Shila Amzah – Rating lagu jatuh merudum di China

Pernah suatu ketika, Shila Amzah meluahkan perasaannya di Instagram apabila dirinya terkena tempias dek tragedi MH370.

Shila Amzah - Tragedi MH370 bukan salah saya, shila amzah dikutuk peminat di China, gambar shila amzah, Shila Amzah – Rating lagu jatuh merudum di China, lagu Shila Amzah diboikot peminat China

Sesiapa yang membaca artikel tersebut, pasti merasa simpati akan nasib yang menimpa Shila Amzah di China. Hmmm…sukar nak huraikan. Hope warga China di sana memahami situasi yang melanda Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan pesawat MH370, mencari serpihan pesawat MH370 (jika benar ia terhempas di Lautan Hindi) melalui satelit. Pun tiada menunjukkan bukti. Kehilangan MH370 masih diselubungi misteri, sungguh pun begitu Malaysia tidak pernah berputus asa untuk mencari dan mengesan badan pesawat, juga kotak hitam. Hope bersabar…

Rating lagu Shila Amzah jatuh merudum di China. Begini ceritanya…. Selepas menduduki tangga pertama dalam minggu ke-10 program realiti I Am A Singer di China, kedudukan penyanyi terkenal Malaysia, Shila Amzah tiba-tiba merudum ke tangga keenam pada minggu berikutnya.

Difahamkan, penyanyi berusia 24 tahun yang semakin popular di China itu diboikot pengikut program realiti popular berkenaan berikutan ketidakpuasan hati rakyat China terhadap cara pihak berkuasa negara ini mengendalikan misi mencari pesawat Penerba­ngan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Memang mengejutkan kerana persembahan Shila dengan lagu Rolling In The Deep pada minggu ke-10 program terbitan Hunan TV dua minggu lalu itu bukan saja mendapat pujian tetapi memperoleh undian terting­gi daripada penonton termasuk juri, sekali gus meletakkan dia di kedudukan pertama. Namun pada minggu ke-11 yang juga pusingan separuh akhir, Shila yang membawakan lagu Yang Chong tersingkir ke kedudukan ke-6.

“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu MH370. Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamat­kan peserta tertentu. Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila tetap dilayan ­dengan baik dan peminat yang terserempak dengan Shila begitu teruja nak bergambar,” – ibu Shila Amzah

Fauziah berkata, jika benar Shila diboikot gara-gara isu MH370, Shila tetap optimis untuk terus berjuang dan berharap mampu mengharumkan nama negara. 

Selain itu, peminat I Am A Singer dan juri profesional program itu turut terkejut dengan kedudukan Shila yang tiba-tiba merudum. Ramai di antara mereka memberikan kata-kata perangsang supaya Shila kembali memperkemaskan kedudukannya selain ada yang mendoakannya muncul juara pertandingan itu.

Sumber: Harian Metro


Sungguh pun begitu, masih ada peminat China yang menjadi penyokong Shila Amzah. Moga mereka dapat menerima kehadiran Shila Amzah dengan baik. Menerima tragedi MH370 dengan cara rasional dan profesional. All the best buat Shila Amzah, moga suskses di luar negara.

16 comments

kesian kak shila.
hmm. mh370 bukan salah rakyat malaysia.

Macam ni pun ada ayoo be rasional la xkan sebab mh370 semua org malaysia jahat mcm ......

Macam ni pun ada ayoo be rasional la xkan sebab mh370 semua org malaysia jahat mcm ......

Kesiannya Shila. Harap shila tabah. Bukan salah shila pn, xspatutnya peminat hukum dia cmni.

lama tak BW kat sini.. hehe nice entri yumida ^^ huhu sihat ke tuu ??

#kataubaid

Kesian dia.. ingat senang ke nak caro pesawat mh370 tu -___-

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...harap Shila Amzah tabah mengharunginya...

miza pun dah tengok dah instgram tu,
sian kak shila..tapi ramai yang bagi komen positif..
bukan salah sape2 pun :(

kesiannya kak sha :(.. harap dia dapat jadi juara nanti.. in shaa ALLLAH

Terkena tempias jugak.. kesian..

kesian sheila trkena tempiasnnya

kesiannya.. kerana MH370, sheila amzah plak terkena tempiasnya.. 2 la kekdg ati manusia kita tak tau kan.. hrpnya sheila tabah dlm mhadapi cabaran yg ada..


EmoticonEmoticon