As salam buat rakan pembaca,
Ada tak rakan-rakan anda yang dah kahwin, suami isteri
sharing update blog yang sama. Means, 1 blog tapi di bangunkan oleh suami
isteri. Adakalanya isi entry di taip oleh sang isteri, adakalanya di taip oleh
sang suami. Ada? Wah hebat! Kerjasama satu pasukan!
Sebenarnya agak sukar mencari pasangan yang ingin melibatkan
diri dengan apa yang kita buat. Jika si isteri minat blogging, suami pula minat
pada bola. Bukanlah bermaksud jika tak mempunyai minat yang sama, tak serasi. No! No! Kat sini refer pada situasi penglibatan pasangan dalam
hobi yang diminati oleh pasangannya. Wah, sweet gitu!
Pasangan comei..
Bila berjumpa pasangan yang sehati sejiwa..wah…terpancul
perasaan kagum! Sepakat membawa berkat. Setakat ni, ada 3 blogger yang Yumida
ketahui blognya dibangunkan oleh suami isteri. Yang 2 blogger tu Yumida lupa
url blognya. Tapi yang sorang ni bergiat aktif sering meninggalkan komen di
blog Yumida. Nak tahu? Blogger Siti Zara Nurhaidah. Ada kalanya pembabitan suami Zara menulis entry berkaitan tips
temuduga. Ilmu bermanfaat tuuu..
Yang terbaru, ehem-ehem…suami Yumida pun ada menyumbangkan
idea kat blog. Entry yang ditulis mengikut bahasanya sendiri sampai aku sendiri
rasa pelik nak baca. Hihi.. Pasal apa? Pasal ia merefer kisah tu menggunakan
kata ganti nama Yumida sebagai pencerita. Padahal yang menulisnya dirinya
sendiri. Sure la aku rasa pelik baca. Tak sama dengan bahasa harian aku.
Hihi..macam comel macam cute je.
Nak tahu bagaimana pembabitan suami Yumida dalam berblog ni?
Macam ni kisahnya.. Dia komen entry yang aku tulis: Ladang Strawberi di Bandung, Indonesia & Tangkuban Parahu di Bandung, Indonesia katanya takde feel orang
baca. Penceritaan yang tak menarik. Tak membuatkan si pembaca meronta-ronta
hatinya nak bercuti ke sana. Then, dia cakap, “Nanti abang tulis story kita ke Indonesia, pastu letak kat blog”.
Haaa..gitu la ungkapan keramatnya. So, dengan ini, jemput baca curahan ilham
suamiku: Soekarno Hatta International
Airport Jakarta – Mine Home Cihampelas Hotel dan satu lagi Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu. Ada lagi tau sambungan dia… Tunggu…..
Tengkiu cayang sudi babitkan diri dalam blog ni. Love u
so much!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
16 comments
GREAT
Saya masa mula2 berblog husband pn ade menyelit tulis entry. Tapi cara bahasa dia sangat formal. Kite biasa2 je. Tapi entry tu takde guna untuk pnggilan diri. Umum punya story. Sekafang je dah tak menyelit dah..takde idea dah kot.hihihi
hehe lya tak ada suami lagi..may b kalau dah ada dia pun nak join sekaki juga tu :)..cuma skrg dia memang galakkan lya berblog..ada hint2 di situ :)
blog PCL pun suami isteri jugak.
PCL dan mamaD.
http://www.nazlee.com/
seronok tgk laki bini bekerjasama bertambah erat kasih sayang
Best ya mun kongsi blog nak ;D
so sweet!!! :)
Sweet sangattttttt.... Teruskan macamni sis. (^^,)
wow..interesting. Romantik gitu
Siapa nak hadiah?
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/soal-selidik-untuk-anjurkan-giveaway.html
hehe..blog saya pun kongsi dengan hubby, tp dia dah jarang update..dulu ada la jugak..huhu~
Hebat mereka2 yg dapat & boleh berblog bersama-sama ...
ada la dgr jgk..tapi husband jen tak minat benda mcm nih..saya pun mula berblog nih pun dari minat sendiri..tetiba je minat menulis blog..dulu penah tulis cerpen, tapi berakhir dlm simpanan sendiri jer..hehehe.. apapun romantik la sama2 berkongsi idea dlm menulis blog..
hebat~ :)
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/04/nasyid-lama-nasyid-arab-seruan-solat.html
Ehh... terima kasih tauu mention zara dan suami kat entry sis ni.. terharuuu =") terus zara terpana sbentar.. xtau nak komen apa.. =") semoga kita smua truss sukses =") amin !
Assalamualaikum dik Yumida...pasang suami isteri yang comel dan sweet sangat...semoga dik Yumida dan suami akan terus berjaya dalam dunia blogger yer..
Semoga terus berjaya Yumida..