Setiap
orang inginkan bibir yang kelihatan cantik dan berseri. Namun, tidak semua
mempunyai bibir sebegitu. Ada yang mengalami masalah bibir kering, bibir gelap
dan bibir pucat. Lantaran itu, memberi kesan pada penampilan seseorang.
Haa…jangan risau. Kini ada cara untuk mencantikkan bibir. Nak tahu cara
mencantikkan bibir? Jom baca tip kecantikan di bawah.
Tip mencantikkan bibir
1. Madu
Tahukah
kengkawan semua, madu berfungsi untuk melembabkan bibir. Khasiat madu mengelak
bibir daripada kering dan pecah-pecah. Cara untuk cantikkan bibir dengan
menggunakan madu ialah sapukan madu di atas bibir sebelum tidur. Itu sahaja.
Simple kan?
2. Vitamin C
Fungsi
yang terdapat pada Vitamin C mampu menghindarkan bibir daripada bertukar warna
menjadi gelap. Haa, rajin-rajinlah makan vitamin C sama ada melalui buah-buahan
atau supplement vitamin C. Mudah-mudahan dapatlah menghilangkan bibir hitam dan
mencantikkan bibir. Vitamin C berfungsi untuk mengatasi pigmen kulit yang
menyebabkan pigmentasi dan mengurangkan masalah hyperpigmentation yang
disebabkan matahari.
3. Mentega dan berus gigi
Jika bibir
merekah dan berasa sakit, sapukan mentega atau produk tenusu untuk mengatasi
rekahan sebelum tidur. Kemudian, ketika memberus gigi pada waktu pagi, beruskan
juga permukaan bibir dengan menggunakan berus gigi secara lembut. Tip ini dapat
membantu menyembuhkan bibir yang merekah dengan segera dan menghasilkan bibir
yang cantik.
Bibir cerah, cantik dan lembap
Itulah
3 cara mencantikkan bibir. Mudah dan senang! Semua orang boleh melakukan di
rumah untuk mendapatkan bibir yang cantik! Bila bibir cantik, mood kembali
ceria! Bibir yang cantik menambah pesona pada penampilan, lantas memberi kita
keyakinan. Boleh juga taruk pelembap bibir dan lipstick. Kasi menyerlah gitu.
Tapi jangan pakai lipstick merah sangat. Kang silau pulak mata orang. Hihi..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
21 comments
muka npk ceria kalau bibir ader kaler2 sikit.. hehe..
GREAT TIPS
THANKS
Assalamualaikum yangg, sapukan madu? baiklah.nak try, tapi risau la pula lipas ke semut hurung kita masa tidur nanti. hahahhaaa ;p
ternyata caranya sangat mudah sekali ya :)
jangan lupa sentiasa pakai lip balm... he he he...
nice tips.. bibir deqla ni jenis cpt kering.. kena minum air byk2..huhu...
madu tu dulu nak try pastu terpikir, semut datang tak?? 0.o
nak letak kaler2 tpi jgn over hahaha
salam. hmm rasanya bibir sy dah cantik dah hahhahah gurau
nice tips!
very gd tips ni tq berkongsi yer, kalau KA sapu lip balm aje !
Salam....blh ikut tips2 ni...
Wanita dan kecantikkan, tak boleh nk dipisahkan...harus mencuba nie
Bibir wanita yg sihat dan merah sudah cukup memberikan pandangan seksi buat lelaki!
Good tips. Thanks ☺
boleh cuba la lepas ni..
tq for sharing :)
wah
Sambil memberus gigi, sambil tu memberus bibir.. mudah juga tips tu Yumida... menarik.. :)
MESTI COMEL BIBIR NNTI..HEHE
petua yg menarik dan mudah utk diamalkan..
madu paling senang kut,, tp kna rajin je la.. hehe