Kedai Emas DuaLogam Merlimau - Emas 916

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 15/10/2014

Siapa yang tak suka emas. Pastinya, aku sebagai wanita memang meminati barangan perhiasan berasaskan emas. Kalau husband tanya, hadiah birthday nak hadiah apa. Sepantas kilat aku akan jawab gelang emas. Sepantas kilat juga husband akan menunaikan permintaanku. “Nah, gelang silver. Hadiah birthday buat sayang”. “Gelang silver pun jadi la, janji gelang. Katanya, masih dalam usaha mengumpul duit untuk beli gelang emas. Oh prihatin sungguh husbandku.

Bila tengok berita kat tv, selalu gak mata ni menjeling harga emas yang tertera kat bawah tv. Malah habitku berjangkit kat husband pulak. Kalau harga emas naik atau turun, husband la yang inform kat aku. Beberapa minggu lepas, harga emas jatuh. Husband excited bagitau kat aku. Kat sini, di Mukah Sarawak harga emas biasanya RM140 segram, masa harga emas jatuh, segram tu harga RM133.
  
Pertama kalinya, aku baru mengetahui rupanya ada emas dijual secara online. Malah aku lihat tawaran harga segram emas di Kedai Emas DuaLogam Merlimau jauh lebih murah berbanding di tempatku ini. Teruja! Mungkinkah impianku memiliki gelang emas bakal tertunai di Kedai Emas DuaLogam Merlimau? Jengjengjeng…sedang buat rundingan dengan husband tersayang.

Harga emas ni mengikut harga pasaran. Ada naik dan turun. Masa menjelajah blog dan Facebook Kedai Emas DuaLogam Merlimau, pergh tergoda sungguh aku dengan gambar dipaparkan. Kedai Emas DuaLogam Merlimau ada menjual gelang, subang, rantai, cincin, buah rantai dan rantai kaki. Cantik-cantik! Ada jugak saiz yang besar tapi beratnya ringan (pembelian berbaloi, boleh beli dengan harga murah kalau beratnya ringan. Yang penting besar. Boleh melaram ala-ala Datin. Hehe).

Terpegun aku tengok pelbagai rekaan emas dipamerkan. Untuk memudahkan aku skrol kesemua gambar emas yang dijual, aku lebih suka menggeledah di galeri gambar Facebook.

 Facebook Kedai Emas DuaLogam Merlimau



Gambar Kedai Emas DuaLogam Merlimau. Bangunan kedai warna hijau.


Pilihan kepelbagaian barangan kemas di Kedai Emas DuaLogam Merlimau



Gelang tangan yang begitu cantik dan besar. Rantai yang cantik menawan. Cincin super bling-bling. Malah ada banyak lagi rekaan barangan kemas yang pastinya menggoda jiwa dan raga kita. Apa yang membuatkan aku kagum pasal Kedai Emas DuaLogam Merlimau ni, selain harga emas jauh lebih murah, perkhidmatan melayan pertanyaan pelanggan pada kadar terbaik! Rajin dan peramah mereka ni. Buktinya haa tengok kat komen tu. Semua pertanyaan di reply.


Lokasi Kedai Emas DuaLogam Merlimau:
JB 7011,
Taman Mewah,
Jalan Merlimau,
77300 Merlimau, Melaka

Masa urusniaga Kedai Emas DuaLogam Merlimau:
Hari: Isnin, Selasa Rabu, Khamis dan Sabtu
Waktu: 11.00 pagi hingga 6.30 petang

Contact Kedai Emas DuaLogam Merlimau:
SMS/Telegram/Whatsap: 019-6551980

Nak beli emas pada harga terbaik? Murah? Jom bertandang ke Kedai Emas DuaLogam Merlimau. Pembelian berbaloi-baloi! Anda terlalu jauh untuk datang ke Melaka? Usah risau, kini perniagaan membeli emas di Kedai Emas DuaLogam Merlimau, telah ada secara atas talian. Mudahnya membeli-belah. Jom..jom singgah!

*Jumlah gambar di dalam entry ni bertotal 4 keping. Digabungkan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

Moga berjaya ;)