Ending Playboy Itu Suami Aku

Terjumpa keyword Ending Playboy Itu Suami Aku di akaun Nuffnang Yumida. Before ni Yumida pernah storykan pasal ending drama ni. Nak tahu? Jom sama-sama kita baca:

Sinopsis episod akhir Playboy Itu Suami Aku

Afina masih menyembunyikan dirinya di rumah Syaf. Adrian mencari Afina di merata-rata tempat namun kehampaan. Dia langsung tidak dapat menjejaki Afina. Syaf keresahan apabila memikirkan orang tersayang Afina pasti mencari rakan karibnya. Di tambah pula Afina duduk menumpang di rumahnya. Pelbagai ikhtiar Syaf untuk menghubungi Adrian bagi memaklumkan isterinya tinggal bersama dengannya namun gagal. Afina sentiasa dekat dengan dirinya.

Fisya semakin hebat mereka cerita kononnya kehilangan Afina ada kaitan dengan perancangan Afina melarikan diri dengan Fahmi. Mendengar sahaja kisah itu, membuatkan ibu mertua Afina tidak senang duduk! Api kemarahannya membara-bara lantas menyuruh Adrian agar menceraikan Afina.

Adrian semakin bengang dengan cerita yang ditokok tambah oleh Fisya. Malahan lebih teruk, ibunya cuba untuk menjodohkan Fisya dengan dirinya! Sesuatu yang tidak dapat diterima akal baginya!

Fisya tersenyum puas! Rancangan jahatnya untuk meracuni fikiran ibu Adrian berjaya. Malahan dirinya dijadikan calon sebagai bakal menantu keluarga Adrian juga tercapai akhirnya.

Di rumah, Puan Azizah tidak dapat menerima kenyataan apabila Fisya memaklumkan berita tentang risikan dari keluarga Adrian. Ibunya berkeras hanya Adrian sahaja jodoh untuk Afina. Selepas ibu dan ayah Fisya meninggalkan halaman rumah, Nazri yang bersembunyi sejak tadi muncul di hadapan Fisya. Fisya terkejut! Berita yang didengar oleh Nazri dari mulut Fisya membuatkan dirinya marah! Nazri bertindak kasar dan menggugut Fisya bahawa hanya dia yang akan dijodohkan dengan dirinya. Nazri memperkosa Fisya! Fisya menangis tersedu-sedu sambil menyimpan dendam!

Syaf berjaya menghubungi Adrian dan memaklumkan keberadaan isterinya. Mendengar sahaja isterinya dalam keadaan selamat, Adrian menarik nafas lega. Walaupun pada awalnya Adrian berkeras ingin berjumpa dengan Afina, Syaf menghalang kerana risau rakan karibnya akan pergi. Syaf juga memaklumkan pada Afina bahawa ibu Adrian cuba untuk menjodohkan Adrian dengan Fisya. Afina bertambah sedih dan redha jika itu yang akan berlaku.

Nazri dipukul hingga cedera parah oleh orang suruhan Fisya. Inilah dendam yang tersimpan rapi oleh Fisya selepas dirinya diperkosa oleh Nazri. Fisya puas apabila mengetahui Nazri dihentam teruk oleh orang suruhannya.

Adrian datang ke rumah keluarga Afina demi membincangkan tentang risikan keluarganya. Adrian menolak dan tidak bersetuju akan rancangan ibunya untuk melamar Fisya. Mendengar sahaja berita itu, Fisya berasa marah. Adrian menyatakan dia akan tetap menunggu Afina sampai bila-bila.

Semasa Fisya ingin menuju ke tempat parkir keretanya, keluar kelibat seorang lelaki dan meluru ke arahnya. Fisya cedera parah akibat tikaman pisau di perutnya, akhirnya Fisya meninggal dunia.

Suasana sepi dan suram menyelubungi kawasan perkuburan. Ayah Fisya redha atas apa yang berlaku dan menganggap pemergian Fisya adalah suratan takdir. Keluarga Afina dan Adrian bersatu semula. Kini, Afina hidup bahagia bersama suaminya. Malah bakal menimang cahaya mata sulung mereka. Adrian semakin mengambil berat dan bertambah romantis terhadap Afina.

