Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain

JAKARTA–BANDUNG
PART 3

Sambungan:

Lepas jejalan kat Tangkuban Parahu, kami terus ke Ladang Strawberi. Ladang ni terletak di bawah gunung Tangkuban tu. So, tak jauh la.. Bayaran masuk ke situ adalah Rp 10k sekepala atau RM2.85 Kat sini pun ada juga peniaga menjual souvenir. Bayaran Rp10k tu termasuk free satu gelas jus strawberi segar. Masa kami kat sana, tak banyak sangat buah strawberi kerana pelancong lain dah petik. Buah strawberi yang kita petik tu, dia jual rp75k sekilo. Lebih kurang RM21.40 untuk 1kg buah strawberi. Kat sana, kita boleh petik seberapa banyak yang kita nak, asalkan bayar.

Ladang Strawberi di Bandung, Indonesia
Buah strawberi. Abaikan jariku yang comel itu

Selesai je kat ladang strawberi, perut pun dah memulas kelaparan. So, supir kami bawa ke tempat makan di Gubug Makan Mang Engking. Tempatnya memang unik dan makanannya pun sedap. Tempat makan tumpuan pelancong. Kalau nak duduk santai, boleh pilih tempat makan yang jenis duduk bersila. Kalau nak yang duduk berkerusi, pilih la yang berkerusi. Besar tempat makan ni. Dengan berlatar belakangkan gunung dan di kelilingi kolam, view yang sangat cantik! Harganya boleh tahan. Depend dengan set menu makanan yang dipilih. Tapi dijamin sedap!

Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
Entrance Gubug Makan Mang Engking

Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
Papan tanda Gubug Makan Mang Engking

Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
Struktur senibina restoren Gubug Makan Mang Engking beratapkan nipah dan berdindingkan buluh. Unik!

Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
Menyusuri ke dalam Gubug Makan Mang Engking. Kiri kanan..indah!

Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
Kawasan makan menggunakan kerusi di Gubug Makan Mang Engking

Oleh kerana waktu kami balik dari Mang Engking tu waktu puncak, supir kami guna jalan perkampungan untuk ke factory outlet Jalan Riau bagi mengelakkan kesesakkan. Menariknya di Indonesia, ada penjaga trafik, bukan polis trafik. Tapi orang biasa yang menjaga laluan jalan. Setiap kali lalu pada penjaga trafik, supir kami akan bagi tip (upah) pada diaorang. Semasa melalui jalan perkampungan pun ada jugak. Macam bayar tol la pulak. Bila ditanya dengan supir kami, dia kata duit tu untuk pengamanan. Duit untuk baiki jalan rosak. Kami sampai di Jalan Riau lewat petang.

Kat sini banyak Factory Outlet (FO) yang menjual barangan original. Kat depan FO pun ada juga para penjual souvenir. Antara FO di Jalan Riau ni adalah Grande, Glow, Donatello, Jetset dan banyak lagi. My hb sempat rembat sandal kat Donatello. Cantik2 baju kat sini. Kalau kat Donatello tu, memang jual pelbagai jenis kasut dan sandal. Semuanya cantik2. Kalau nak diikutkan hati, nak je rembat semuanya. Tp kena save budget jugak untuk shopping di tempat lain. FO ni tutup jam 9 mlm.

Grande

donatello jalan riau
Donatello Jalan Riau

Lepas je shopping kat sini, tengok jam masih awal lagi. Then, terus supir bawa kami ke Rumah Kain. Rumah Kain pun tutup jam 9 mlm. Itupun bergantung kepada pelanggan. Kalau masih ada pelanggan kat Rumah Kain, dia still jugak buka. Rumah Kain ni wajib dilawati. Sampai je kat Rumah Kain, apalagi.. shopping!! Kat sini ada jual berbagai2 jenis kain sulam, telekung, kain cotton, satin, baju batik, kain batik, kain pelikat. Semuanya murah2. Telekung pulak dia ikut jenis kain. Dari harga serendah belasan ringgit sampailah harga puluhan ringgit.

Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
Rumah Kain - tempat menjual kain pasang dengan harga yang murah!
1 pasang kain harga Rp110,000 bersamaan RM31.50
Kesemuanya kain sulam dan kain bermanik..murah! Murah!

Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
Bertimbun-timbun! Rambang mata nak pilih. Rumah Kain memang awesome!

Kat sini boleh guna mata wang Malaysia. Lama jugak kitaorang kat sini. Kat sini aku banyak beli baju batik untuk my dad, kain sulam untuk my mom and my sister. Untuk aku sendiri? Of course la ada. Hehehe. Banyak jugak aku beli kain sulam untuk aku sendiri. Untuk hari raya nanti. Tak payah la nak cari lagi nanti.

Lupa lak, kalau korang nak buat baju terus pun boleh. 1 hari dah boleh siap! Apa2 jenis fesyen dan jenis kain, upahnya cuma rp 75k atau RM21.40. Murah kan? Baju kurung biasa, baju kurung moden sama caj. Kalau kat tempat korang berapa caj buat baju kurung biasa? Kalau kat Sarawak ni, RM23.00 tapi kalau orang saiz besar caj RM28.00. Mungkin sekarang harganya dah naik. 

Dalam perjalanan balik ke hotel, kitaorang singgah dulu gerai jual durian di tepi jalan untuk menikmati durian. Masa kitaorang makan tu, ada la budak2 pengamen datang. Bawak gitar sambil menyanyi. My hb buat permintaan lagu. Pengamen on je, dendangkan lagu. Time nak balik tu, kitaorang bagi tip untuk mereka. So, tamatlah tour Bandung kami di hari pertama. Balik hotel, tengok jam dah pukul 11 malam.

durian indonesia, durian bandung
Durian Indonesia

pemuzik jalanan, pemuzik indonesia
Pemuzik jalanan yang menghiburkan kami

16 comments

kain sulam manik kat sini dah hampir rm100 kan yumida..akak suka tengok pemandangan kat sana..cantiknya..

bestnye kalau dpt shopping kain.. rugi kalau tak beli..

part kain tu yg tak tahan tu..adusss..boleh rambang bijik mata

terkejut tengok durian tu hehe

Murah juak kain ya kak.. hee

murah kali jak eh..untung lau dapat gi sana

Assalamualaikum yangg, haihh lawanya tengok strawberi tu. heeee lama tak makan fresh2 daripada ladang ~~~

boleh gila kan bila tgk kain2 yg murah tu..haish

Woahhhh ! Rasa nak ke sana lagi.. huhu

wow boleh gila tgk kain2 yg murah tuh..ermm lbh baik beli kain buat baju trus kan..harga pun murah ja..klu kira kos beli kain ngn upah buat trus br brapa jer sepasang,blh sgt laa..blk dh blh pakai trus..hehehe..

Banyaknya kain... gmbar durian tu pun dah buat saya teringat2 durian... :)

restoren Gubug Makan Mang Engking memang super unik..
WAAHH, murahhhnya kain... :D

cantik je tempat tu..sejuk je tgk.. :)

Assalamualaikum dik Yumida...cantik jer pemandangan kat sana kan...buah strawberi tu nampak comel pulak..


EmoticonEmoticon