Bahaya Cinta. Nampak unik tajuk filem tu. Dari pemilihan
tajuk filem, menimbulkan tanda tanya..apakah kisah yang dibawa menerusi filem
Bahaya Cinta. Orang bercinta ker? Orang mempunyai minat yang mendalam tentang
sesuatu ker? Haa..nanti kita sama-sama tengok di pawagam bulan Mei depan.
Khabarnya pengambaran filem ni dilakukan di Vietnam. Wah, beznye. Untung la kru
pengambaran dan pelakon semua. Ehem..Adam AF pun ada berlakon sekali tau dalam
Bahaya Cinta ni.
Sinopsis Bahaya Cinta
Bahaya Cinta mengisahkan pengorbanan seorang wanita
Vietnam lakonan Han Dan yang mengimbas kembali detik cemas ketika melarikan
diri ke Malaysia akibat perang dan tinggal di kem penempatan pelarian di Pulau
Bidong, Terengganu. Beliau mengharungi hidup selepas berkahwin dengan rakyat
tempatan yang juga seorang nelayan Melayu.
Wanita itu meminta anak lelakinya, Iskandar (Adam AF)
mencari seseorang yang juga bekas kekasihnya untuk menyampaikan suatu pemberian
nostalgia sebelum melarikan diri ke Malaysia kira-kira 35 tahun lalu. Semasa di
Hanoi, Iskandar mengalami pelbagai cabaran dan dugaan termasuk berhadapan
dengan kegiatan kongsi gelap dalam usaha menyampaikan amanah diberikan ibunya.
Pada masa yang sama dia bertemu cinta dengan gadis Vietnam.
Cabaran menghasilkan filem Bahaya Cinta:
Penerbit dan pengarah filem Bahaya Cinta, Yusof Kelana
terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menjalani penggambaran
filem kerjasama antara Malaysia dengan Vietnam itu. Yusof berkata, pihaknya
terpaksa mematuhi larangan dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan Vietnam
sebelum menerbitkan filem berkisarkan peristiwa.
"Kami menghadapi banyak kesulitan ketika proses
penggambaran terutamanya membabitkan kerajaan Vietnam. Mereka meletakkan
larangan dan syarat tertentu kepada kami serta meminta untuk menapis skrip
terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran agar tidak menyentuh sensitiviti
masyarakat negara itu. Skrip ini juga diolah semula mengikut kehendak mereka
dan beberapa babak. Kami sukar untuk berinteraksi kerana mereka tidak boleh
bercakap dalam bahasa Inggeris, sebaliknya kami menggunakan bahasa isyarat dan
terpaksa melakonkan semula bagi memberi penerangan kepada mereka,” – penerbit
& pengarah filem Bahaya Cinta
Kata Yusof, selain itu, mereka turut berhadapan dengan
masalah komunikasi apabila keseluruhan kru produksi di negara itu tidak boleh
berbahasa Inggeris. Sementara itu, Yusof berkata, filem Bahaya Cinta memaparkan
aspek perkongsian budaya dan penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia,
Vietnam dan Indonesia.
Gambar Bahaya Cinta
Lokasi penggambaran filem Bahaya Cinta:
Hanoi, Vietnam dan Pulau Bidong.
Pelakon Bahaya Cinta:
Adam (AF2), Han Dan, Luong Giang, Nguyen Duc Hung
(Vietnam), Dewi Amanda (Indonesia), Datuk Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor dan
Man Raja Lawak.
Tarikh Bahaya Cinta
ditayangkan di pawagam:
1 Mei 2014
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
Menarik ni.. klu kelapangan nak juga tengok mcm mana ceritanya.. thanks sharing Yumida.. :)
Macam besttttt ;)
mcm best jer..:)
nampak menarik ceritanya
mcm menarik jer..xpernah dgr pun movie nih..
saya dah tonton filem ni