Tip Melancong Secara Solo

Pernahkan anda pergi melancong tetapi keseorangan? Atau pun anda memang sentiasa melancong secara berkumpulan? Ada yang kata melancong seorang diri membosankan. Tiada teman untuk berborak. Malah melancong secara solo ni menimbulkan rasa tidak selamat dalam diri. Ye ke? Singkirkan perasaan negatif tersebut! Kerana melancong secara solo juga memberikan kepuasan terbaik dan pengalaman berharga dalam diri kita. Nak tahu tip melancong secara solo? Haa…kena baca sampai habis.

Tip Melancong: Melancong Secara Solo | Melancong Seorang Diri


Cintai diri sendiri
Melancong sendirian akan membuatkan anda semakin menyukai rakan perjalanan anda iaitu diri sendiri. Setiap saat sangat tepat untuk mengenal diri sendiri secara lebih mendalam. Apabila rasa cinta terhadap diri sendiri itu semakin kuat, anda pastinya punya kekuatan untuk terus mengembara sendirian dengan tenang, berani dan gembira.

Masanya menjadi egois
Ketika melancong sendiri, anda boleh memutuskan segala-galanya mengikut kemahuan anda tanpa harus berkompromi dengan orang lain. Tidak akan ada yang melarang anda untuk ke mana saja yang anda inginkan seperti ke muzium, galeri seni atau hanya sekadar menikmati hiburan malam. Ini perkara paling berharga yang akan membuatkan perjalanan anda penuh kebebasan.

Percaya diri
Kunci utama melancong sendirian adalah percaya kepada diri sendiri. Jika keliru arah mana mahu dituju dan ingin melihat peta serta buku panduan, cari tempat yang tidak terlalu menonjol.

Waspada terhadap bahaya
Bahaya boleh datang di mana saja walaupun ketika di rumah. Statistik menunjukkan hanya sedikit pe­ngembara yang terkena insiden serius. Namun, sikap waspada tetap diperlukan untuk menghindari bahaya terutama ketika bercuti sendirian.

Luangkan masa untuk makan di luar
Idea untuk menikmati makan malam sendirian mungkin mengerikan bagi sesetengah orang. Namun, meluangkan masa untuk makan malam ketika melancong sendirian juga punya kebaikan kerana boleh fokus terhadap makanan yang anda sedang nikmati sambil sibuk dengan fikiran sendiri. Makan malam sendiri juga mungkin boleh mempertemukan anda dengan rakan baru yang sama-sama melancong sendirian atau secara berkumpulan.

Jangan terlalu sibuk dengan media sosial
Kini, media sosial menjadi sebahagian daripada aktiviti seharian masyarakat. Saat melancong sendirian, tahanlah sikit keinginan untuk berkongsi segala cerita mengenai perjalanan solo anda di media sosial. Fokuskan perhatian pada keadaan di sekitar anda dan nikmati suasananya. Ini membolehkan lebih banyak cerita apabila pulang nanti.

Lebih mahal dan lebih berharga
Melancong sendirian mungkin memerlukan perbelanjaan lebih mahal. Tidak ada teman untuk berkongsi bayaran penginapan atau makanan. Namun, kesenangan yang diperoleh dengan memiliki masa sendiri tanpa harus berkompromi dengan orang lain adalah lebih berharga dibandingkan jumlah wang.
Sumber: Harian Metro
 travel, Tip Melancong Secara Solo, Tip Melancong Seorang diri, kelebihan melancong
Haa…kalau anda planning nak melancong secara solo. Jangan risau. Tips melancong di atas sangat-sangat membantu ketika anda melancong seorang diri. Terasa ekslusif dengan diri sendiri. Jangan lupa, rancangkan percutian anda dengan sebaiknya. Selamat melancong :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 comments

no eye contact :P itu paling penting hehe

solo macam sunyi je... apapun tips terbaik ni..

Tips tu sesuai sangat utk zumal yg solo nie, hehe :)

Fuza pernah ke Bandung 1st time all by myself.
Memang mencabar.
Semua orang kita kena anggap "bahaya" untuk waspada.
Pernah pegawai beruniform cuba usha habaq sat, Fuza temberang Husband somewhere with me...
Terus dia blah.
Scary tapi Berjaya bina keyakinan diri
Alhamdulillah

wah...akak mmg berani. memang terasa sunyi klo melancong keseorang tp bez jugak, kita luangkan masa dgn tempat yg kita sukai.

nak try,tapi tak culup duit lagi..hehe

Mmg teringin mahu melancong seorang diri tapi duit saja yang x mengizinkan.. ahak!

Teringin mok melancong sorang2 ;D Mesti best ;D

menarik bab melancong sorg2 nih..info yang terbaik bg yg bhajat nak melancong sendirian..