Masa kian berlalu, perut Afina juga kian membesar. Suatu hari Adrian membawa Afina ke tepi pantai dan menutup mata Afina. Adrian ingin memberikan kejutan istimewa buat isteri kesayangannya, Afina. Adrian memimpin tangan Afina. Setibanya di suatu tempat, Adrian membuka penutup mata Afina. Afina terkejut melihat tempat yang dihiasi oleh Adrian dengan taburan bunga dan gantungan botol kaca. Adrian merapati Afina, katanya dalam botol tersebut merupakan luahan hatinya terhadap nota-nota yang pernah Afina tulis suatu ketika dulu. Afina merasa sangat bahagia. –TAMAT-

Saksikan episod penuh: KLIK Playboy Itu Suami Aku 

Ending Playboy Itu Suami Aku – episod akhir!, Ending Playboy Itu Suami Aku

Ending yang bahagia. Sure ramai yang suka sambil tersenyum-senyum. Malah semasa drama ini hangat dipertontonkan, ramai yang tak suka si Fisya Fish tu! Hahahaha…terbukti lakonan Chacha Maembong begitu mantap! Mutu lakonan Fattah Amin danRisteena Munim pun ada nampak peningkatan jika dibandingkan dengan episod pertama.

Isu panassssssss:

Harapan Yumida, agar mereka mempertingkatkan lagi kualiti lakonan di masa hadapan. Ye la, nama pun tengah naik, hope gunakan peluang ni sebaiknya. Mana tahu bakal dilamar lagi oleh pihak produksi drama...kan kannn.. All the bez untuk semuanya.


Haaaa…gitu la endingnya. Happy ending u olls! Psssst! Drama terbaru slot Akasia yang menggantikan Playboy Itu Suami Aku ialah Ariana Rose – Drama TV3. Hmmm…jom sama-sama kita saksikan nanti.

Hadiah Ephyra dari Oceanlife2u & kak Filla

Alhamdulillah, dapat 3 trial pack Ephyra. Yang ni join dari contest kak Filla.

Hadiah Ephyra dari Oceanlife2u & kak Filla

Pek percubaan Ephyra bernilai RM79 (EM) / RM85 (EM)
 Dalam tu ade 10 sachet minuman
Memandangkan Yumida dapat 3 kotak, so kesemuanya ada 30 sachets di dalam tu. Yey! Beznye! Bermulanya cabaran 30 hari bersama Ephyra.

Khasiat Ephyra:
1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema
5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
6. “Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban, menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
8. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan
9. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
10. Membantu menyeimbangkan tekanan darah
11. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
13. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.

Thanks buat penaja hadiah Oceanlife2u dan kak Filla. Semangat nak minum ni! Nak kulit secantik baby..hihihi..

Google 2014 – new year eve from 2013 to 2014

Masa nak search di kotak carian Google. Terpandang picture homepage Google yang sangat cute! Siap gerak-gerak lagi u olls! Berpesta nak celebrate kedatangan 2014. Kalau dilihat betul-betul, angka 2013 sedang rancak menari. Nombor 4 bersiap sedia menunggu di tepi. Kelakar pulak tengok.

google homepage, google 2014, google new year eve

2014. Esok keluar yey!

Memandangkan esok cuti umum…yey! Masa untuk berdating besok hari! Berdating dengan barangan dapur…hahaha…

U olls semua apa perancangan untuk hari esok? Ada yang pergi tengok sambutan tahun baru malam ni? Mana tahu nak tengok bunga api besar tu ker. Sure sesak kan. Jalan jem..huhuhu.. Yumida kalau pergi tempat ramai-ramai macam tu suka bertenggek kat gerai-gerai. Suka tengok makanan yang dijual di gerai-gerai. Meriah! Semeriah orang yang lalu lalang.


Selalu kat bazaar Ramadhan jer selalu tengok gerai makanan berderet-deret. Hai…rindu nak jalan kat pasar malam.

