Teringat aku suatu ketika dahulu, ketika menyambung pelajaran
di UMS, Sabah. Jarak yang jauh antara Kuching dan Kota Kinabalu, hanya dengan
kapal terbang sahaja dapat menghubungkan aku ke sana. Ketika itu, aku hanyalah
bergelar student. Dengan menggunakan kad pelajar dapat la harga rendah untuk
membeli tiket penerbangan. Guess what? Zaman aku belajar dulu tak pernah pakai
penerbangan lain. Hanya dengan Malaysia Airlines (MAS) sahaja. Komen mengenai
perkhidmatan yang diberikan oleh Malaysia Airlines (MAS), tidak penah
mengecewakan! Sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Pernah sekali aku
tertinggal flight, gara-gara lambat sampai ke airport. Salah aku sendiri,
huahuahua..padan muka! Then, keesokkan paginya jam 3.30 pagi aku dah berada
awal di airport. Pasal…aku pakai tiket standby. Alhamdulillah..dapat la jugak
aku masuk ke perut belon (perut kapal terbang MAS).
Dalam seumur hidup aku, pertama kalinya aku menggunakan tiket
Business Class Malaysian Airlines
(MAS). Fuh yoo…layanan terbaik! Ala-ala VIP gitu. Harga tu memang bling-bling
jugak la. Haha..
Cuma dewasa ini je aku menggunakan penerbangan lain, Everyone
Can Fly. Ha..tu la trademark syarikat penerbangan lagi 1 tu Air Asia. Pun bez jugak. Dapat harga
istimewa. Asal boleh ke sana ke mari, dengan kos yang jimat. Memang berbaloi!
Terpulang pada bajet kita.
Rentetan tragedi MH370, MAS mendapat kritikan hebat. Punca
kehilangan pesawat MH370 tidak diketahui, namun pelbagai spekulasi dicipta
sedikit sebanyak mencalar imej Malaysia Airlines (MAS). Kehilangan MH370 yang penuh tanda tanya..
Seorang anggota Pasukan Bantuan Bencana Jepun melihat papan
mesej untuk MH370 di Pangkalan Tentera Udara Subang
“Walaupun syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS)
dikritik hebat ekoran tragedi MH370 namun saya masih menganggap MAS antara
peneraju industri penerbangan terbaik di dunia. Sepanjang bekerja dengan
MAskargo, saya berpandangan syarikat penerbangan itu amat bertanggungjawab dari
aspek keselamatan dan perkhidmatan pelanggan. Apa sekalipun kritikan ramai
pihak di luar sana. MAS masih boleh diyakini kerana mempunyai rekod
perkhidmatan paling konsisten dan produk berkualiti tinggi sejak berpuluh tahun
lamanya,” - bekas juruterbang MASkargo warga Australia, Kapten Wayne Parsons,
68.
Dia yang pernah berkhidmat sebagai juruterbang kontrak
MASkargo antara 2003 hingga 2005 menyifatkan syarikat itu memiliki mutu
perkhidmatan dan pengurusan yang baik. Dia yang kini bertugas sebagai jurulatih
penerbangan di Syarikat Jet Flight Simulator di sini, menyifatkan tragedi yang
berlaku itu sebagai ‘luar biasa’ serta sukar dijelaskan punca kejadian.
Sumber:
Harian Metro
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
Tetap terbaik! ;D
last lya naik mas thn lps..tu pun brgantung kalau ada tiket murah :)
walau macam mana pun mereka telah lama bertapak dengan servis perkhidmatan transportasi udara yang terbaik dan tip top... cuma kes kehilangan MH370 saja yang agak membuatkan reputasi mereka bergegar....
Syarikat penerbangan MAS mmg yg tbaik..bkn slalu kita dgr mslh dgn penerbangan MAS..blh kira dgn jari ja mslh yg timbul..
its good
visit back friend >>>
http://captainamerica-thewintersoldier2014.blogspot.com/
Mas ttp terbaik.. Apa yg berlaku rencana Allah dan dgn izin Allah jua..
tak pernah naik Mas lagi.......
pena naik mas sekali dua rasa ny tahun 2009 ngan 2010.. lepas air asia di lancarkn.. xpena lg nek mas.. ~~~~~
MAS semestinya TERBAIK !!!