Pasar Baru, Restoran Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek

JAKARTA-BANDUNG
PART 4

Sambungan:

Ekslusif:

Selepas sarapan pagi, kami terus ke Pasar Baru. Pasar Baru buka jam 0930 dan tutup pukul 1700. Pasar Baru merupakan tempat wajib untuk dilawati. Kat sini ada jual macam-macam jenis barang la. Kalau korang pergi sini, kena hati2. Beg duit kena jaga betul2. Kat sini ramai pencopet. Supir kami awal2 lagi dah inform.

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Dari tingkat 4 Pasar Baru

Pasar Baru ni ada 7 tingkat kalau tak salah. Kat tingkat atas sekali, ada tempat makan. Tapi supir kami tak galakkan makan di situ kerana harganya mahal. Seperti di Tangkuban Parahu, kat sini pun ada pekerja yang akan mengiringi kita shopping. Dia akan tunjukkan kita kedai2 yang menjual barangan murah dari kedai lain. Di samping tu, dia juga akan tolong kita bawa barang yang kita beli. Diaorang ni memang bergaji tapi bagi la upah kat dia jugak. Nama orang yang tolong kitaorang tu, Zul. Asal Pontianak dan berkahwin dengan orang Bandung.

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Kedai Sir Cinta jual kain pasang, telekung, jubah

Kesian tengok dia ke hulu ke hilir bawa barang kitaorang. Dia juga yang tolong cari our members yang shopping di tempat lain. Pasar Baru ni besar dan sempit. So, kitaorang berpecah la untuk cari barang masing2. Kalau nak cari souvenir, di sini la tempatnya. Kat sini kitaorang beli T-shirt Bandung, beg tangan, key chain, fridge magnet, baju, kain pengantin untuk my sister in law, souvenir barang kawen, seluar dan macam2 lagi la. Pendek kata, semuanya ada di sini. Tp kena pandai tawar menawar.

Kalau T-shirt Bandung tu, memang harganya tetap. Tapi, pandai2 la survey dulu. Ada kedai yang jual 4 helai rp100k, 5 helai rp100k dan yang paling murah 6 helai rp100k. Adik ipar aku beli kain kawen kat sini. Beli kain terus jahit di situ jugak. Lepas tu, panggil kawan supir kami untuk sukat badan. Tengahari dia datang sukat then malamnya dah siap. Dia hantar terus ke hotel. Bayarannya RM150.00. Harga ni untuk semua jenis design, kita reka design yang kita nak, tailor tu nanti akan jahit. Imaginekan u olls, dgn kain pengantin yg sukar dijahit, kalau di Malaysia sure mahal.

Seharian kami di sini pun tak habis nak jalan2 satu Pasar Baru ni. Lepas je shopping sakan di Pasar Baru, kami makan di Restoren Padang Simpang Raya. Makanannya merupakan nasi padang. Ada banyak lauk! Lauk yang dimakan saja akan dikira. Lauknya juga sangat sedap! Dah habis makan, my hb sempat tahan si pembawa beca beli es durian. Kebetulan dia lalu di restoren tu. Sedap u olls! Isi durian yang bersalut dengan aiskrim. Korang mesti cuba es durian ni kalau ke Bandung.

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Restoran Simpang Raya

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Nasi padang - berbagai menu tersedia, boleh pilih lauk yang kita nak

Selesai je makan, supir bawa kami ke Toko Tiga. Tempat jual jeans original. Ingatkan jeans je ada, rupa2nya baju pun ada. Jeans kat sini murah2 dan yang penting, original. Kat sini ramai orang Malaysia yang membeli jeans. Aku beli 2 helai T shirt Timberland original untuk my hb. Kalau yang kaki levi’s tu, memang kat sini la tempatnya. My hb beli 2 pasang seluar jeans. Harganya rm70 lebih sepasang. Bukan jenama Levi’s je yang ada, ada juga jenama lain. Lepas tu, korang boleh potong kaki seluar ikut tinggi korang. Kalau potong terus, percuma je. Kalau potong original, upahnya rp10k.

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Toko Tiga

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Souvenir Toko Tiga - Keychain I Love Bandung

Beza potong ori tu, kain kaki seluar ori yang dia potong tadi akan dijahit atau disambung semula kepada kaki seluar setelah dipotong. Kalau potong terus, setelah kaki seluar dipotong, dia jahit terus. Tapi jangan risau, dia memang guna benang sama macam benang pada seluar kita tu. Lupa lak, kalau korang nak beli barang kat sini, jangan lupa ambil resit tukaran souvenir di depan kaunter pintu masuk. Masa bayar tu, korang bagi sekali dengan resit tukaran tu. Diaorang akan bagi 2 pasang keychain khas dari Toko Tiga. Kat tempat lain xda keychain ni.

Sebelum balik hotel, kitaorang singgah di kedai jual kerepek. Kat sini boleh rasa dulu. Macam2 kerepek ada di sini. Ada pisang cheese, pisang salai,  bebola coklat, dodol garut pelbagai perisa, kerepek indon, kerepek ubi, kerepek tempe biasa dan cheese, popia  dan macam2 lagi la. Sedap dan murah. Lepas seronok makan dan beli, kitaorang balik hotel dan sampai hotel jam 2130. Rehat untuk perjalanan ke Jakarta esok hari.

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Kedai kerepek

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Alat timbang kerepek - alat timbang zaman dahulu kala

Pasar Baru, Restoren Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
Pilihan kerepek. Macam-macam ada!

13 comments

seronoknya kalau dapat membeli belh di sana kan..:)

bestttt nyaa

kunjungi balik donk
http://pelancongankebandung.blogspot.com/

Bnyknya pilihan lauk2 utk dimakan tu Yumida.. menyelerakan..

Meriahnya makanan kat sana ya.. terbaek!

keychain bandung tu menarik ler yumida....kalau dapat alangkah bestnya......

seronok le ke Toko tiga...best dapat jeans.


EmoticonEmoticon