JAKARTA-BANDUNG
PART 5
Sambungan:
Ekslusif:
Mine Home Cihampelas HotelBye bye Bandung. Hari ni kitaorang berangkat ke Jakarta. Supir kami bawa coaster yang lebih besar. Al maklum la, barang yang kami bawa tu banyak. Bak kata orang Sarawak, melobo. Hehehe. Lepas je check out, kitaorang terus bertolak ke Jakarta. Perjalanan dari Bandung ke Jakarta memakan masa 3 jam. Kalau trafik jem boleh makan masa sampai 5 jam! Alhamdulillah, time ke Jakarta tu trafik berjalan lancar.
Dalam perjalanan,
kami singgah berehat di R&R. Kami makan tengahari di Restoran Grand Sederhanabintaro.
Order nasi ayam lepaas kat situ. Nasi ayam lepaas ni seakan2 nasi ayam
penyet. Murah je! Nak tahu harga ayam lepaas ni? Hanya RM3.50 kalau duit
Malaysia. Sedap!
Restoran
Grand Sederhanabintaro
Ayam lepaas
Katanyaaaaaa....
Menurut supir
kami, tandas di R&R sini paling tercantik di Jakarta. Luas dan besar
katanya. So, apalagi.. aku pun terjah tandas situ. Bila aku masuk, wah...betul
kata dia... Besar, wangi, bersih!
Tandas di R&R
Jalan di Jakarta
teramatlah jammed. Hotel yang kami duduki berada tidak jauh dari Mangga Dua
shopping compleks. Untuk buat pusingan masuk ke lorong hotel kami mengambil
masa kira2 sejam! Bukannya jauh pun pusingan U tu tetapi oleh kerana terlalu
jammed, ia memakan masa yang lama.
Yang bestnya, bas
ada laluan sendiri. So, kalau nak cepat, baik guna bas je. Kami menginap di Rumah Shinta. Hotelnya bersih dan sangat2
selesa. Harganya berpatutan dan pakejnya sama seperti di Bandung, sarapan
disediakan. Supir kami pun kami kasi satu bilik. Terkejut dia bila my hb bagi
kunci bilik. Itulah kali pertama dia tido di hotel. Sebelum ni, kalau pergi
Jakarta dengan pelancong, dia tido di dalam bas. Setelah check in, kami rehat
sekejap sebelum bersiar-siar di Mangga
Dua.
Rumah Shinta
Tepat jam 5
petang, kami pun gerak. Pelayan hotel tu cakap Mangga Dua dah tutup jam 5 p.m.
Aku pun pelik. Takkan la shopping kompleks yang besar tu dah tutup. Selidik
punya selidik, rupa-rupanya Mangga Dua ni banyak bangunan. Yang dia cakap tu
Pasar Pagi Mangga Dua. Pasar Pagi Mangga
Dua tempatnya jual barang2 murah. Manakala di WTC Mangga Dua, barangnya mahal seperti shopping complex kat
Malaysia jugak.
WTC Mangga Dua
Pasar Pagi Mangga
Dua
Aku ingatkan
Pasar Pagi tu tempat jual ikan dan sayur. Rupanya kompleks beli belah. So,
takpe. Kitaorang jalan2 saja la di WTC Mangga Dua. Window shopping je kat sana.
Tak ada yang best sangat kat WTC Mangga Dua ni. Lebih kurang macam kat Malaysia
jugak. Setelah pusing2, kami pun balik kat hotel. Kami makan malam di gerai
bersebelahan dengan hotel kami je. Masakannya sedap dan harganya pun murah.
Lepas makan, apalagi.. Tido. Zzzzzzzz..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
22 comments
nice review dear :)
Terpegun tengok balik air yang cantik tu :)
macam sedap je alam lepas tu.. hehe.. :D
Bestnya kak yum g bercuti..
nice entry....akak tak pernah sampai lagi kat sana....
SERENOKNYA
bestnyaaaaaaaaaaa
Tak pi tanah abang ke?
wah.. best nya.. ingatkan pasar pagi tu jual barang basah macam ikan dan sayur tu.. hehe..
cantiknya tandanya tu..mcm bilik
Bestnyaaa ;D
ayam lepas tu dah macam ayam penyet kan..
seronoknya dapat pergi tempat orang... :)
lagi liburan ya...??? happy enjoy ya :)
Bandar Jakarta memang cantik.. Erin dah pernah pergi Jakarta.. Memang teruja..cantik bangat sih...
Wah ! bersih jer kawasannya...pasar pun bersih... best lah camtu..
mangga dua tu mmg tempat wajib ka selalu kt tv pun diorg pi situ
harga bilik berapa di rumah shinta?
nanti yumida tanye hb...yumida pun x pasti. dia yg berurusan depan kaunter
cantik giloss tandasnya..!
ayam lepass...nama lucu, tapi nampak sedap..!
tak sempat nak pergi bro.. masa tak mengizinkan..
harga bilik standard katil queen rp 295000 atau rm 84
family room rp 435000 atau rm 125
nyummy ! =D