Tengok Melodi tak? Haa..salah
seorang pengacara tu namanya Awal Ashaari. Sorang lagi tu Zizan Razak. Selain mengacara,
Awal Ashaari pernah berlakon. Terbaru, Awal Ashaari bakal membuka sebuah kafe. Beznye.
Makan makan makannn.. Nak tahu bagaimana persediaan Awal Ashaari bergelar bapa,
jom baca.
Home
Archives for March 2014
Gambar kahwin Syamsul Yusof & Puteri Sarah
Alhamdulillah, artis
kahwin lagi. Kali ni giliran siapa? Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Tahniah
buat kedua-duanya! Sorang kacak sorang jelita. Memang cun sangat! Jom tengok
gambar perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Awal Ashaari buka Kafe
Siapa sangka seorang pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari begitu
hebat dalam bidang kulinari. Teringat dengan program Ketuk-Ketuk Ramadhan, Awal
Ashaari pernah dijemput oleh Sheila Rusli sebagai artis jemputan untuk memasak.
Hmmm…memang terer dia ni memasak. Bukan sahaja memiliki pakej yang lengkap,
contohnya? Erk…. Ensem, macho, wajah kemelayuan, rekod bersih takde
kontroversi, berlakon, mengacara program besar, bahkan hebat di dapur! Dengar khabarnya,
Awal Ashaari nak buka kafe. Betul ke? Meh kita baca info selanjutnya.
Ladang Strawberi di Bandung, Indonesia
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengarang cerita hasil
percutian ke Indonesia seminggu yang lepas. Pengalaman yang menyeronokkan! Rasa
macam tak puas. Tak puas nak bershopping. Hihi.. Murah! Rambang mata nak pilih
barang. Itu nak, ini nak. Semua nak rembat!
Hadiah Top Commentators Bulan Mac 2014
Masihkah ingat entry diriku yang ini? Ganjaran Top
Commentators blog Yumida. Alhamdulillah, bulan Mac ni
sudah sampai ke penghujung. Top pengomen blog Yumida bakal menerima hadiah…
Tangkuban Parahu di Bandung, Indonesia
Menuju ke Tangkuban Parahu ni ala-ala nak ke Cameron
Highland. Kawasan pergunungan. Sejuk! Juga mengambil masa sekitar 1 jam lebih
untuk sampai ke destinasi.
Singkapkan Doa Kami – Riz
Sempena
mengenang tragedi MH370 sebuah lagu telah dicipta. Berjudulkan Singkapkan Doa Kami. Lagu ini dicipta
oleh LY dan Baiduri. Mesej lagu ini adalah untuk meluahkan simpati kepada
anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan
tersayang.
Singkapkan Doa Kami – Lagu MH370
Komposer tempatan LY atau nama sebenarnya Rozman Shafie
mencipta lagu 'Singkapkan Doa Kami' bagi meluahkan simpati beliau kepada
anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan
tersayang.
Shila Amzah - Tragedi MH370 bukan salah saya
Kehilangan pesawat MH370
masih gagal untuk dijejaki. Rentetan itu ramai warga China menuding jari pada
Kerajaan Malaysia. Malahan artis yang menempa nama di sana (Beijing) turut
menerima tempias. Misi Search And Rescue
(SAR) giat dijalankan. Dengan bantuan beberapa buah negara lain. Hope warga
China memahami. Apabila ada mendengar khabar dari satelit akan gambar serpihan
pesawat, Malaysia terus ke sana. Bila kata di situ, terus ke situ. Ianya bukan
proses yang mudah dengan cabaran Lautan Hindi itu sendiri. Petunjuk sentiasa
berubah-ubah.
Shila Amzah, 23 tahun, yang sebelum ini pernah memenangi
anugerah nyanyian di China menerima
tohmahan dan cercaan gara-gara tragedi MH370.
GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan
Klik banner utk join
Tamat: 05/04/2014
Tips Bercinta: Tinggalkan Lelaki itu!
Anda sudah punya buah hati? Jika ada, Alhamdulillah…moga
membuahkan bunga-bunga cinta yang bahagia. Masih single? Takpe, jangan risau,
pasti suatu hari nanti anda akan menemui jodoh yang ideal. Pernahkah anda
menyelidik dan mengkaji sikap pasangan anda? Ini penting untuk melihat masa
depan sesebuah perhubungan.
