Remaja lari dari rumah

Lari dari rumah? Selalu dengar kes budak lari dari rumah. Biasanya melibatkan golongan remaja. Zaman yang mudah terpengaruh dengan persekitaran. Remaja memang sering dikaitkan dengan kes lari dari rumah. Mengejutkan..apabila kebanyakan remaja yang lari ni terdiri di kalangan Melayu.

Statistik remaja lari dari rumah

Statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. Golongan paling banyak dilaporkan hilang ialah remaja perempuan. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain.
Sumber: Harian Metro & foto

Remaja lari dari rumah, punca remaja lari rumah, statistik remaja lari rumah

Punca remaja lari dari rumah

Tekanan menyumbangkan kepada faktor utama remaja lari dari rumah
105 kes membabitkan pengaruh kawan
 55 kes ingin bebas
41 kes bergaduh dengan keluarga
38 kes bosan
 35 kes kurang kasih sayang

Kes remaja lari dari rumah semakin menjadi-jadi. Data statistik menunjukkan bahawa kini semakin ramai gadis sanggup melarikan diri semata-mata ingin bersama kekasih. Ini menjadi penyumbang utama kes orang hilang di Malaysia setiap tahun sejak 2000.

Bila remaja lari dari rumah. Salah siapakah?

Usah menuding jari kepada remaja, menyalahkan kerajaan, pihak polis dan pihak lain kerana orang yang paling dekat dengan anak ialah ibu bapa. Ibu bapa harus belajar cara mendidik anak-anak mereka, generasi moden sekarang tidak boleh dididik dengan cara marah, rotan, dan sebagainya. Ibu bapa harus menjadi kawan kepada anak-anak, mengetahui apa masalah mereka, membenarkan anak memberi pendapat. Moga-moga berkuranglah kes remaja lari dari rumah. Insha Allah…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

17 comments

ish2.. smpai bila lah mereka nak menghilangkan diri.. x kesian ke kat keluarga.. itu kalo mmg betul la ikut kekasih.. yg kena culik, lps tu jadi mangsa sindiket apa ke.. x ke naya..

salam. hmm..kenapa la nak menyusahkan family mereka..

lari dari rumah bukan penyelesaian terbaik... semoga mereka segera pulang ke pangkuan keluarga

kadang2 t'fikir juga apa best sangat ke lari dari rumah ni . ish3x . -,- semoga mereka sedar dgn apa yg mereka lakukan . aminn :)

salam singgah pagi
kenapa la jadi macam tue kan

perkara yang ditakuti oleh ibu bapa..lebih2 lagi ibu bapa keluar bekerja,masa yang ada terlalu limit untuk diperuntukkan untuk anak..semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka..dan mata juga kadang kala tersilap pandang..hati pula tersilap tafsir..

sy ada sahabat yg hampir lari drpd rumah..
mmg kesian dia ni.. kene cabul ngan abg sendiri..
mak bapak plak x percaya..
dok umah asyik dlm ketakutan..
dia nk lari ke rumah saya.. sy kata jgn lari.. tp stay overnite...
sy xnak galakkan apa yg dia buat sbb serba salah plak dlm hal mcm ni..
ini semua citer lama.. lepas abg dia kawen, barulah dia selamat..
remaja lari umah ni, bukan salah mereka semata2.. kadang2 mereka xde tempat yg boleh melindungi mereka...

bila selalu sangat dgr rasa mcam seram sejuk plak. Yelah bebudak sekarang ni mudah sangat terpengaruh. pada pendapat saya, macam susah nk cakap sapa yg salah. apa yang paling penting adalah peranan ibu bapa. kalau bz kerja mcm mna pn kena lah ada msa untuk anak2. sebab bebudak sekarang ni kalau mak bapak bz je, diorang tak de tempat nak kongsi masalah. sebab tu diorang ikut kawan sebab kawan yang sentiasa ada dengan diorang. saya ni risau sebagai seorang kakak. semoga adik2 kita ni pulanglah kepangkuan keluarga.

Assalamualaikum yangg, ni semua masih tak pulang rumah ek? Kesian mak ayah depa, sedih dan tercalar maruah dengan tindakan depa ni.. T_______T"

diorang nih tak fikir kesan akan datang..
yang taw nak puaskan hati memasing je..

Perghh, semua ada rupa lah..comel2 pulak tu hehe

ish macam2....orang punya seronok duduk rumah...dia nak lari...aish...

pokok pangkalnya ats diri sendiri
nanti kalau dh terbnag sampai ke lombok mula la merayu nk balik.masa buat tak pikir panjang.tak ingt keluarga.
jnji hati puas. last skali nyusahkan smua pihak nk pi ambik balik

Comel2, cantik2 tp syng lari dari rumah.. peringatan buat kita semua.. mudah2an dijauhkan ahli keluarga kita semua dari terjebak dgn hal2 spt ini... aamiin. Mmg merisaukan...

Lari dr umah bknlah jln pyelesaian bg setiap mslh.. malah ia mungkin menambahkan mslh yg sediada..jd pikirlah msk2 wahai remaja sekelian sblm mlakukan sesuatu tindakan..