Sinopsis Drama Ayuni Safira TV9

Sinopsis Ayuni Safira Drama TV9 Slot Ratu
Ayuni Safira mengisahkan ketabahan hati seorang gadis memperjuangkan nasib dirinya selepas tidak dihargai oleh ibunya sendiri. Emelda (Maria Farida) membenci anak kandungnya iaitu Ayuni Safira (Siti Saleha). Ini kerana Ayuni Safira merupakan anak luar nikah!

Sinopsis Ayuni Safira drama TV9 slot Ratu, gambar dan pelakon drama Ayuni Safira TV9, OST lagu tema drama Ayuni Safira TV9, episod akhir Ayuni Safira, download lagu tema Ayuni Safira, Ayuni Safira drama adaptasi novel Hello My Slave, penulis novel Ayuni Safira karya Shuhadatul Ain Zakaria

Walaupun tidak dipedulikan oleh ibunya, Ayuni Safira tetap menyayangi ibunya. Kehadiran ayah tiri Ayuni Safira di rumah itu membuatkan dirinya tidak senang duduk. Fakir (Afiq Muiz) seorang lelaki bermata keranjang! Pernah suatu hari, ketika ibunya tidak ada di rumah, Fakir menyusup secara sembunyi memasuki bilik Ayuni Safira. Kelibat ayah tirinya membuatkan Ayuni Safira terkejut lantas melarikan diri.

Namun, tanpa di duga ketika Ayuni Safira sampai di luar bilik, wajah ibunya terpampang di depan rumah. Fakir tergesa-gesa keluar dari bilik itu dan terkejut dengan kehadiran isterinya. Semenjak hari itu, Ayuni Safira membawa diri, menumpang di rumah sahabat baiknya.

Siang Ayuni Safira menghadiri kuliah, malamnya pula Ayuni Safira membuat kerja part-time sebagai pelayan kafe. Mengetahui dirinya hanya menumpang di rumah orang, Ayuni Safira tidak mahu menyusahkan sesiapa dan akan menyara yuran pengajiannya dengan bekerja separuh masa. Ibunya pula tidak pernah mengendahkan kehilangannya, semenjak dia keluar dari rumah.

Puan Sri Liana (Zarina Zainuddin) iaitu ibu kepada Zafran (Aqasha) ingin menjodohkan anaknya dengan Geena (Sasqia Dahuri). Puan Sri Liana orang yang mementingkan darjat dan kekayaan berusaha keras menyatukan Zafran bersama Geena. Geena telah lama menaruh hati terhadap Zafran, malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Berulang kali Zafran cuba menolak lembut pelawaan Geena, namun Geena tetap berdegil inginkan perhatian dari lelaki itu. Seolah-olah tidak faham, hati lelaki itu bukan untuk dirinya.

Makluman: Sila berikan backlink ke entry ini jika anda menyalin sinopsis drama Ayuni Safira TV9 ini ke blog anda. Info: Blogger copy paste tanpa bagi link kredit (sumber asal)Harap maklum. 

Lain yang dijodohkan, lain pula yang terjadi. Zafran nekad mengahwini Ayuni Safira. Apakah reaksi Puan Sri Liana bila anaknya Zafran mengatakan ingin mengahwini wanita pilihannya? Gadis yang mempunyai sejarah hitam. Ikhlaskah cinta Zafran pada Ayuni Safira? Adakah Ayuni Safira bakal menemui kebahagiaan bersama Zafran? Saksikan segalanya dalam drama Ayuni Safira TV9, Slot Ratu.

Sinopsis Ayuni Safira drama TV9 slot Ratu, gambar dan pelakon drama Ayuni Safira TV9, OST lagu tema drama Ayuni Safira TV9, episod akhir Ayuni Safira, download lagu tema Ayuni Safira, Ayuni Safira drama adaptasi novel Hello My Slave, penulis novel Ayuni Safira karya Shuhadatul Ain Zakaria

Pelakon Drama Ayuni Safira TV9
Siti Saleha - Ayuni Safira
Aqasha - Zafran
Zarina Zainuddin - Puan Sri Liana
Afiq Muiz - Fakri
Eyra Hazali – Rania
Nizen Ayub – Fazrin
Mak Wan Latah – Mak Piah
Sasqia Dahuri - Geena
Maria Farida - Emelda
Sura Sojangi – Dira
Zul Handyblack - Bad

(OST) Lagu Tema Drama Ayuni Safira TV9
Lagu: Pilihan Sejati
Penyanyi: Aisyah Aziz

Gambar Drama Ayuni Safira TV9
Sinopsis Ayuni Safira drama TV9 slot Ratu, gambar dan pelakon drama Ayuni Safira TV9, OST lagu tema drama Ayuni Safira TV9, episod akhir Ayuni Safira, download lagu tema Ayuni Safira, Ayuni Safira drama adaptasi novel Hello My Slave, penulis novel Ayuni Safira karya Shuhadatul Ain Zakaria

