Hukuman pengurus pasukan bola sepak tumbuk pengadil

Heboh dan kecoh bila pengurus bola sepak JDT II menumbuk seorang pengadil. Ketika itu, perlawanan sudah selesai. Dek rasa tidak puas hati dengan keputusan yang membawa mata seri iaitu 2-2, pengurus bola sepak JDT II menghamburkan rasa marahnya. Sedas tumbukan hinggap di muka pengadil. Aku tengok pun terkezut. Terkedu!

Jawatan: Pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Hukuman pengurus pasukan bola sepak tumbuk pengadil
On Jabbar@Jaafar
Jawatan: Pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II)
Kesalahan: Menumbuk pengadil
Nama pengadil: Sukri Abd Rahman
Perlawanan: JDT II menentang UiTM FC
Lokasi: Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Hukuman: Jawatan sebagai pengurus bola sepak dilucutkan serta-merta dan dikenakan denda RM25,000.00

Status terkini kes: Kes menumbuk pengadil sedang disiasat
On Jabbar@Jaafar turut dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Video On Jabbar@Jaafar menumbuk pengadil juga disiasat. Jika didapati On Jabbar@Jaafar bersalah, beliau akan dikenakan hukuman mengikut kategori kod tatatertib seperti di bawah.

Hukuman On Jabbar@Jaafar menumbuk pengadil:
Kod Tatatertib 2.4 yang membawa hukuman maksimum penggantungan enam bulan.
Kod Tatatertib 2.5 hukuman lebih berat iaitu digantung seumur hidup.
Sumber: Harian Metro
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 comments

macam mana la bola sepak malaysia nak maju kalau mcm nie..

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida....baru jer tadi akak tengok berita tv3 tentang ni..

Kak ina kalau bola memang tak minat..he he.. malam ni kak ina klik2 iklan colgate dan DG...TQ ye Yumida selalu isi tabung kak ina :)

dahla kena lucutkan jawatan,lepas tu kena denda pulak. kesiannya,herm.

Ish2 pasal bola pun sampai nk bertumbuk ke.. apa daa..

kan dh dilucutkn ..lpas ni nk kje ape agknya

adehh disebabkan kalah pun boleh jadi mcm tu..kan dah menyusahkan idiri sendiri