Giveaway Simple-Simple by Shad
Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.
Klik Banner untuk Join
Senarai Hadiah
Klik Banner untuk Join
Senarai Hadiah
R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5
Due Date : 21 April 2014
Kesan kontroversi terhadap Hanez Suraya
Sebut sahaja nama Hanez Suraya. Sepantas kilat ianya mengingatkan
aku pada Fazura dan juga kes kontroversinya dengan suami orang. Pernah
tersiar dalam Melodi, pengakuan
seorang isteri bernama Liyana Manan mengenai hubungan antara Hanez Suraya
dengan suaminya (Romie). Sehingga kini, kisah kontroversi ini masih menjadi
bualan ramai. Malah, kehadiran Hanez Suraya di dada media juga turut dikecam
hebat oleh peminat.
Program TUBE: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera
Kim Soo-hyun dibayar RM4.2 juta untuk makan malam bersama peminat
Gambar
Kim Soo-hyun
Siapa
Kim Soo-hyun???
Kim
Soo-hyun ialah hero dalam drama bersiri Korea: My Love from the Star
Azizul & Shalwati bersalah – dipenjarakan 10 bulan & 14 bulan
Kecoh suatu ketika dahulu, apabila anak-anak pasangan Azizul
dan Shalwati membuat aduan akan kes penderaan terhadap mereka. Kejadian berlaku
di Sweeden. Seakan tidak percaya. Pelbagai prosedur mahkamah dilalui, juga
temubual terhadap anak pasangan tersebut. Semalam, buka tv, tengok berita
TV3…tup-tup ibu bapa budak tersebut telah dijatuhkan hukuman. Terkezut.
Wallahua’lam…
Aku Isterinya episod 4
Mikail mengelamun
memikirkan tentang Mya sehinggakan kata-kata Datin Adiba seperti tidak
dipedulikannya. Dia mula merasakan yang Mya sangat penting untuk dirinya.
Aku Isterinya episod 3
Sikap Mikail sungguh berbeza sekali dengan kehadiran Datin Adiba di mana
wajahnya yang selama ini sentiasa serius sudah menjadi ringan mulut untuk
bergurau membuatkan Mya Arlissa menjadi serba salah.
Aku Isterinya episod 2
Mikail melepaskan marahnya kepada Adam di atas apa yang terjadi kepada
Mya Arlissa. Hampir seminggu selepas kejadian tersebut, Mikail sengaja
menyibukkan dirinya dan tidak berbual dengan Mya Arlissa.
Aku Isterinya episod 1
Hidup Mya Arlissa mula malap selepas dia diperkosa oleh suami makciknya
dan dituduh sebagai penggoda seterusnya menjadi bahan cemuhan orang kampung.
Samsung Galaxy S3 Slim
Samsung kembali melancarkan telefon pintar terbarunya,
Samsung Galaxy S3 Slim. Model terbaru ini, hadir dengan ukuran lebih nipis dibandingkan Galaxy S3.
Skim MyHome
Skim
Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang menawarkan insentif sehingga
RM30,000 kepada pembeli rumah dan pemaju swasta akan mula dilaksanakan pada 1
April 2014.
Lampu LED jimatkan elektrik
Lampu diod pemancar cahaya (LED) antara
petua penjimatan elektrik terbaik pada pada masa kini. Penggunaan LED sebagai
lampu di rumah mampu menjimatkan elektrik sehingga 90 peratus kerana ia
menggunakan kapasiti tenaga paling minimum.
Perjanjian Bangsamoro
Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang
penuh bersejarah ditandatangani di sini semalam yang memberi pengiktirafan
terhadap kewajaran dan perjuangan sah rakyat Bangsamoro serta hasrat mereka
untuk menentukan masa depan politik melalui satu proses demokratik yang akan
menjamin identiti dan kemakmuran mereka.
Selain memberi kuasa berpemerintahan sendiri yang
bermakna kepada Bangsamoro, perjanjian damai yang diusahakan Malaysia itu juga
menyaksikan berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina dan
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Earth Hour – kempen menutup lampu seluruh dunia!
