Ayuni Safira Episod Akhir

Episod Akhir Drama Ayuni Safira TV9 Slot Ratu – EPISOD 14
Ayuni Safira (Siti Saleha) merasa sangat bahagia di sisi suaminya, Zafran (Aqasha). Bagi Ayuni, cinta selepas kahwin adalah saat paling membahagiakan! Zafran pula seakan tidak dapat berjauhan dengan isterinya, Ayuni. Cintanya pada Ayuni semakin menebal!

Zafran menemui Dira (Sura Sojangi) rakan sekerja Ayuni, merangkap teman baik Ayuni. Bertanyakan perkara paling disukai isterinya. Dia merencana ingin membuat kejutan buat isterinya. Dira memberitahu Ayuni ingin sekali menikmati makan malam istimewa. Mendengar jawapan dari Dira, malam itu Zafran menyediakan hidangan makan malam special untuk isterinya.

Di kuliah pula, Ayuni bergegas menemui Fakri (Afiq Muiz). Mendengar situasi ibunya Emelda (Maria Farida) yang kini sedang tenat, Ayuni segera bergegas menumpang Fakri balik ke rumah ibunya. Setibanya di rumah, Ayuni terkejut melihat rumahnya kosong! Langsung tiada orang!

Barulah Ayuni tahu, rupanya Fakri hanya menipu dan memerangkap dirinya. Ayuni berusaha meloloskan diri namun tak berjaya akibat cengkaman kuat dari Fakri. Ayuni meronta-ronta apabila Fakri ingin merogolnya. Mujur Rania (Eyra Hazali) dan ibunya tiba tepat pada masanya.

Emelda berang mengetahui suaminya sendiri cuba mengambil kesempatan ke atas anaknya. Emelda menghalau suaminya dari rumah lantas melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Hubungan Ayuni bersama ibunya kembali pulih. Malah ibunya berasa kesal kerana mempercayai kata-kata dusta suaminya selama ini hingga menyebabkan hubungan dua beranak itu berantakan.

Mak Piah (Mak Wan Latah) yang juga menjaga Ayuni selama ini merasa bahagia melihat Ayuni dan ibunya kembali akrab. Malah Bad (Zul Handyblack) menjadi seorang anak yang bertanggungjawab pada ibunya selepas ditegur oleh Fazrin (Nizen Ayub). Fazrin ditugaskan menjadi pengurus di kafe itu. Mak Piah lega melihat anaknya mendapat pekerjaan yang bagus.

Fakri seperti orang hilang akal. Semua wanita dilihatnya seakan wajah Ayuni. Itulah balasan yang diterima oleh dirinya atas perbuatannya selama ini. Malah keadaan dirinya yang sangat selekeh seperti sang pengemis, membuatkan semua orang melarikan diri.

Walaupun rancangan makan malam romantis bersama isterinya tergendala, Zafran sentiasa mencari peluang meluangkan masa bersama isteri tercintanya. Ayuni bersyukur dikurniakan suami yang penyayang seperti Zafran. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Ayuni Safira hingga episod akhir
Siti Saleha - Ayuni Safira
Aqasha - Zafran
Zarina Zainuddin - Puan Sri Liana
Afiq Muiz – Fakri
Maria Farida - Emelda
Eyra Hazali – Rania
Nizen Ayub – Fazrin
Mak Wan Latah – Mak Piah
Sasqia Dahuri - Geena
Maria Farida - Emelda
Sura Sojangi – Dira
Zul Handyblack – Bad

Gambar Drama Ayuni Safira TV9
Ayuni Safira episod akhir, sinopsis episod terakhir Ayuni Safira TV9 episod 14, gambar, pelakon, drama Ayuni Safira TV9 tamat, last episode, ending Ayuni Safira TV9, episod kemuncak
Drama Ayuni Safira dah pun tamat di episod 14 (episod akhir). Happy ending!

Drama Ayuni Safira episod akhir disiarkan: 3 Julai 2015
Ayuni Safira episod akhir: Episod 14
Hari: Jumaat
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9

2 comments

xda ngga glak cita tok..

awak ditag ye http://nutyra.blogspot.com/2015/07/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html


EmoticonEmoticon