Skim
Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dah dilancarkan bulan April 2014 yang
lepas. Tak sangka ramai yang dah mohon. Sebanyak 37,000 permohonan diterima untuk Skim MyHome yang memberikan insentif bantuan kewangan RM30,000 kepada yang layak.
Dalam Bajet 2014, kerajaan memperkenalkan projek perumahan
baharu iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome bagi menggalakkan
sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Dalam bajet
itu dinyatakan skim MyHome menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap
pemaju swasta.
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan
berkata walaupun kementerian menetapkan kuota
10,000 pemohon sahaja diterima tahun ini, kementerian akan memastikan baki 27,000 pemohon akan berjaya untuk
skim MyHome tahun depan.
Sumber:
Sinar Harian
Permohonan
mereka yang dah diluluskan tahun ni, sure tersenyum happy. Macam-macam skim
bantuan ada sekarang. Bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia memiliki rumah
sendiri.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
Skim yg menarik
Mmg menarik.. peluang yg sgt baik..
tak mohon lagi nie
Menarik dan satu peluang terbaik ..
TERBAIK..nice sharing Yumida