Menerusi Earth
Hour, berjuta-juta orang di seluruh dunia akan menutup lampu pejabat dan kediaman mereka selama sejam bermula
pukul 8.30 malam esok.
Lampu di sekitar 7,000 bandar raya di seluruh dunia akan
ditutup sempena acara Earth Hour hujung minggu ini bagi mengumpul
ratusan ribu dolar untuk projek-projek
pemuliharaan alam sekitar, kata pihak penganjur semalam.
Pesawat Tentera Udara India terhempas!
Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila pesawat pengangkut
milik Tentera Udara India, C-130J Super Hercules terhempas di barat wilayah
Rajasthan hari ini, kata pegawai kanan.
Pelawak Ali Mamak meninggal dunia
Al-Fatihah.
Negara dikejutkan hari ni dengan berita sedih, Industri hiburan kehilangan
sebutir lagi permata yang sentiasa menghiburkan kita.
Keluarga penumpang MH370 terima kenyataan dengan bersyarat
Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan
MH370 kini berada pada tahap menerima kenyataan mengenai insiden itu dengan
bersyarat, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan
Awam, Dr Abdul Jalil Hassan.
Beliau berkata apa yang dimaksudkan dengan penerimaan bersyarat itu ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan.
Beliau berkata apa yang dimaksudkan dengan penerimaan bersyarat itu ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) – Boeing berdepan saman hampir AS$1 bilion
Sebuah firma guaman di Amerika Syarikat (AS) mahu mewakili
keluarga mangsa penumpang pesawat MH370 bagi mengemukakan saman terhadap Boeing dan syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS). Firma Ribbeck Law berkata, pihaknya mahu mengemukakan saman kerana
mengesyaki pesawat itu terhempas selepas
mengalami masalah mekanikal.
Lokasi MH370 berada di Rabung Hindi Selatan
Pakar
geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tenggelam di satu kawasan rantaian gunung
berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The
Sydney Morning Herald semalam.
Seorang
pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata,
beberapa objek dipercayai serpihan
pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut
yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.
Kos mencari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta
Komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian kotak hitam dan
pesawat MH370 yang disahkan terhempas di perairan Lautan Hindi bakal memaksa
kerajaan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi.
Menurut seorang pakar pertahanan, kos untuk mencari kotak hitam
tersebut dijangka mencecah atau melebihi kos operasi mengesan bangkai pesawat
Air France 447 di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang menelan belanja AS$40
juta (RM132 juta).
Facebook berwajah baru
Pada mereka yang gemar akan Facebook, sure perasan yang
Facebook kini dah berwajah baru. Ker aku sorang yang terlambat.. Hihi.. Al
maklum la baru balik bercuti, baru berkesempatan nak bukak FB.
MH370: Misi mencari kotak hitam dengan TOWED Pinger Locator
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini kesuntukan masa
untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri tragedi pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi iaitu kotak hitam pesawat tersebut.
Dengan masa yang semakin suntuk, pasukan SAR kini
bertungkus-lumus mencari kotak hitam pesawat sebelum kuasa baterinya menjadi
semakin berkurangan selepas tempoh 30 hari.
MH370: Misi SAR di Lautan Hindi mencabar!
Operasi mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila
terpaksa menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung, kata pakar
hari ini.
Penumpang berkongsi pengalaman detik-detik cemas Malindo Air
Nur Azlan Abdul Wahab
Penumpang Malindo Air
Nur Azlan Abdul Wahab merupakan salah seorang penumpang
Malindo Air OD1804, yang berlepas dari Subang ke Kuala Terengganu. Penerbangan
pada pukul 7.35 pagi tadi (26/03/2014). Nur Azlan Abdul Wahab duduk di bahagian
belakang pesawat. Dia melihat percikan api keluar dari sayap enjin. Api kian
marak apabila berada di udara. Kipas sebelah kiri berhenti berpusing. Pramugari
Malindo Air kelihatan panik. Tidak membantu menenteramkan penumpang. Tindakan
pramugari menambah kegelisahan di hati penumpang. Pramugari memberi arahan agar
penumpang duduk di tempat masing-masing dengan menggunakan tali pinggang
keselamatan.