Drama adaptasi novel kini muncul dengan judul Ayuni Safira di slot Ratu TV9. Penulis karya Ayuni Safira bernama Shuhadatul Ain Zakaria menerusi cerpennya iaitu Hello My Slave. Tengok drama Ayuni Safira untuk episod 1 pun dah rasa sedih. Kesian pada nasib yang menimpa Ayuni. Ada keluarga, tetapi seolah-olah macam tak ada keluarga. Tidak dipedulikan. Kemudian, jumpa pulak dengan ayah tiri yang gatal sebegitu. Apakah pengakhiran drama ni, bahagiakah Ayuni bersama Zafran. Jom tengok drama ni sampai episod akhir Ayuni Safira. Sedih..sobs sobs…

Saksikan drama Ayuni Safira Slot Ratu
Tarikh Ayuni Safira mula disiarkan: 9 April 2015
Jumlah episod drama Ayuni Safira: 14
Hari: Khamis – Jumaat
Jam: 8.30 malam

9 comments

siti saleha...dah lama dia tak berlakon drama..ni drama baru ke??nak tengok la..

aah kak drama terbaru siti saleha: ayuni safira kat tv9
so far mmg bez la utk dilayan berbanding drama tv3 pukul 7 tu..agak bosan sikit drama tu..hihi

selamat malamm :) syira jenjalannn sini sementara cuti midsem..hehee

dah start ke Yumida? sebab akak tengok ada tarikh 9 April, ada 5 Mei..

drama ayuni safira ni dah start 9hb kak
aah kat poster dia bagitau 5 mei
tp drama ni dah dimainkan hari khamis lepas, so far drama ayuni safira ni menarik utk ditonton
siti saleha lagi heroin drama ni.. best best!

welcome2..jemput singgah n jamu info disediakan
selamat menonton drama ayuni safira yg dah ditayangkan kat tv9

saye minta tolong upload kan episode selanjot nye lah dari mulai episode 10 sampai eopisode 14,sebab dekat gengtube cuman sampau episode 9 je
terimekasih sebelumnya

saya xde share link tonton online drama ni

Sifat Ayuni menghampakan. LEMAH, LEMAH, LEMAH!!!!!!!! Dah sampai Episode 10 belum lagi jumpa mak angkat dia, orang tua tu dah pucat sangat!
Status Zafran suami yang bodoh. Lembu cucuk hidung. Tak pandai buat keputusan. Kejam tu dah memang expected supaya menunjukkan yang itu character dia tetapi yang lain-lain perangai tu bodoh lembab sangat!
Emelda pula susah nak kasihankan dia, jadi tak payah lah kena racun macam padan juga!
Fakri yang paling kuat dalam cerita ini, buat suka hati dia, bagus juga dia punya acting - bila peluk-peluk bantal tu muzik pun bagus, nak tak nak kasihan juga. Ya lah, bila lihat orang menyinta hingga begitu, love is love no matter how it is.
Mak Tam nak dikatakan watak yang paling teruk, tat patut dibayar gaji! Tak guna untuk Ayuni, Emelda atau adik yang satu lagi.
Orang yang dicafe tu semua acting boleh kencang tetapi tak dibanyakkan skope, kasihan! Padahal semua tukang masak dengan Abang Bud tu ada kebolehan memberi lebih cahaya pada cerita ini.
Yang kasihan si Abang angkat. Mat ni stylo milo - patuh jaga keluarga, berkebolehan, sayang pada semua. Ini baru despatch rider, kalau dia yang duduk dikerusi Zahran cafe yang tak seberapa itu barulah jadi boom town!!
Si Mak Datin pula, orangnya cantik sangat! Hitam manis, profile paras dia very interesting dari semua angles. Sayang dia punya watak asyik nak suruh anaknya membuntingkan bini. Bukannya senang kerja made to order ni. Yang bodohnya dia tak periksa si Ayuni tak disukai mama dia yang gila sombong tu. Padanlah dibodohkan-ditinggalkan lakinya dulu. Sebab dah bertahun pun tak pandai-pandai!!
Sorry lah, saya yang tergila-gila terhegeh-hegeh kan cerita ini sangat sangat sedih cerita ni lembab sangat!
Sebenarnya Aqasha actor yang bagus tetapi skrip yang diberinya dalam cerita ini, rasanya dia pun penat - muka tu dah nak macam cari kerja lain aja laa.
Nak tunggu lagi empat episode aja. Tapi dari garis sini saja nampaknya endingnya pun bukan yang boleh membuat kita lompat bagi High 5!!


EmoticonEmoticon