JAKARTA-BANDUNG
PART 2
Bangun2 je tengok
jam dah pukul 9 pagi.. lepas mandi dan berkemas, kami turun ke bawah untuk
sarapan pagi.. My sister in law dah sarapan.. dia cakap supir kitaorang dah
tunggu kat bawah.. actually my hb n i yang paling lewat time tu.. hehehe... apalagi, kitaorang cepat2 ke
restoran untuk sarapan.. ternampak la our supir tengah tunggu kitaorang sambil
minum jugak di situ.. my hb recognise dia dari baju yang dia pakai.. ada nama
company yg my hb book tu hari..
Selesai je
sarapan, kami masuk van.. kali ni kami guna kia pregio.. supir kami introduce
dia sendiri.. namanya cecep.. duda anak 1 baru 7 bulan bekerja sebagai supir di
syarikat tu.. orangnya ramah dan baik hati.. lucu jugak.. puas hati la guna dia
ni.. ni pun aku rekomenkan kat korang kalau nak cari supir di bandung ni..
tersangatlah berbaloi.. lupa lak nak bagitau.. kami guna perkhidmatan supir
dari Hayukka Bandoeng.. boleh cari dalam FB.. murah dan terbaekk... my hb dah
survey semua perkhidmatan supir di bandung ni.. Hayukka ni yang termurah yang
dia dapat.. kalau guna van pregio, chargenya rp 550k agak2 dalam rm157 macam tu
la termasuk dengan bayaran supir, minyak dan tol.. kalau korang pergi berempat
atau berlima, boleh guna avanza.. chargenya cuma rp 390k atau rm112 la.. my hb
sempat jugak tanya gaji supir ni.. dia kata sehari rm15.. diorang dibayar ikut
hari. Kalau ada pelancong, dapat la gaji harian. Kalau takde pelancong, takde
income harian.
Ok.. destinasi
pertama yang kami pergi adalah di Tangkuban Parahu.. Supir kami siap bagitau
tentang keadaan di sana.. dengan para penjual yang akan sentiasa mengiringi
kami di mana2 sahaja.. Bayaran masuk ke situ adalah sebanyak rp 75k atau rm21
sekepala.. bayaran bawak kereta masuk ke dalam rp 15k atau rm4.30.. jalan naik
ke situ ala2 jln ke Genting Highland.. Sejuk dan dingin..
Signboard Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu yang menjadi tumpuan pelancong bergambar
Pemandangan berlatarbelakangkan Kawah Ratu di Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
Nampak tak betapa luasnya Kawah Ratu tu...
Sampai je kat
atas, tengok2 ramai dah pelancong lain.. majoritinya orang Malaysia.. Lepas
parking van, kami terus bergambar di signboard Tangkuban Parahu.. supir kami
yang ambilkan gambar.. tak sampai seminit, ramai dah penjual mengerumuni kami..
diaorang tu sebenarnya bekerja di sana jugak sebagai pemberi maklumat tentang
gunung tu.. siap ada tag nama lagi.. sambil2 tu, diaorang berniaga menjaja
barangan..
memang rimas la
asyik diekori walaupun kita cakap tak nak beli.. aku sarankan korang ucap
terima kasih jer.. kalau diaorang asyik ikut, biar je la.. lagipun diaorang tak
kacau pun.. macam2 la taktik diaorang nak suruh kita beli.. pilihan di tangan
kita sendiri la.. tawar-menawar tu penting kalau betul2 nak beli.. kalau
setakat key chain, fridge magnet, tasbih, rantai, semua tu korang boleh beli di
Pasar Baru.. tapi kalau korang nak jugak beli, tawar la elok2..
souvenir yang
takde kat tpt lain cuma kayu seakan2 ukiran batik.. ha.. yang tu cuma terdapat
kat sini saja.. memang unik sangat dan cantik sebagai hiasan rumah. my hb ada
rembat satu.. harga ikut saiz.. yang my hb beli tu, harganya rp 250k tapi my hb
tawar kaw2.. then boleh dapat rp 150k atau rm43..
Kayu batik. Ini bukan ukiran kayu, tapi kayu itu bercorak batik secara semula jadi! Menarik kan? Hanya terdapat di Indonesia sahaja
Pemandangan kat
atas tu memang menakjubkan.. Subhanallah.. lukisan alam.. kadang2 bila kabus
tebal, kawah gunung berapi tu x nampak.. dilindungi kabus.. kira2 seminit,
barulah nampak balik... so, kalau nak ambil gambar, kenalah cepat2 sebelum
kabus menutupi kawah.. kami sempat ke kawah ratu je.. kawah yang terkenal kat
situ.. kalau korang tak tahan hidu bau bolerang, korang gunalah mask.. kat sini
memang kuat bau bolerangnya. Ala2 bau mercun
Asap bolerang...ada nampak? Bau mercun
dikhabarkan kawah
ratu telah meletus pada tahun 2011 yang lepas.. selain kawah ratu, terdapat
juga kawah lain seperti kawah domas.. rata-rata kesemua pelancong bergambar
berlatarbelakangkan kawah gunung berapi, banyak jugak tempat2 menarik kat
situ.. ada jugak pokok tua yang tumbuh di situ.. Datuk Siti pun pernah
bergambar di situ.. Terus diberi nama pokok Siti Nurhaliza..
Poko Siti Nurhaliza namanya. Bertuah betul siti..hihi
Agak lama juga
kami di sana.. Korang bolehlah nikmati gambar2 yang aku snap kat sana...
Sebelum balik, aku sempat rembat souvenir dari sana.. Bersambung PART 3
View sekitar Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu. Ini atap kedai jualan di sana. Panjang! Boleh shopping kat sini sampai duit habis. Haha...
Bonsai...
Jualan bonsai. Yer erk ni bonsai..rasanya kot.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
15 comments
bestnya.. selalu baca pasal tangkuban perahu ni.. bila la agaknya dapat pergi
Tangkupan Perahu kan sinonim dengan Si Tenggang ...kalau tak salah bunda lah..
menakutkan juga kan kalau tiba2 gunung berapi tu meletup :)
menarik tempatnya..ntah bila thn la dpt jejak tmpt2 mcm nih..
Akak pun dah sampai sini yumida.. best tempat dia cantik kan.. =D
assalamualaikum
dan salam jumaat
singgah pagi
Bestnya kak ;D
subhanallah cantik pemandangan kawah ratu tu yumida.
cantiknye bongsai.. bongsai yg besar tu nama siti ey.. untung betul.. mmg cantik kawasan kawah tu kan...
cantik pemandangan...kuasa allah
Pokok siti tu tak lawa sangat.. Siti lawalah.. hahaha
Zara & suami perna bgmbr kat situuuu.. area ni mmg sejuk !! Fuh...
wah..wah..wah.. pemandangan dia lawaaa... tak penah tengok lagi gunung berapi..
btw: betuah kan siti nurhaliza.. hehe
saya dah sampai..asyik ucap terima kasih je...
Assalamualaikum dik Yumida...bestnyer pemandangan dia kan...