Kebakaran enjin pesawat Malindo Air
Belum pun selesai kisah penemuan badan pesawat MH370, Jumaat lepas timbul lagi insiden perlanggaran pesawat MAS dengan sekumpulan itik. Yang mana
menyebabkan penutup lensa lampu pesawat pecah. Alhamdulillah, tiada insiden buruk
berlaku.
Hari ini! Kedengaran lagi kisah kemalangan pesawat di udara.
Ianya membabitkan pesawat milik Malindo Air.
Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik
Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal
terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin
hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA)
pada Jumaat lepas (21/03/2014).
Ganjaran Top Commentators blog Yumida
Berita baik buat semua rakan blogger. Memandangkan
Yumida bakal melancong ke Indonesia 7 Mac ni, Yumida nak kasi hadiah. Mereka yang rajin meninggalkan komen
di blog Yumida akan dihadiahkan ole-ole dari Indonesia.
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370
As salam buat semua pembaca,
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis berkaitan
kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines MH370 ke Beijing. Seperti yang
diketahui umum pesawat ini kehilangan jejak semenjak 8 Mac 2014 yang lalu. Tarikh itu adalah sama dengan keberangkatan Yumida sefamily ke Jakarta pada waktu itu. Yang bezanya, kami mendahului penerbangan
MH370 sejam lebih awal.
Aku Isterinya – Slot Akasia TV3
Aku Isterinya merupakan drama terbaru
Slot Akasia di TV3. Drama Aku Isterinya akan disiarkan pada 31
Mac 2014, iaitu pada hari Isnin minggu hadapan. Pastinya drama ini juga seperti
drama-drama lain yang mana diadaptasi dari sebuah novel, yang berjudul Aku bukan Mistress.
Sinopsis
Aku Isterinya
Mya Arlissa
terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang
kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya
ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup
berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya
dan menjadi buruan ramai wanita.
Sinopsis Aku Bukan Mistress
Sinopsis Aku Bukan Mistress
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Longgokan hadiah
Selepas lebih 2 minggu bercuti, semalam balik ke umah. Bertolak jam 9.30 pagi. Tiba
di umah jam 7.15 petang. Dah gelap dah.. Then, sapu umah, mop, lap itu ini. Kemas
barang-barang.. Fuhhhh…letih..
Satu per satu kucing balik. Hepi! Cuma 2 ekor je yang belum
balik. Maybe masih merayau-rayau kat kawasan perkampungan sebelah. Belum tahu
lagi tuan dia dah balik.
Motivasi - Menjadi Insan Luar Biasa!
Semua orang nak berjaya. Tapi malangnya tak ramai yang berani untuk berubah!
Kan..kan ada kebenaran dalam kata-katanya. Coz diri ini ada kalanya tergolong dalam kategori itu. Moga kata-kata di atas memberi suntikan motivasi buat kita semua.
Cara buat duit dengan Nuffnang
As salam buat rakan pembaca,
Hari ni nak share cara bagaimana untuk
meraih keuntungan lumayan menerusi pengiklanan Nuffnang di blog. Tips ini
berdasarkan pengalaman Yumida sendiri. So, mungkin berbeza dengan cara blogger
lain. Cara buat duit dengan Nuffnang ada yang mudah, ada yang sukar! Ketahui
rahsia membuat duit dengan Nuffnang. Jom terjah!
Perencah Asam Pedas Adabi
Nak masak ikan asam pedas? Macam mana ni? Tak reti! Kang lain
pulak jadinya. Itu antara permasalahan yang aku hadapi bila bab-bab memasak ni.
Kecoh di dapur. Jangankan kata nak masak special bagai, sukat air beras pun
selalu failed. Haha…itulah kenyataan. Diterima dengan hati terbuka.
Kalau masak sefamily aku agak gabra sedikit. Juri yang merasa
banyak. So, setiap langkah memasak aku buat perancangan sebaiknya. Tapi kalau
makan berdua je dengan hb aku tak kisah, dia pun tak banyak complain. Makan je
apa yang ada.