Hari ni hujan, esok hujan, lusa hujan…

Sekarang musim hujan. Sesetengah tempat yang berada di kawasan rendah, pasti dilanda banjir. Macam semalam, hujan turun dalam tempoh yang lama. Alhamdulillah..setakat ini, takde lagi banjir berlaku kat sini. Risau jugak…

Kawasan yang sering dilanda banjir atau kawasan rendah, buat la persediaan awal menghadapi banjir.

BACA:

Persediaan menghadapi banjir – amaran gelombang kedua banjir

Memetik kata-kata Perdana Menteri kita di laman facebooknya: 
Saya difahamkan bahawa gelombang kedua banjir diramalkan melanda sekali lagi di beberapa buah negeri hujung bulan ini. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, saya berharap agar penduduk dan agensi-agensi keselamatan dapat berganding bahu dengan lebih sistematik. Utamakanlah keselamatan diri dan keluarga, serta marilah kita sama-sama berdoa agar banjir ini segera berakhir.- facebook Najib Razak (25/12/2013 jam 5.30 petang)

Ariana Rose terima respon positif daripada penonton!

Drama Ariana Rose sedang hangat dipertontonkan di kaca tv menerusi slot Akasia. Baru sahaja ditayangkan Ariana Rose – episod 1 namun menerima sambutan menggalakkan! Malahan menerusi komen yang Yumida baca, ada yang tak sabar menunggu episode seterusnya.

Jom kita baca apa kata penonton menerusi Ariana Rose – episod 1:

Ariana Rose terima respon positif daripada penonton!

Ariana Rose terima respon positif daripada penonton!

Ariana Rose terima respon positif daripada penonton!

Ariana Rose terima respon positif daripada penonton!

 Ariana Rose terima respon positif daripada penonton!
Sumber: Page Ariana Rose

Bagi Yumida pulak, Yumida memang suka akan bakat lakonan Nur Fathia. Menerusi drama ni watak yang Fathia bawak bernama Ariana Rose. Yang mana mewakili tajuk drama ni. Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Setiap watak yang dimainkan oleh Fathia tidak pernah mengecewakan! Lakonan menjadi! Juga seperti drama-drama yang dilakonkan olehnya sebelum ini. Keith Foo (Tengku Adam Kamil) pulak, Yumida baru mengenali lakonannya menerusi drama ni. Belum tahu tahap lakonannya bagaimana. So, wait and see je la. Haaa..jangan lupa Nabila Huda (Liyana) dan Tasha Shilla (Tengku Juwita) pun merupakan watak utama dalam drama Ariana Rose ni tau.

Drama Ariana Rose best ke idok??? Kena tunggu untuk next episode..jengjengjeng..

Saksikan drama slot Akasia Ariana Rose
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7.00 petang hingga 8.00 malam
Saluran: TV3

Betul ke lebih 1 juta orang tengok Maharaja Lawak Mega 2013?

Terjumpa lagi keyword pasal Maharaja Lawak Mega ni. Kali ni berbunyi macam ni: Betul ke lebih 1 juta orang tengok Maharaja Lawak Mega 2013?


Erk….ye erk? Yumida pun tak tahu. Kot-kot korang terdengar Dato’ AC Mizal umumkan ker. Yumida hanya pay attention kat tv masa peserta buat persembahan je. Masa  Dato’ AC berucap Yumida selalu hilang depan tv. Pergi sana sini. Hihihi… So, kali ni tak dapek den nak membantu.

Kata kunci carian pasal MLM 2013 lagiiiiii…jom terjah:

Hot meletop!

Artikel menarik:

Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Terjumpa keyword ni di akaun Nuffnang pasal isu tarik diri Boboi dari pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013. Nak tahu kisahnya? Jom ikuti kisah di bawah.

Kumpulan Boboi ni dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Actually, masa Boboi mahu keluar dari rancangan lawak program realiti ni, time tu di minggu ke-4. Selepas pengumuman kumpulan Mamu disingkirkan, Afdlin Shauki membuat pengumuman bahawa mereka ingin menarik diri. Apa yang diplankan oleh Afdlin Shauki, kumpulan Boboi keluar, kumpulan Mamu masuk. Masa tu kan semua orang terpinga-pinga. Terkejut dengan keputusan Boboi.

