Hari Sabtu Disangka Ahad

Memandangkan semalam cuti umum (cuti Hari Pekerja), so hari ni merupakan hari kedua cuti, hari Sabtu. Dalam kepala aku asyik ingat, ‘eh Melodi hari ni. Kena masak awal’. Bila nak record rancangan Melodi tengok-tengok, eh esok la. Esok kan hari Ahad. Adoi, tersilap lagi.
hari sabtu, saturday, gambar sabtu

Malah malam yang sebelum ni pun sama, lepas mandi jam sekitar 9 malam baru teringat, ‘eh ada Galaksi malam ni, lupa pulak nak record’. Bila tukar channel 119 tengok rancangan lain. Bila tengok tarikh baru perasan, hari Khamis rupanya! Tersilap lagi..

hari sabtu, saturday, gambar sabtu
Kengkadang kan, bila bangun dari tidur, fikiran blank seketika. Lupa hari tu hari apa. Lupa sekejap la. Macam orang blur baru bangun tidur. Lepas diingat-ingat balik, oooo baru otak ligat bekerja. Kena makan kismis ni kasi kuat ingatan. Minum susu supaya sel-sel otak berhubung. Hahaha.. Selamat bersantai di hari Sabtu.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

Sy kadang2 mcam tu gak...hari pun boleh terlupa...

Betul tu Yumida, Zumal pun rasa macam Ahad je pagi tadi...