4 sebab untuk berpisah
Anda sudah punya buah hati? Jika ada, Alhamdulillah…moga
membuahkan bunga-bunga cinta yang bahagia. Masih single? Takpe, jangan risau,
pasti suatu hari nanti anda akan menemui jodoh yang ideal. Pernahkah anda
menyelidik dan mengkaji sikap pasangan anda? Ini penting untuk melihat masa
depan sesebuah perhubungan.
Bercinta itu indah. Dek kerana di lamun cinta, kekurangan
pasangan bukanlah menjadi suatu hal yang besar. Dengan sedikit penelitian,
dengan sedikit siasatan, insha Allah pasti kita akan menemui jodoh yang
terbaik.
Cara merehatkan mata
Ketahui cara merehatkan mata
Duduk menghadap komputer dalam
tempoh yang lama, membuatkan mata menjadi letih dan penat. Ada kalanya sehingga
mengeluarkan air mata. Bukan pasal sedih, tapi mata kepenatan menatap skrin komputer.
Ianya terjadi juga disaat kita terlalu fokus membaca buku. Kurangnya kerlipan
mata, mata menjadi kering, membuatkan mata letih bekerja.
Syarat ujibakat Bintang Mencari Bintang
Pemilihan peserta Bintang Mencari Bintang musim 2 telah pun dibuat. Buat sesiapa teringin untuk menyertai
ujibakat Bintang Mencari Bintang musim 3 nanti, berikut merupakan maklumat yang
peserta harus tahu.
Program Bintang Mencari
Bintang
Bintang Mencari Bintang musim 2
Bintang Mencari Bintang ialah sebuah
rancangan program realiti dari TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan Sifu
terkenal tanah air dalam menggilap bakat baru berdasarkan bakat sketsa komedi
dan nyanyian bagi menyambung legasi mereka.
Bagi musim ke-2 ini (Bintang Mencari
Bintang 2014), Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Faizal Ismail dikekalkan
antara enam Sifu yang akan menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar.
Manakala tiga Sifu yang merupakan wajah baru Bintang Mencari Bintang musim 2
adalah Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus.
Elakkan berkata ‘kalau’
Hadis:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin
yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap
perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan
daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau
berkata: Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang
berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa
yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan
syaitan.”
Riwayat Muslim
Pahala mendoakan orang lain
Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda:
Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu
saudaranya tersebut, berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau
pula akan beroleh seperti itu juga.
(Daripada Abi Al Dardak RA)
Tips melancong ke luar negara
Seperti
yang dimaklumkan sebelum ini, Yumida sekarang tengah bercuti di Indonesia dan Thailand. Entry digarap terlebih dahulu
dan dibuat penjadualan publish entry. Terima kasih buat kengkawan yang
berkunjung ke blog Yumida.
Persediaan
sebelum melancong ke luar negara telah dibuat dengan teliti. Agar takde benda
penting yang tertinggal. Kang tak pasal-pasal terstuck kat kaunter imegresen.
So, Yumida nak sharing beberapa tips penting persediaan sebelum melancong ke
luar negara.
Khasiat soya
Tahukah kengkawan semua. Minuman susu soya banyak khasiatnya!
Setiap kali Yumida keluar, pasti akan merembat 1-2 kotak air susu kacang soya.
Menikmati di kala dahaga dan cuaca panas, memang mengasyikkan! Memberi tenaga!
Jom ketahui apakah faedah apabila kita minum air kacang soya.
Soya Yeo’s: Susu soya + Jagung
Air soya
Yeo’s sememangnya menjadi pilihan. Menawarkan pelbagai perisa. Susu soya +
jagung antara perisa yang sedap! Kalau letak dalam peti ais kan, kasi sejuk,
then minum. Pergh!!! Terbaiklah!
Gambar nanas pelbagai saiz!
Jenjalan
di kota nanas menemukan nanas yang pelbagai saiz. Ada yang kecik, sederhana
besar, besar dan nanas gergasi! Kota nanas hanya terdapat di Sarawak dikenali
sebagai Bandar Sarikei.