Then, Dato’ AC Mizal tak membenarkan sebab time tu kan tengah bertanding. Keputusan keluar or tidak bergantung pada undian penonton. So, jika penonton masih mengundi Boboi, macam kesian la kat penonton yang bersusah payah mengundi. Tapi disingkirkan. Gitulah sebabnya penarikan diri Boboi dari Maharaja Lawak Mega 2013 dibatalkan.

Alasan Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013:
“Saya rasa sudah tiba masanya kumpulan Boboi yang sepatutnya disingkirkan kerana kami percaya kumpulan Mamu layak untuk berada di atas pentas ini dan menimba pengalaman serta menempa nama sebagai sebuah kumpulan lawak baru. Mengapa saya dan Harun Salim Bachik ingin menarik diri terus dari MLM 2013 adalah kerana kami sedar cuma kami antara serpihan pelawak muka lama yang masih berada di atas pentas ini. Rasanya sejak bermulanya program Maharaja Lawak Mega sehingga MLM 2013 kami berpeluang secara automatik untuk terus  berada dalam keadaan selesa di gelanggang MLM. Saya nampak sepatutnya kumpulan seperti Mamu ini diberi peluang untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu serta menempa nama sebagai kumpulan pelawak muka baru yang berpotensi tinggi. Tidak adil bagi mereka untuk tersingkir terus kerana mereka masih tidak mempunyai sokongan peminat yang cukup kuat seperti kumpulan-kumpulan yang lain,”- Afdlin Shauki

Boboi tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 6, Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Haaaa…gitu la storynya. Boboi hanya bertahan dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 sampai minggu ke-6.

Masa Boboi mahu keluar dari MLM 2013 tu kan, Yumida baca kat facebook ada yang suka Boboi keluar dan ada juga yang masih setia menyokong Boboi.

Panjang sungguh mimpinyaaaaaa..

Hihi..kengkadang kan baca keyword yang di cari pelayar internet membuatkan aku tersenyum seorang diri. Hadoiiii…kikiki…


Just nak sharing tu je. Ye la..dah nak tengah malam dah ni... Ada yang tengah lena dibuai mimpi. Ada yang masih tersengguk-sengguk depan pc/lappy. Ada yang terkejut dari mimpi, lantas mencari maksud mimpi di internet. Layannnnn…

Ariana Rose - Adakah drama akan sama dengan novel 100%???

Persoalan yang bermain di minda sebagai seorang penonton. Adakah drama Ariana Rose akan sama dengan perjalanan cerita dalam novel 100 peratus??? Seperti yang kita sedia maklum, drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

Jawapan yang dikongsi oleh pemilik laman page Ariana Rose:

Ariana Rose - Adakah drama akan sama dengan novel 100%???

"episod Ariana Rose ade 28.. hanya 70% sahaja seperti dalam novel. ada yang ditambah dan ada yag di kurangkan mengikut kesesuaian untuk siaran tv. ."

Respon mereka:

Ariana Rose - Adakah drama akan sama dengan novel 100%???

Haaaa…terjawab sudah! Yumida lagi suka kalau jalan ceritanya berkisar 100% macam dalam novel. Tapi kalau ianya boleh menambah impak hingga terkesan ke sanubari kita sebagai seorang penonton, itu lagi baik. Kan kan…..

Saksikan drama slot Akasia Ariana Rose
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7.00 petang hingga 8.00 malam
Saluran: TV3

Playboy Itu Suami Aku episod akhir

Playboy Itu Suami Aku episod Akhir

Haaa…ade lagi kata carian berkaitan Playboy Itu Suami Aku. Tapi keywordnya berbunyi begini Playboy Itu Suami Aku Akhir. Nak tahu kisah akhir Playboy Itu Suami Aku ni, jom baca:

Sinopsis episod akhir Playboy Itu Suami Aku

Afina masih menyembunyikan dirinya di rumah Syaf. Adrian mencari Afina di merata-rata tempat namun kehampaan. Dia langsung tidak dapat menjejaki Afina. Syaf keresahan apabila memikirkan orang tersayang Afina pasti mencari rakan karibnya. Di tambah pula Afina duduk menumpang di rumahnya. Pelbagai ikhtiar Syaf untuk menghubungi Adrian bagi memaklumkan isterinya tinggal bersama dengannya namun gagal. Afina sentiasa dekat dengan dirinya.

