Tahniah diucapkan buat laman portal berita paling popular di
Malaysia! Nak tahu siapa? Harian Metro
atau dikenali sebagai myMetro.
Termasuk aku sendiri, setiap hari aku membuka laman portal Harian Metro untuk
membaca perkembangan berita terkini. Kepelbagaian berita merangkumi hal negara,
isu pesawat MH370, hiburan, sukan, ekonomi dan banyak lagi isu lain diselitkan
sekali. Laman portal Harian Metro
juga mudah diakses! Ringan loading mungkin menjadi penyebab pelayar internet
suka membaca berita dari situ. Selain Harian Metro, aku juga membaca laman
portal lain antaranya Berita Harian, Kosmo Online, Astro Awani, Mstar dan Sinar
Harian. Yang penting boleh dibaca menerusi online. Zaman makin canggih,
informasi semasa hanya di hujung jari! Tahniah sekali lagi buat Harian Metro atas kejayaan sebagai
laman web nombor 1 di Malaysia!
Laman web akhbar nombor satu negara Harian Metro (HM) yang boleh
dilayari menerusi www.hmetro.com.my muncul sebagai sebagai
laman berita paling popular Malaysia bagi Januari dan Februari tahun ini
berdasarkan statistik terbaru kategori media yang dikeluarkan firma pengukur
dunia digital ComScore Inc.
Hasil tinjauan itu, hmetro.com.my atau lebih dikenali myMetro
menduduki tangga pertama bagi kategori portal media di Malaysia dengan 1.03
juta pelayar unik (UV) bagi Januari dan 1.01 juta UV bagi Februari mengatasi
portal berita Malaysiakini dan laman akhbar The Star. Selain itu laman myMetro
menerima 4.7 juta pelawat bagi tempoh sama dengan setiap pengunjung
memperuntukkan purata masa 21 minit di laman web terbabit.
Laporan Google Analytics bagi Mac lalu, myMetro mencatat 3.56
juta UV dengan 33.4 juta tontonan halaman, peningkatan mendadak sebanyak
520,000 UV berbanding 3.04 juta UV pada Januari. Di laman sosial pula peminat
Facebook myMetro kini mencatatkan sebanyak 916,275 ‘likes’ manakala akaun
Twitter rasmi HM iaitu @hmetromy mempunyai 242,700 pengikut.
Sumber:
Harian Metro
Korang punya kesukaan laman web berita apa? Oh ya, laman
portal berita Astro Awani merupakan carian popular di Google Malaysia bulan Mac
lepas. Tahniah diucapkan buat Harian Metro dan Astro Awani.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
Wah.. ;D
menarik ni...
wah..really.. Menarik kan
SINGGAH PTG
dulu rajin benar lya baca metro..skrg makin malas dah nak membelinya :)
Yup.. Sy pun selalu ikut mymetro apps kt hp... Apps akhbar lain kurg msra pngguna..
Mmg terbaik.. bnyk berita yg baru...
mmg suka bca hmetro on9 ! =D