Nanas
sederhana besar – 2 biji RM7.00
Sedang
masak ranum. Hmmm…kecur air liur tengok nanas ni. Kalau dimakan sure manis!
Cara memberi bantuan pesakit mengalami strok haba
Apabila
seseorang terkena stroke haba, pastinya kita akan panik. Lebih-lebih lagi jika
kita tak tahu bagaimana untuk memulihkan pesakit yang mendapat strok haba ni.
Haaa…jangan risau, ikuti panduan di bawah.
Cara memberi bantuan kepada pesakit strok haba
atau heat stroke ialah:
Menempatkan
pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. Haba tinggi boleh dikurangkan jika
individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan
tuala basah. Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk
menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan.
Punca strok haba
Punca terkena strok haba atau heat stroke ialah:
Pendedahan
berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan
dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
Sumber: Berita Harian
Sumber: Berita Harian
Kesan strok haba
Tahukah
rakan-rakan sekalian, betapa seriusnya kesan akibat strok haba.
Kesan strok haba atau heat stroke ialah:
Suhu
tinggi mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan
seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Tanda-tanda mengalami strok haba
Cuaca
panas dan kering masih berterusan sehingga ke hari ini. Diramalkan cuaca panas
dan kering ni berlarutan sampai pertengahan Mac ni nanti. Fuh! Lama tu… Terbaca
berita kat internet, rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda
awal heat stroke atau strok haba.
Strok haba
Maksud strok haba atau heat stroke:
Suhu normal badan manusia kira-kira
37.0 darjah celsius.
Tebingan Sungai Rajang, Sarikei
Tebingan
Sungai Rajang, Sarikei
Tebingan
Sungai Rajang telah dirasmikan oleh YB Datuk David Lung Chi pada tahun 1991.
Persekitaran Tebingan Sungai Rajang ni memperlihatkan aktiviti perkapalan di
Bandar Sarikei, tempat menaiki bot ekspress dan bot laju di Terminal Satu, dan
perniagaan buah-buahan.
Melancong ke Indonesia dan Thailand
Alhamdulillah,
syukur. Diberi peluang untuk menikmati keindahan budaya dan sejarah negara orang lain. Negara jiran kita. Penjadualan ke Jakarta bertarikh 7 Mac
ni. First time ke Jakarta. Rasa excited sangat! Lagi bez bila dapat pergi
bersama orang tersayang, hb dan family sekali.
Balik kampung
Morning
semua! Awal-awal pagi dah kecoh. Haha… Nak bagitau kat u olls, sekarang ni Yumida dan hb on the way balik kampung.
Yey!
Jerebu membimbangkan!
Jerebu membimbangkan semua orang. Ye la bila datangnya jerebu ni,
macam-macam masalah lain timbul. Especially mereka yang berpenyakit asma. Udara
mengandungi jerebu, boleh membuatkan kita jadi sesak nafas. Mula-mula krisis
air, empangan mula mengering, cuaca panas dan kering, mengundang ancaman strok
haba, terjadinya kebakaran hutan dek cuaca panas melampau. Akhirnya, jerebu pun
datang.
Muslim Niaga Platform Dropship harus diceburi!
Saat terpaparnya
entryku yang gojes ini: Muslim Niaga Platform Dropship. Ada yang masih blur, “Kok apaan sih, Muslim Niaga
segala? Guwe enggak ngerti”.
Muslim Niaga Platform Dropship
Mengenali Muslim Niaga membuatkan diri ini terus jatuh cinta! Saya tidak perlu modal yang
banyak. Saya tidak perlu risau akan mendapatkan stok barang. Cuma berniaga
melalui internet sebagai ejen pemasaran. Muslim
Niaga platform dropship terbaik! Orang tengah antara pembeli dan pembekal.
Cukup mudah! Itulah konsep yang dibawa oleh Muslim Niaga iaitu sebagai platform dropship produk Islamik nombor
1 di Malaysia.
Laman web Muslim
Niaga Platform Dropship
Harga tong air melambung! Mahal 300% daripada harga biasa
Tong air naik 300%??? Mak ai! Cekik
darah! Mahal gilos! Mentang-mentang la tong air sangat diperlukan time ni.
