Sinopsis Novel M.A.I.D Karya Suri Ryana
MAID
mengisahkan seorang gadis bernama Noorul bekerja sebagai pembantu rumah di
rumah majikannya Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering
mengundang kemarahan Harris, bos besar tempat Noorul bekerja. Harris, jejaka
kacak, kaya dan berkerjaya namun sikapnya yang cerewet sering membuatkan Noorul
rasa sakit hati. Dan kerana itu juga Noorul menggelarnya Mr. F (fussy) si
cerewet tahap gaban!
Sikit sahaja tersilap, Noorul akan
dimarahi majikannya. Tengkingan dan jelingan tajam Mr. F membuatkan jantung
Noorul hampir sahaja gugur! Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja
pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul
mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki
itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul
dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia
tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri
tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf,
yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri
Hamdan?
Mampukah Noorul dan Mr. F melayari
bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya
cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F
pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal
pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
Serabutnya Noorul hanya Allah yang
tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya
sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta
Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan
hidupnya. Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel M.A.I.D karya Suri Ryana terbitan Kaki Novel di pasaran!
Gambar Novel M.A.I.D
Harga novel M.A.I.D - Semenanjung (RM26),
Sabah / Sarawak (RM29)
Petikan Menerusi Novel M.A.I.D
Dear Mr. F,
"Aku tahu aku jatuh cinta pabila
tengkinganmu kedengaran merdu di telinga, jelinganmu yang tajam bak keris
Taming Sari itu bisa buat aku terpesona dan perangai cerewetmu membuatkanku
ingin ketawa! Memang kedengaran sedikit gila, tetapi aku benar-benar
cinta!" **Noorul – novel M.A.I.D**
Drama adaptasi novel Maid
bakal disiarkan di TV3. Kebanyakan karya Suri Ryana sering dijadikan drama tv
oleh pengarah. Untung laaa.. Karya hebat! Menerusi drama MAID TV3, watak Harris akan dilakonkan oleh Zul
Ariffin manakala watak Noorul pula dibawa oleh Ayda Jebat.
Tak sabar nak tunggu drama MAID disiarkan kat kaca tv.
Zul Ariffin pelakon utama drama Maid
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
mcm best cita tok.. hehe..