juga masih menjadi tanda tanya. Kebarangkalian
kuman ini dipindahkan dari manusia ke manusia lain juga adalah tinggi. Jika
penyebarannya berlaku antara manusia ke manusia, ia memerlukan jumlah virus
besar untuk disebarkan. Sebaran kuman daripada haiwan ke manusia juga boleh
berlaku dan kajian masih dijalankan.
Simptom MERS | Simptom Sindrom Paru-paru Asia Barat
Simptom
Middle East Respiratory Syndrome (MERS) atau simptom Sindrom Paru-paru Asia
Barat ialah demam, batuk dan sesak nafas yang berlaku secara mengejut. Ia boleh
berlaku dalam masa 14 hari selepas kuman itu disebarkan kepada pesakit.
Demam
yang berlaku adalah sangat tinggi berbanding demam selesema biasa. Sesak nafas
turut terjadi disebabkan kuman Coronavirus yang membiak di dalam rongga
paru-paru manusia.
Rawatan MERS | Rawatan Sindrom Paru-paru Asia Barat
Tidak
ada rawatan khas bagi mereka yang menghidapi penyakit MERS. Ini kerana masih
tidak ada antivirus sesuai ditemui. Tiada suntikan imun untuk jangkitan
Coronavirus.
Rawatan
kepada pesakit lebih kepada rawatan sokongan dan mengelakkan daripada jangkitan
lain yang boleh menyebabkan keadaan menjadi teruk. Rawatan perlu dilakukan
segera kerana virus ini membunuh hampir separuh penghidapnya.
Berwaspada pada virus MERS. Ketahui tanda-tanda serangan MERS.
Cara mencegah MERS | Cara mencegah Sindrom Paru-paru Asia Barat
Digalakkan
selalu mencuci tangan dan memakai topeng muka jika boleh. Selain itu, jarakkan
atau hindarkan diri anda daripada berjumpa orang tidak sihat di sana. Tutup
mulut dan hidung menggunakan tisu ketika bersin dan batuk untuk mengelakkan
sebarang virus.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
10 comments
kesian mereka yg hari2 bergantung hidup dengan unta kan..
virus ni memang berbahaya, semoga kita dijauhkanlah dari virus ni...
terima kasih atas maklumat, lagi dua minggu mak saya nak umrah ni
Suami akak pun baru balik umrah setakat ini nampak sihat sahaja cuma mula2 balik batuk tapi istiri pula demam tak nak baik tapi isteri tak pergi umrah pun.
thanks share dear
bahaya ini
bahaya kan.smga kita dijauhkan dari segala virus merbahaya ni.aamiin
Thanks for sharing this info yumida.. semoga kita dijauhkan dari virus ini..
ish ada pulak virus lain.. sebut pasal paru2 ni, deqla teringatkan arwah mak..dia sakit paru2lah.. dan dulu penah ke mekah menunaikan umrah..lps tu dia sering batuk2..hmm.. musykil jugak nih.. virus ni sebnrnya dah lama ke camne?
Mmg bahaya...