Peniaga yang mengeksploitasi
harga bekas menyimpan air ketika berlaku catuan bekalan terutama di Lembah
Klang bakal berdepan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun maksimum RM20,000
selain di penjara dua tahun.
Siapa sudi nak baca???
Inilah cetusan karya yang aku hasilkan pada tahun lepas. Actually,
malu nak tayang kat semua orang. Haha… Cerpen ini pernah aku hantar dalam
sebuah pertandingan cerpen anjuran
seorang novelistar terkemuka. Tapi tak menang. Huahuahua…sila gelak. So,
dengan lapang dadanya nak share kat korang. Kalau korang free, kalau korang tak
kisah baca 688 patah perkataan,
jemput baca semua.
-Wokeh…cerpen bermula!-
Jerebu
Belum pun habis kisah
cuaca yang panas dan kering, timbul gejala tanda-tanda mengalami strok haba.
Yang mana paras suhu badan meningkat melebihi
40.5 darjah Celsius. Rentetan cuaca panas berlarutan, sesetengah tempat mengalami
krisis air. Terjadinya kebakaran hutan dek kesan cuaca panas melampau. Kini,
timbul lagi kes baru, jerebu. Alahai, macam-macam..
Tarikh penting Contest SEO Muslim Niaga Platform Dropship
Hari ni 3hb. 5hb
bakal menjelang 2 hari lagi. So, sesiapa berminat untuk menyertai contest SEO
ni jom mulakan sekarang. Tarikh akhir menghantar penyertaan semakin dekat.
Tarikh penting Contest SEO Muslim Niaga Platform Dropship
Tarikh last submit permalink
entri: 05/03/2014 11:59pm
Tarikh tamat penyertaan: 12/3/2014
11:59pm
Tarikh pengumuman rasmi pemenang:13/3/2014
08:00pm
Hadiah Contest SEO Muslim Niaga Platform Dropship
Muslim Niaga Platform Dropship merupakan penyertaan Yumida dalam contest SEO.
Selain mencuba mengaplikasi teknik SEO dalam entry Muslim Niaga Platform Dropship ni, hadiah yang ditawarkan oleh contest ini menarik
perhatian para blogger. Nak tahu?
Muslim Niaga Platform Dropship | Contest SEO Terhangat!!!
Muslim
Niaga kini dipopularkan di dada blog atas tajuk contest SEO. Yumida turut
bersaing sama. Tajuk yang Yumida pilih: Muslim
Niaga Platform Dropship. Dengan penyertaan contest SEO sebegini
memberi cabaran dan semangat dalam mempelajari ilmu SEO. Penerapan SEO ke dalam
entry. Melihat akan keberhasilan bereksperimen dengan SEO. Jika terpapar di
halaman utama Google, Alhamdulillah. Resepi berSEO menjadi.
Word cloud for Motivation
Hari Isnin macam biasa la... Sikap malas, suka bertangguh, suka melambat-lambatkan... Enjin belum panas kata orang. Haha.. Meh baca beberapa kata motivasi yang terkandung dalam gambar di atas: Word cloud for Motivation. Moga-moga kembali aura positif dalam diri.
Tol Sibu Sarawak
Sepanjang
perjalanan dari Kuching (Batu 7) hingga ke Sibu, hanya ada 1 sahaja tol yang
perlu di bayar. Iaitu tol Sibu. Tol Sibu berada di seberang Jalan Lanang, Sibu.
Dipisahkan oleh sungai yang besar! Untuk melalui jambatan tersebut, pemandu
kenderaan perlu membayar tol. Bayaran tol bergantung pada saiz kenderaan. Kalau
kenderaan bersaiz biasa, bayaran dikenakan hanya RM3.00 sahaja.
Strok haba boleh membawa maut!
Cuaca panas dan kering
ketika ni. Even di dalam rumah pun terasa bahang panasnya. Apatah lagi jika
berada di luar rumah, berjalan di bawah matahari yang terik. Tadi sempat
shopping beli barang dapur. Keluar dari kedai cepat-cepat masuk dalam kereta.
Panas. Tekak sentiasa rasa kering. Cuaca panas sebegini membuatkan diri rasa
tak selesa.
Subscribe to:
Posts (Atom)