Lavender sangat dikenali kerana baunya
yang wangi! Jadi tidak hairanlah kalau kebanyakan orang suka letak haruman
lavender di rumah, bilik tidur, pejabat, kereta dan sebagainya. Malah dalam
kereta aku pun ada pewangi lavender ni. Kalau beli produk lavender kan, mesti
ditayangkan warna unggu. Maybe bunga lavender ni kaler purple kot.
Bunga lavender
Nak tahu…lavender ni banyak kegunaannya.
Paling famous, lavender berfungsi sebagai penawar tekanan. Atau orang selalu
cakap..lavender sebagai aromaterapi. Lavender berbau wangi, pada masa yang sama
wangi tu memberi kelegaan pada yang menghidunya.
Aromaterapi, iaitu rawatan terapi bunga
berupaya memberikan kelegaan atau tekanan positif terhadap kesihatan fizikal
dan emosi, sekali gus membantu mengurangkan tekanan. Nak menghindari stress?
Jom letak aromaterapi lavender di sekeliling. Try test :)
Kelebihan lavender:
Bau lavender menenangkan hormon tekanan,
mengurangkan stress
Lavender
dijadikan antiseptik , mengelak jangkitan selsema
Pati lavender bermanfaat merawat kulit
terbakar
Kebaikan lavender menyembuhkan migrain
Kegunaan lavender untuk mengatasi
masalah insomnia
Lavender bermanfaat mengatasi masalah
sendi dan ketegangan saraf
Fungsi lavender sebagai penawar gigitan
serangga
Lavender membantu masalah kulit
Lavender berfungsi sebagai antivirus dan
antiradang
Manfaat pati lavender:
− Mandian: Elok untuk sakit otot , bersantai, melegakan tekanan.
Letakkan enam atau lapan titis minyak pati Lavender dan sedikit garam.
− Pancuran: Selepas membasahkan rambut, tambahkan 3 titik minyak
Lavender ke dalam penutup air dan berdiri di bawahnya.
− Pengewapan: Letakkan ‘pembakar minyak’ atau ‘pengewap’ dengan air dan
letakkan enam hingga lapan titis minyak lavender dan biarkan di dalam bilik
tidur atau lokasi tertutup. Ia elok diamalkan sekiranya anda kurang sihat.
− Urut: Penggunaan pati aromaterapi mudah diserap ke dalam aliran
darah dan membantu menenangkan fizikal dan emosi.
− Tisu: Gunakan satu hingga tiga titis minyak Lavender dan sedutlah
selama mana dikehendaki.
− Penyedutan wap: Gunakan pati lavender sebagai terapi
pernafasan. Tambah emapat hingga enam titis pati ke dalam mangkuk air panas,
letakkan tuala di atas kepala anda dan bernafas dalam wap.
− Terbakar: Letakkan beberapa titik minyak lavender di kawasan
terbakar. Ia hanya sesuai untuk kesan kebakaran tidak serius.
Sumber: Berita Harian
Ambi pur lavender
Haa…gitu! Banyak manfaat lavender ni.
Tak sangka pulak aku, lavender ni boleh digunakan dalam perubatan. Ingatkan
sebagai aromaterapi je. Moh pakat reramai letak pewangi lavender ni kat rumah
dan dalam kereta. Biar wangi, biar tenang, biar terhindar rasa stressnya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
23 comments
Fuza pun suka beli bau LAVENDER. Untuk relief STRESSED katanya
Siapa belum join GA Fuza, sudi2 kan lah singgah
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html
great sharing
kkadang2 suka gak lavender tapi hana suka lagi bau jasmine. hehe
ambi pur lavender ni liz xsuka, brapa rgt akak beli? kt tmpt liz tgh offer 5.99 tau .
lavender peberet... kena ngn keta cik en yg kaler purple
wahhh banyak kegunaan rupanya hehe.
Byk juga kelebihannya...selama ni tau beli je..tak pernah pn amik tau hal lain...
banyak manafaat lavender ya..suka bau dia..
setiap ciptaan Allah insyaAllah ada manfaatnya yang tersendiri :)
lya memang suka haruman lavender
suka bau lavender
wangian lavender memang antara feveret akak juga :D
Nyaman bauuuuu ;)
Akak guna pewangi lavender yg sama dlam gambar tu. Satu atas peti ais kat dapur satu atas tv kat ruang tamu, pencuci lantai pon guna bau lavender dan pelembut pakaian pun sama. Gila lavender...ehehehe...
Kamek sik suka bau lavender. Kamek suka Jasmine. Hihi.
pic google tu. selalu beli tukar2 jenis dia.
same la kite. suke bau lavender gak.
Akak pun suka bau lavendar nie yumida.. =D
tak sangka plak sebanyak nih kelebihan lavender.. tau utk kurangkan stress ja..bagus info nih..
Assalamualaikum yangg, sheila pun suka. heee tapi dah lama tak beli. sebelum nak bersalin kena p borong sket barang camni. baru nyaman masa berpantang nanti. singgah menabung YES sini~~~
Suka jugak ngan lavender ..
Mmmmm Wangi..
Saya pun peminat Lavender...sekarang saya suka guna spray lavender dan juga essential oil dari jenama SUTRA...