Komen Yang Menyentuh Hati Buat Anak Mangsa Nahas Duke
Sad moment... Menatap
jenazah kali terakhir... Amat penting memiliki hubungan yang baik dengan semua
orang. Sebab kita tak pasti bila akan tutup usia. Jadi, orang di sekeliling
yang akan ambil tanggungjawab menjaga anak2. Menjaga anak yatim satu ganjaran
dan ibadah yang amat besar di sisi Allah. – Ahmad Fedtri
Yahya-
Itu adalah
kata-kata dari selebriti terkenal Malaysia iaitu Ahmad Fedtri Yahya di laman Instagramnya. Tersentuh hati bila
membacanya. Semasa kita hidup di dunia, jalinkan hubungan baik dengan sesiapa
sahaja. Jauhi sikap suka berprasangka buruk, bermasam muka, mencemuh sesama manusia.
Pemergian
3 sekeluarga dalam nahas kemalangan
jalan raya di Lebuhraya Duke, amat
mengejutkan seluruh Malaysia. Hingga mengakibatkan 2 kanak-kanak menjadi yatim piatu. Adik bongsunya terkorban, ibu
dan ayahnya maut di tempat kemalangan. Lebih tragik lagi, mangsa tercampak di
atas jalan raya. Begitu dahsyatnya kesan kemalangan tersebut.
Kemalangan
ini membabitkan pemandu Myvi dari kumpulan FMC yang dikatakan telah menyebabkan
kereta milik mangsa terlibat dalam kecelakaan. Kes ni masih lagi dalam siasatan
polis. Moga lebih banyak bukti ditemui, yang salah harus dihukum, menerima
perbuatannya. Sama-sama kita menunggu hasil siasatan polis. Moga dipermudahkan
urusan pihak polis menjalankan siasatan. Al fatihah buat mangsa kemalangan nahas Duke.
Komen & Doa Rakyat Malaysia Buat Anak Yatim Piatu Nahas Duke
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
sebaknya bila baca.. al-fatihah
Innalillah...sedih sgt saya baca berita ni.. :'(
Sedih sgt dgn tragedi ini.. Al Fatihah...
Sedih dan pilu bila membaca kisah tragedis ini. Ini semua ujian Allah terhadap manusia. Kita sebagai manusia seharusnya sering mengingatinya agar pemegian mangsa tragedi dan keluarganya tabah menghadapi ujian ini. Moga roh mangsa dicucuri Rahmat allah Taala. Al-Fatihah.
al fatihah . mrk yg melakukannya akan mendapat cash ...
kisah sedih yang mesti kita semua ambik iktibar..
Sayu hati bila tengok gambar tue...
Angkara sikap manusia yg tak bertanggungjawab, manusia lain yg terkena tempiasnya. Semoga dipermudahkan segalanya, Aamin
sayu tengok dua beradik ni..yang pergi tetap akan pergi,,tapi yang tinggal..sungguh tersiksa...moga dua beradik ni kuat untuk menghadapi dugaan ni..masih kecil lagi dah diduga sedemikian rupa...
memang sedih ... dulu masa kecil pernah melaluinya, tapi ayah je yg pergi. yang ni lagi la sedih, kedua-duanya pergi. Al-fatihah buat arwah