Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir

Episod Akhir Maaf Jika Aku Tak Sempurna Drama TV3 Slot Akasia

Hajat untuk mengahwini Luqman (Fahrin Ahmad) akhirnya tercapai. Sungguhpun begitu, Sarah (Ika Nabila) tidak dapat mengecapi kebahagiaan sebagaimana yang dia inginkan. Berkahwin kerana terpaksa. Luqman dinikahkan dengan Sarah selepas mereka ditangkap khalwat.

Sarah kecewa, Luqman tidak mencintainya. Malah dirinya juga menanggung malu selepas kes ditangkap khalwat. Selepas sebulan berkahwin, Luqman nekad ingin menceraikan Sarah. Sarah redha.

Melina (Sara Ali) masih di Australia. Hatinya remuk selepas mendengar berita khalwat antara Luqman dan Sarah. Melina memutuskan segala jenis perhubungan dengan Luqman. Melina maklumkan kepada mamanya, yang dia akan melahirkan anak di Australia. Mendengar berita itu, mamanya, Datin Maziah (Amy Mastura) berasa gusar. Dia diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.

Melina bergegas balik ke Malaysia. Di hospital, Melina terserempak dengan suaminya, Luqman. Luqman cuba menyapa Melina, namun Melina tidak menghiraukannya. Sakit hatinya masih tersisa. Kepercayaannya terhadap Luqman lenyap sekelip mata. Benci hatinya melihat kelibat Luqman.

Luqman cuba menerangkan kisah sebenar pada Melina, namun tidak berkesempatan. Melina enggan mendengar penjelasan Luqman. Luqman meminta bantuan sahabat rapat Melina untuk mengorek rahsia dari Zeti (Tasha Shilla) tentang kes khalwatnya. Pada awalnya, Marr, Zetty dan Yuni tidak mahu membantu Luqman. Namun, selepas mengesyaki Luqman diperangkap, mereka cuba menyiasat kes itu.

Di kelab malam, mereka bertiga berpura-pura mengata Melina di hadapan Zita. Tujuannya agar Zita termakan umpatan itu. Selepas mendengar sahabat baik Melina sendiri mengumpat musuhnya iaitu Melina, Zita tersenyum puas. Dalam keadaan mabuk, Zita mendedahkan rahsianya. Bahawa dirinyalah yang memerangkap Luqman dan Sarah.

Segala pengakuan itu, telah mereka rekodkan dalam telefon. Rancangan mereka mengorek rahsia khalwat Luqman tercapai. Luqman dan Sarah sah diperangkap Zita. Mereka bertiga gembira kerana dapat merakam bukti penipuan Zita.

Zita tersedar bahawa dirinya telah terlepas cakap. Rahsianya terbongkar. Zita cuba mengejar mereka bertiga dalam keadaan terhuyung hayang kerana masih dalam keadaan mabuk. Ketika melintasi jalan, Zita tidak sedar sebuah kereta telah meluru laju ke arahnya. Zita cedera parah. Darah mengalir keluar dengan banyaknya.

Bukti rakaman itu ditunjukkan kepada Melina. Baru Melina sedar, bahawa suaminya tidak bersalah. Melina menunjukkan tanda-tanda ingin melahirkan anak. Dia terus dikejarkan ke hospital. Melina cuba menahan sakit, dia menangis kerana rasa bersalah pada suaminya. Luqman bergegas ke hospital. Melihat kemunculan suaminya, pandangan Melina terus kelam.

Heykal membawa Effa berjumpa mamanya. Effa manis berbaju kurung berjaya menambat hati Datin Maziah. Hubungan Heykal dan Effa direstui mamanya. Di pejabat, Sarah semakin rapat dengan Umar. Malah hubungan mereka dari rakan sekerja bertukar menjadi teman istimewa.

Selepas kemalangan itu, Zita keguguran, malah sikapnya juga telah berubah. Dia masih bekerja di pejabat dengan menggunakan kerusi roda. Walaupun dia menyebabkan Sarah dan Luqman di tangkap khalwat, namun Sarah tetap melayannya seperti sahabat baik.

Melina meneruskan pengajiannya sehingga tamat. Dia berasa bersyukur kerana mempunyai rakan yang begitu baik hati terhadapnya. Dia dan Luqman mempunyai bayi perempuan yang comel. Melina merasa begitu bahagia di sisi Luqman. - Tamat -

Pelakon yang menjayakan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir

Luqman – Fahrin Ahmad
Melina – Sara Ali
Zeti – Tasha Shilla
Sarah – Ika Nabila
Haris – Hefny Sahad
Datin Maziah – Amy Mastura
Heykal – Reza Hasbi
Marr – Marr Mohamad
Zetty – Shella Faeiz
Yuni – Sabreena Ibrahim

Gambar Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir, sinopsis episod terakhir Maaf Jika Aku Tak Sempurna, gambar, pelakon, pengajaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir, last episode, ending Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Zita kemalangan 

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir, sinopsis episod terakhir Maaf Jika Aku Tak Sempurna, gambar, pelakon, pengajaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir, last episode, ending Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Masih hidup rupanya Zita. Dah berkerusi roda. Sarah bantu Zita menolak kerusi rodanya.

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir, sinopsis episod terakhir Maaf Jika Aku Tak Sempurna, gambar, pelakon, pengajaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir, last episode, ending Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Gambar anak Melina dan Luqman. Hidup bahagia selamanya.

Pengajaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Ada yang setia menonton drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna setiap minggu? Malah menonton hingga ke episod terakhir? Melalui drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, ada banyak pengajaran yang kita perolehi. Usah begitu sombong, bongkak, walaupun kita mempunyai kehidupan mewah. Jangan lupa, orang sekeling kita jugalah yang banyak membantu kita. Hormati orang tua. Masa awal episod Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Melina begitu kurang ajar terhadap orang gajinya, Mak Repah (Mak Jah).

Jadilah anak yang baik, mendengar kata orang tua, hidup berpandukan syariat Islam. Watak Melina pada awalnya begitu gemar bersosial, suka membantah kata-kata orang tua, suka pergi ke kelab malam. Buat para suami, jangan terlalu melayan kawan perempuan. Usah terlalu rapat. Yang mana boleh mengguris perasaan si isteri. Macam hubungan Luqman dan Sarah. Dah tahu Sarah begitu mendambakan cintanya, nak jugak melayan. Sarah minta hantar ke rumah, Luqman pi hantar. Sarah ajak Luqman lunch, pun on je. Hadoi..berdrama la sangat. Ok, sekian. Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna pun dah tamat. Saksikan drama Bila Hati Berbicara yang mula disiarkan pada malam esok.

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Slot Akasia
Tarikh episod akhir disiarkan: 27 Oktober 2014
Hari: Isnin
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV3
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

3 comments

Dah tamat...ingatkan Zita tu dah meninggal..rupanya masih hidup dan masih berlagak Diva...yg best sbb as usual cerita Melayu..happy ending..:-D

tula ingat zita tu meninggal dah. Diva lak tu hehe.

happy ending, habis dah cite ni

kmk nanga sikit2 jak drama tuk,tp bila nanga fahrin kahwin ngan ika nabila ya,nak tauk juak kenak,jadi bila dah baca sinopsis tuk baruk tauk jln citanya tek....


EmoticonEmoticon