Tonton The Band Secara Online

Pertama kali dengar The Band? The Band ialah program realiti TV pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa. Sebanyak 32 peserta telah dipilih dalam mengikuti program The Band. Ada peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. Kini, sesiapa yang tidak mempunyai Astro di rumah, bolehlah menyaksikan siaran The Band ni secara online.

Tonton The Band Secara Online, peserta the band, gambar the band, laman web the band www.theband.com.my

Nak tahu bila The Band ni ditayangkan di tv? Seterusnya boleh disaksikan menerusi skrin komputer anda. Jom baca jadual program realiti tv, The Band disiarkan.

Program The Band: Konsert The Band
Hari: Sabtu
Jam: 10.00 malam

Program The Band: Whazzup The Band
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 malam – 10.00 malam

Program The Band: X The Band
Hari: Ahad
Jam: 10.00 malam - 10.30 malam

Kesemua program ini boleh ditonton di Astro RIA, saluran 104 dan Astro Mustika HD, saluran 134. The Band juga boleh ditonton menerusi ‘online’ di laman web utama The Band iaitu www.theband.com.my.

Bakat-bakat baru menerusi program The Band ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair dan antarabangsa yang bersesuaian dengan konsep program ini. Penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop yang boleh diketengahkan untuk pasaran peringkat antarabangsa. Aspek tersebut termasuklah kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan imej busana dan aura penghibur.
Sumber: Astro Gempak

Wah…kelas gitu! Sambil menyanyi, sambil menari, busana diperagakan memukau penonton. Ala-ala stylista gitu. Meh sama-sama kita saksikan The Band ni kat tv.

Program The Band dikendalikan oleh..
Pengacara The Band: Awal Ashaari
Juri The Band: Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim & Syafinaz Selamat
Tenaga pengajar The Band: Damian Mikhail, Alam Wakaka & Wahyu

4 comments

program baru ey.. mst Fiza ssh nk tgk sebab time2 cm nie banyak siaran bola.. huhu..

ada tgk malam tdik.. sik berapa minat..

Satu program yg menarik tp belum berapa menyengat lagi.. :)


EmoticonEmoticon