Pernah aku menonton berita TV3 pasal pusat jagaan kucing yang
dikenali sebagai Omiey Home. Memandangkan aku sendiri juga peminat kucing, maka
aku menyiapkan sebuah entry Omiey Home
di blog. Rentetan itu, ada yang menghantar email pada aku berkaitan kucing. Katanya,
di rumah mereka ada beberapa ekor kucing. Dan ingin memberikan kucing kepada
sesiapa yang ingin menjaganya. Aku terkedu. Tak tahu nak reply apa, pasalnya aku
jauh nun di seberang lautan. Aku hanya memberikan jawapan umum, memberikan
kucing itu pada jiran tetangga. Dalam hati kecil aku berharap, moga
kucing-kucing tu berjaya diberikan pada mereka yang selayaknya menerima.
Selepas bertahun lamanya, keluar lagi pasal Omiey Home ni di
dada akhbar. Berkongsi kisah kucing di pusat jagaan kucing – Omiey Home. Bahagian
tembok bangsal yang dilukis gambar kucing, pokok bunga, rumah dan tertulis
1Meow 1Senyuman itu menjadi tarikan kepada Pusat Jagaan Kucing Omiey Home.
Omiey Home pusat jagaan kucing
Bangsal berkeluasan empat meter persegi dengan ketinggian 2
meter dan berbumbungkan atap zink itu merupakan kediaman kepada 150 ekor kucing
di pusat jagaan itu. Kakitangan swasta yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat
di Bangi, Selangor itu bersyukur kerana pusat jagaan haiwan itu sanggup
menerima kucing jalanan yang datang menumpang teduh di rumahnya. Memandangkan
dia menyewa bersama beberapa rakan serumahnya, Nor Lailawati tidak dapat
memelihara haiwan tersebut meskipun dia begitu teringin membelanya.
Pusat Jagaan Kucing Omiey Home, Kampung Melayu Kepong, Kuala
Lumpur ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu menawarkan khidmat menjaga dan
merawat kucing-kucing terbiar secara percuma.
Menurut bekas graduan undang-undang dari Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Shah Alam itu, idea untuk menubuhkan pusat jagaan tersebut tercetus
selepas mendapati terlalu banyak kucing terbiar. Berbekalkan dana permulaan
RM10,000, Melissa mengambil inisiatif menubuhkan pusat jagaan tersebut yang
bermatlamat menjaga dan merawat kucing terbiar sebelum diserahkan kepada
individu yang berminat.
"Kami akan cuba merawat kucing-kucing ini terlebih dulu
sekiranya berpenyakit. Selepas kucing-kucing tersebut sembuh, kami bawa ke
Uptown, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur untuk diberi kepada individu yang
berminat mengambil kucing tersebut secara percuma. Selain itu, kami turut
bekerjasama dengan kelab-kelab kucing di negara ini untuk menganjurkan program
pengambilan kucing angkat," katanya berpengalaman memelihara kucing sejak
kecil.
Pusat Jagaan Kucing Omiey merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2010. Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk
menghantar kucing atau menyalurkan sumbangan.
"Saya harap orang ramai tidak perlu bimbang dengan pusat
jagaan ini. Kerja-kerja yang dilakukan ini semua disebabkan atas rasa
tanggungjawab dan prihatin kami terhadap kucing bukannya untuk menjana
keuntungan," kata Melissa. Pusat tersebut turut menerima sumbangan dalam
bentuk makanan, pasir, sangkar dan surat khabar lama.
Sungguh murni usaha pihak Omiey Home ni dalam membantu
kucing-kucing jalanan mendapat tempat tinggal. Moga dipermudahkan urusan mereka
dan banyak menerima sumbangan dana daripada orang ramai. Moga setiap orang
timbul rasa tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan masing-masing.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
32 comments
Bagus juak tok..
kadang2 pusak terbiar tok kacak2.. tapi sik terurus, kurus sik cukup makan, nampak kamah jak rupa. cuba dijaga benar2, kacak2 jak bulu.. huhu
Wahhh...rumah untuk kucen...hehehehe
sekarang ni banyak pusat jagaan untk haiwan. Banyak pahala dorang dapat dengan buat kerja2 amal ni :)
Best ni ....
Kat umah zumal pun dah jadi pusat jagaan kucing sbb kucing zumal makin bertambah. Hehe :)
amalan yang baik......
very nice to hear <3
baik sungguh mereka nie kan..kesian tgk kucing2 yg terbiar.
wahhhh.. alhamdulillah..
mulia sungguh usaha diaorang nih.. semga usaha mereka mendapat perhatian sewajarnya..
Blh berikan address omiey home ni.
alamat omiey home:
Omiey Home
Alamat: Lot 6 Jln 8/1 Kg Melayu Kepong (opposite FRIM)
atau
Omiey Kingdom
Alamat : Pusat Perkhidmatan Veterinar Kecil Tanjung Karang, Jln Sg Kajang Lama, Tanjung Karang
Kalau sesat call kami - 012-2812640
*kami- refer pd pihak omiey home
kalau kami nak adopt kucing ni bole?? kne bayar x ? sbb kami memang pencinta kucing.. kalau bole laa. i hope i can get them.
rasanya memang digalakkan utk adopt kucing ni. utk berurusan dgn omiey home blh contact alamat di bwh:
alamat omiey home:
Omiey Home
Alamat: Lot 6 Jln 8/1 Kg Melayu Kepong (opposite FRIM)
atau
Omiey Kingdom
Alamat : Pusat Perkhidmatan Veterinar Kecil Tanjung Karang, Jln Sg Kajang Lama, Tanjung Karang
telefon omiey home - 012-2812640
kat mana Omiey Home
email me please nurlisabatrisyia@gmail.com
saje nak melawat nanti
eh eh..kan owner omiey ni dah kena dakwa mahkamah psl bunuh kucing.. cam x caya lak
ada contact no omiey home ni tak? dengan alamat.
