Terpana jap aku membaca artikel ni. Sungguh memotivasikan
aku! Melalui aktiviti kegemaran kita atau lebih senang dipanggil hobi, boleh
menjana pendapatan kita. Kelebihan yang ada dalam diri kita dimanfaatkan
sebaiknya hingga boleh menjadi sumber pendapatan. Kelebihan seseorang mungkin
berbeza. So, kena kaji apa kelebihan kita. Gunakan peluang yang ada untuk
mengeksploitasi kelebihan kita. Tidak mustahil, melalui hobi sahaja seseorang
boleh raih pendapatan yang lumayan hingga mencecah ribuan ringgit.
Suka memasak, tangkap gambar, menulis ataupun pandai
berbicara? Semua kelebihan ini boleh ditukarkan kepada wang ringgit jika kita
mahu dan tahu caranya. Jangan sia-siakan bakat yang ada tetapi cari jalan
merealisasikan kreativiti yang ada untuk memperoleh pendapatan sendiri pada
usia muda.
Sedalam mana pengetahuan kita terhadap sesuatu boleh
dikembangkan dan dikongsi dengan orang lain. Bukti jelas yang ada menunjukkan
ramai anak muda berstatus peniaga dan usahawan sama ada di dalam talian atau
memiliki premis kedai, memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan
didorong rasa minat.
Contohnya, hobi seseorang suka mengumpul koleksi terbaru
hijab menjadikan mereka produktif mengeluarkan label tudung sendiri di pasaran.
Hobi dan minat dalam bidang fesyen ataupun mereka cipta busana menjadi
pendorong mereka memilih kursus seni reka dalam pengajian.
Memang tiada jalan mudah untuk menjana duit tetapi bukan
mustahil untuk mendapatkannya jika kita tekun dan rajin. Menjadi lebih kreatif
supaya dapat mencari lebih banyak peluang membuka laluan kepada sesiapa saja
yang tidak mahu terkongkong dengan bekerja makan gaji. Jika anda seorang yang
mahu mencuba dan belajar untuk menjadi inovatif, maka anda akan menemui seribu
satu cara untuk menukarkan hobi kepada wang yang lumayan bahkan sebahagiannya
boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah saja.
Setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang
dilahirkan petah berbicara, pandai menjahit, bijak bertukang, minat mengumpul
barang antik dan sebagainya menjadikan setiap orang tercipta dengan keunikan
masing-masing. Untuk memulakan langkah ini, anda perlu kenal pasti kelebihan
diri dan usaha untuk ‘menjualnya’ dengan cara terbaik.
Jika anda berpendapat hobi berkaitan perniagaan tidak
menguntungkan, carilah pekerjaan yang boleh dikaitkan dengan minat anda.
Contohnya, anda suka menyatakan pemikiran dalam bentuk tulisan di blog, jadi,
kenapa tidak mencuba untuk menjadi seorang penulis? Atau mempunyai kepakaran
dalam membuat rekaan grafik, cari peluang untuk bergabung dengan pasukan
kreatif di syarikat pengiklanan mahupun majalah. Selain mendapat kepuasan
melalui hobi, anda juga mendapat bayaran untuk hasil kerja dilakukan.
Mulai sekarang kaji kelebihan diri kita. Gunakan kelebihan
itu untuk menjana pendapatan. Minat yang mendalam terhadap sesuatu, pastinya
memotivasikan kita untuk memberikan yang terbaik. Jom… jana pendapatan melalui
hobi dan kelebihan diri!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
17 comments
betul tu yumida..lya pernah cuba-cuba meniaga kecil2 je..dari sekdar hobi blh jadi pendapatan sampingan..cuma sejak sibuk urus b2b nie..lya stop dulu sementara
btul2..klau ada usaha pasti berjaya.
kenali potensi diri anda kata kunci nya di sini.=)
betul tu, dari hobi boleh dijadikan sumber pendapatan jika betul dan kena caranya....
betul, saya sokong dgn statement tuh..dari hobi bertukar menjadi sumber pendapatan..ramai yg dah berjaya dgnnya..
insyallah amin..tq for sharing
Betul ya..
Tengah fikir-fikir ni sis...
zaman sekarang, hobi dan wang ringgit berjalan seiring..
ya.. sangat betul.. dulu cik azue main2 ajer blogging nie.. tapi bila menjadi WAHM dan bergabung dgn kumpulan Akademi bekerja di Rumah, cik azue jadi mcm mudah sgt nak jana pendapatan even duk di rumah, cuma kena rajin korbankan TV la... apakata anda baca di blog cik azue dan kenali bagaimana cik azue dengan Akademi ni.. byk peluang yg mereka ciptakan utk kita yang ingin bekerja dari rumah.. oppss,,, terpanjang pula cik azue..
tambah bersemangat,tq kongsi :)
Assalamualaikum yangg, in shaa Allah. dalam masa terdekat nak jana pendapatan melalui hobi. hehehe doakan sheila ya ~~~
Sy suka melukis, suka bermain dgn warna. So sy mulakan slow2 bisnes hand painted tote bag. Alhamdulillah...walaupun takde la untung sgt, tp sy puas hati. Kepuasan bila buat benda yg kita suka. Boleh like page biz sy, Tote Bag By Bearyblossom :)
Betul tu.. hobi yg disertakan usaha dpt menjana pendapatan yg lumayan.. hati pun gembira.. :)
Setuju sangat...dapatkan sumber pendapatan sampingan dari kelebihan kita
senang bila keja yg kita buat kita uska..hobi kita..
sbb semuanya akan dipermudahkan...
Wahh hobi pon blh tambah pendapatan