Sabtu
lepas, aku dan hb pergi ke Pesta Kaul. Pesta Kaul merupakan perayaan masyarakat
Melanau di Mukah. Sampai je kat sana, dari jauh dah nampak kelibat orang ramai
dan khemah yang dah terpacak. Dengan godaan bau ayam panggang. Hmmm…membuatkan
perut berkeroncong sekali.
Pesta Kaul Mukah 2014
Tahun
lepas pun aku ada pergi. Meriah! Macam-macam aktiviti ada. Pesta Kaul Mukah
tahun 2014 ni memang aku puji sikit la. Nampak ada pembaikan dan perancangan
sistematik yang diorang dah aturkan. Contoh, ada pili air sekitar gerai.
Memudahkan penyewa gerai makanan mencuci pinggan. Ada petugas di tandas, yang
menjaga kebersihan tandas. Malah mudah untuk parking kereta. Tahun lepas agak
sukar mencari parking, semuanya penuh dan sesak.
Deretan gerai yang menjual pakaian dan makanan
Orang ramai lalu lalang di Pesta Kaul Mukah
Ada sukaneka juga. Mengguling batang pokok.
Gerai jualan yang cantik! Bermacam dekorasi tradisional! Unik!
Bila ada program besar macam ni. Paling laku air! Air ais sungguh menggoda di kala panas. Hihi.. Macam-macam
pameran ada di Pesta Kaul Mukah. Mempromosi barangan pertanian tempatan, kerepek,
serunding, kuih tradisional, menjual pakaian, menjual mainan dan sebagainya.
Sempat jugak hb aku rembat serunding. Serunding ayam dan serunding daging Agro Mas. Yang ayam harganya RM2.50. Mankala daging harganya RM3.00.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
10 comments
sedapnya tu serunding..myrah je.lya tak pernah jumpa lgi kat cne
assalamualaikum
singgah pagi
hari ini x sempat nak baca sangat sebab bz
happy day
teringin mok pegi pesta kaul.. Insyaallah ada rezeki next time mok pegi..
permainan tibau.. 1 st time baca.. menariknye aktiviti pesta nie.. berbeza dengan semenanjung...
acara menguling batang pokok tu yg menarik...ada wanita yg amik bahagian tak hehe
pesta macam ni dapat tarik pelancong.. mesti best kalau dapat pergi..
mulala semua benda nak try dan nak di borong..>.<
macam best jer pesta2 macam nie...
Regards,
-Strider-
1st time dgr nama pesta ni.. menarik jugak eh.. mengguling batang pokok? wahh.. larat eh dorang..
wah seronoknya.. maybe nxt time kalau nak datang sana datang masa ada pesta mcm ni barulah meriah kan? kan?
Menariknya pesta sebegini.. murah la serunding tu..