@Miss Tisyaalamat omiey home:
Omiey Home
Alamat: Lot 6 Jln 8/1 Kg Melayu Kepong (opposite FRIM)
atau
Omiey Kingdom
Alamat : Pusat Perkhidmatan Veterinar Kecil Tanjung Karang, Jln Sg Kajang Lama, Tanjung Karang
telefon omiey home - 012-2812640
@Ashraff Samsuddin alamat omiey home:
Omiey Home
Alamat: Lot 6 Jln 8/1 Kg Melayu Kepong (opposite FRIM)
atau
Omiey Kingdom
Alamat : Pusat Perkhidmatan Veterinar Kecil Tanjung Karang, Jln Sg Kajang Lama, Tanjung Karang
telefon omiey home - 012-2812640
Ade x cawangan Omey Home kat perak
yg tu saya x tahu
Yumi Huda,terima kasih kerana bagi info tu.Miss Tisya baru baca :)
Mana tahu ada masa terluang boleh pergi sana..huhuhu
Tgk dalam saluran TV9 racangan Safiyya baru2 ni... Tu yang dpt tergerak tangan ni nak cari dekat laman sesawang tentang Omiey Home ni.
Sebab Miss Tisya ada angan-angan(konon la..hahaha) nk buat sangkar besar untuk haiwan2 peliharaan seperti kucing,arnab,kolam ikan DLL. Biar jadi macam "ZOO Site" dekat tepi rumah..haha..Insyallah doakan saya OK!!
Motif: Nanti bila ada budak2 datang rumah boleh la berkunjung dekat "Miss Tisya'sh World/Zoo Site" tu...Sebab saya memang suka kanak-kanak.. (loving person,maybe) haha..
Lagipun sekarang zaman siber ni memang budak2 suka main gadjet(betulke ejaan ni)haha..maaf..pastu tak igt dunia..macam adik Miss Tisya yang last,anak sepupu..kebanyakan nye lah..tp mestilah ibu bapa pantau dorang kan? :)
Tapi saja nak bagi diorang seronok apa salah lawat Zoo tu kan?.. tk tahu lagi.. harap2 jadilah Miss Tisya'sh World/Zoo Site tu.. Amin..doakan ye
Apit,saya juga merupakan pecinta binatang seperti kucing,arnab DLL.. haha
Oh.. ye saya baru je berkecembung dalam bidang blog sebagai blogger (alam maya) ni..haha.. Jemputlah ke halaman saya http://myworldofmisst.blogspot.com/ ... maklumlah...saya masih bersekolah jadi apa yang saya "hantar & update" mungkin tidak cukup matang.. dan apa-apa daripada Senior-senior ni..tapi tak apa saya masih belajar utk melakukan sesuatu dan cuba memperbaiki kelemahan saya dengan mencari maklumat drpd senior yg berpengalaman..Assalamulaikum.Terima kasih.
ye ke, Borhan Sidgy?
Miss Tisya baru je tgk dekat Safiyya haritu..tp tak tahu la Safiyya TV9 tu ulang tayang balik cerita yang lama kot la..
Kalau Omiey Home tak buat bagusla Omiey..
Miss Tisya pikir positif je dulu sebab tak tahu cerita..Miss Tisya tak mahu salah tafsir..nanti kalau salah..Miss Tisya pula dosa.
Betultu...saya tertarik ngn komen awak( Nur Madihah )..
Cayalahhhh!!diorang yang buat kerja amal terbaik...
Salam..saya nak tanya kalau saya nak bagi 4 ekor anak kucing yang terbiar ada charge apa-apa ke? saya jumpa 4 ekor anak kucing dekat tempat kerja saya.. maknya dah tak ada.. baru lahir belum sampai seminggu. saya tak dapat nak bela sebab ada beberapa masalah.. boleh ke kalau saya nak letak dekat omiey home ni?
moga impian n usaha murni tisya terlaksana..
rasanye omiey home ni akan terima kucing terbiar. kalau lokasi berdekatan blh pergi tanya terus dgn pihak omiey home. or boleh juga call mereka utk tanya apa2 soalan. nombor telefon omiey home ada seperti komen di atas.
Saya cadang nak pergi becuti....bolehkah saya tumpang tinggal kucing saya beberapa hari....kalau boleh berapa charge dan apa keperluan yg saya kena bawa.
saya x pasti tentang tumpangkan kucing di omiey home. blh bertanya terus pd urusetia omiey home di nombor ni telefon omiey home - 012-2812640
Assalam...saya nak bg 5 ekor anak kucing yg baru lahir dan 2 ekor lg yg berumur 6 bln...pihak omiey home masih mahu ke mengambilnya...