Fisya semakin hebat mereka cerita kononnya kehilangan Afina ada kaitan dengan perancangan Afina melarikan diri dengan Fahmi. Mendengar sahaja kisah itu, membuatkan ibu mertua Afina tidak senang duduk! Api kemarahannya membara-bara lantas menyuruh Adrian agar menceraikan Afina.

Adrian semakin bengang dengan cerita yang ditokok tambah oleh Fisya. Malahan lebih teruk, ibunya cuba untuk menjodohkan Fisya dengan dirinya! Sesuatu yang tidak dapat diterima akal baginya!

Fisya tersenyum puas! Rancangan jahatnya untuk meracuni fikiran ibu Adrian berjaya. Malahan dirinya dijadikan calon sebagai bakal menantu keluarga Adrian juga tercapai akhirnya.

Di rumah, Puan Azizah tidak dapat menerima kenyataan apabila Fisya memaklumkan berita tentang risikan dari keluarga Adrian. Ibunya berkeras hanya Adrian sahaja jodoh untuk Afina. Selepas ibu dan ayah Fisya meninggalkan halaman rumah, Nazri yang bersembunyi sejak tadi muncul di hadapan Fisya. Fisya terkejut! Berita yang didengar oleh Nazri dari mulut Fisya membuatkan dirinya marah! Nazri bertindak kasar dan menggugut Fisya bahawa hanya dia yang akan dijodohkan dengan dirinya. Nazri memperkosa Fisya! Fisya menangis tersedu-sedu sambil menyimpan dendam!

Syaf berjaya menghubungi Adrian dan memaklumkan keberadaan isterinya. Mendengar sahaja isterinya dalam keadaan selamat, Adrian menarik nafas lega. Walaupun pada awalnya Adrian berkeras ingin berjumpa dengan Afina, Syaf menghalang kerana risau rakan karibnya akan pergi. Syaf juga memaklumkan pada Afina bahawa ibu Adrian cuba untuk menjodohkan Adrian dengan Fisya. Afina bertambah sedih dan redha jika itu yang akan berlaku.

Nazri dipukul hingga cedera parah oleh orang suruhan Fisya. Inilah dendam yang tersimpan rapi oleh Fisya selepas dirinya diperkosa oleh Nazri. Fisya puas apabila mengetahui Nazri dihentam teruk oleh orang suruhannya.

Adrian datang ke rumah keluarga Afina demi membincangkan tentang risikan keluarganya. Adrian menolak dan tidak bersetuju akan rancangan ibunya untuk melamar Fisya. Mendengar sahaja berita itu, Fisya berasa marah. Adrian menyatakan dia akan tetap menunggu Afina sampai bila-bila.

Semasa Fisya ingin menuju ke tempat parkir keretanya, keluar kelibat seorang lelaki dan meluru ke arahnya. Fisya cedera parah akibat tikaman pisau di perutnya, akhirnya Fisya meninggal dunia.

Suasana sepi dan suram menyelubungi kawasan perkuburan. Ayah Fisya redha atas apa yang berlaku dan menganggap pemergian Fisya adalah suratan takdir. Keluarga Afina dan Adrian bersatu semula. Kini, Afina hidup bahagia bersama suaminya. Malah bakal menimang cahaya mata sulung mereka. Adrian semakin mengambil berat dan bertambah romantis terhadap Afina.

Masa kian berlalu, perut Afina juga kian membesar. Suatu hari Adrian membawa Afina ke tepi pantai dan menutup mata Afina. Adrian ingin memberikan kejutan istimewa buat isteri kesayangannya, Afina. Adrian memimpin tangan Afina. Setibanya di suatu tempat, Adrian membuka penutup mata Afina. Afina terkejut melihat tempat yang dihiasi oleh Adrian dengan taburan bunga dan gantungan botol kaca. Adrian merapati Afina, katanya dalam botol tersebut merupakan luahan hatinya terhadap nota-nota yang pernah Afina tulis suatu ketika dulu. Afina merasa sangat bahagia. –TAMAT-

Saksikan episod penuh: KLIK Playboy Itu Suami Aku 

Ending Playboy Itu Suami Aku – episod akhir!, Playboy Itu Suami Aku episod akhir

Jangan terpedaya pada mereka yang berwajah comel!

