Panggilan Kecemasan 999

999 merupakan talian kecemasan yang dikendalikan oleh operator selama 24 jam. So, dah namanya kecemasan sudah pasti nombor 999 ni didail hanya untuk hal emergency sahaja. Tak boleh dibuat main. Tak boleh di test-test. Tak boleh ditekan-tekan tanpa ada keperluan. Jaga-jaga..mereka yang suka mendail sesuka hati nombor kecemasan 999, lokasi anda akan dikesan! Bila dah dikesan..dan pelakunya orang yang sama, anda akan ditangkap! Ada tengok iklan dalam tv tu? Haa..macam tu la. ‘Jaga-jaga..ada yang memerhati. Krik krik krikkkk’ – tagline kak Rock Galaksi.

Tahukah kengkawan semua, operator yang menjawab panggilan kecemasan menerima 83,000 panggilan kecemasan setiap hari! Setiap hari tuuu… Itu kiraan purata dalam sehari. Nak tahu jumlah sebenar panggilan benar yang diterima? Hanya 2.3% sahaja panggilan kecemasan yang benar dan sahih. Selainnya, hanya panggilan palsu. Tak baik la kan. Dail nombor kecemasan 999 hanya untuk kes serius sahaja. Jangan dibuat main..

Panggilan Kecemasan 999, operator, Pusat Panggilan Kecemasan MERS

Operator yang menjawab panggilan kecemasan 999 ni dinamakan perkhidmatan Malaysia Emergency Response Services (MERS). Atau dalam bahasa Melayu dipanggil Pusat Panggilan Kecemasan MERS.

Yang ni sedih baca:
Ada juga panggilan palsu, atau individu sengaja telefon untuk berbual dengan operator. Mereka (operator) perlu layan panggilan seperti ini kerana tidak tahu jika itu adalah panggilan yang benar.
Just nak berbual je? Hampeh..

Kata-kata hikmah dari Ahmad Shabery:
"Penting untuk mereka bertenang dan membantu individu yang membuat panggilan tenang supaya dapat memberi maklumat yang diperlukan kerana bencana datang tanpa diduga dan dalam masa seperti itu, jangka masa pendek seperti 3 minit boleh menentukan hidup mati seseorang".
Sumber: Mstar

Ingat..menyalahgunakan panggilan kecemasan 999 boleh dikesan kerana nama dan alamat si pemanggil terpapar apabila mereka menghubungi MERS 999. Bersama-samalah kita menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

6 comments

Benda serius iboh dipolah main2 owh.. huhu

Zumal pernah guna talian kecemasan, segala maklumat anda dan lokasi anda diketahui oleh mereka tanpa anda beritahu pun. Memang cekap.

herm,tak baiklah main-main tentang ni. boleh menyusahkan orang lain kan.

gatal tangan sangat kot sape yg mendail secara suka2 tuh..>.<

Tak pernah dail 999....gunakan sekira berlaku kecemasan

Mmg takde kesedaran langsung kpd yg suka main2 tu.. menyusahkn org betul...