Kat umah aku kan, ade sekor anak kucing tu yang suka sangat kencing kat tempat yang dilarang! U olls tahu tak…tempat peberet dia suka kencing atas bantal dan toto! Hadoi….menguji sungguh kasih sayang ku padanya.

Nasib baik sekor je yang jenis macam tu. Padahal pintu sentiasa terbukak. Dia nak keluar pi kencing ker…senang-senang jer nak pergi kat luar. Tapi takmo…kat tempat aku dan hb bersantai depan tv tu jugak dia nak buat hal.

Dah la cuaca sentiasa hujan. Nak jemur toto dan bantal perlu masa yang lama. Even dah bagi detergent and fabreeze tetap ade gak bau degil kat situ. Huhuhu…

Mencatat sejarah…bila kucing tu kencingkan 4 bantal berlainan untuk hari berbeza!! Hadoi….bikin guwe runsing. Heboh and kecoh kerana kucing sekor. Muka macam comel jer..macam kiut jer…tapi habit mengencing tu…hmmm…tak senonoh betul kucing comel tu.

Ole-ole dari Bandung

Aritu kawan hb pergi Bandung. Balik je…yey…kte orang dapat ole-ole. Special khas dari Bandung.

 Fridge magnet

Keychain

T-shirt

Alhamdulillah..rezeki… Ni bikin hati nak ke sana jugak. Syoknye jenjalan kat tempat orang.

Dapat hadiah shawl bling-bling!

Alhamdulillah, rezeki lagi..kali ni dapat hadiah shawl kaler pink. Bling-bling lagi. Santek!

Shawl pink

Makasih buat gegirl baik hati Saifarahana. Moga sentiasa dimurahkan rezeki.

Berangan-angan jap..pakai shawl ni time kenduri. Wah santek! Lagi menyerlah dari pengantin. Hikhikhik… 

Klu tambahan Jom TEKA: Gadget idaman ke-2

Jom TEKA: Gadget idaman ke-2 tengah meletop sekarang ni! Pemenang yang meneka dengan tepat bakal memenangi 7 hadiah misteri sekaligus!!!

Apa yang menariknya, anda boleh meneka setiap hari! Peluang anda untuk memenangi 7 hadiah misteri terbuka luas!

Sungguh pun begitu, ada rakan blogger yang request meminta klu tambahan. Memandangkan Yumida baik hati..ehem-ehem..hahaha..Yumida akan memberi klu tambahan bagi memudahkan korang meneka. Lagipun memang nak kasi hadiah buat korang. Tak syok la kan, kalau gambar yang diteka orang tak dapat nak teka.

Klu tambahan Jom TEKA: Gadget idaman ke-2:
-handphone
-ianya sedang hangat dipromosi di kaca tv
-rujuk senarai handphone bagi model dan siri telefon di SINI

Hantarkan jawapan anda ke entry ini: Jom TEKA: Gadget idaman ke-2

 
Pemilihan pemenang berdasarkan jawapan yang tepat dan spesifik. Ianya amat mudah! Sering..sering…seringkali dilihat melalui iklan di tv. Rasa sukar untuk meneka? Anda boleh rujuk link senarai handphone di atas untuk meneka. Setakat ini, ada yang meneka dengan betul tetapi tidak spesifik. Hahaha…banyak banget klu i berikan. Andai kata tiada yang dapat dengan tepat, pemilihan pemenang berdasarkan mereka yang paling banyak meneka. Jemput u olls..main teka-teka..jangan malu-malu. Tekaan ini berakhir pada 04/01/2014.

Sertai juga anjuran Yumida untuk yang ni…jemput join semua:
Giveaway Peserta Bertuah [tamat 31 Disember 2013]
Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014  [tamat 31 Januari 2014]