Cara buat duit dengan Nuffnang

As salam buat rakan pembaca,

Hari ni nak share cara bagaimana untuk meraih keuntungan lumayan menerusi pengiklanan Nuffnang di blog. Tips ini berdasarkan pengalaman Yumida sendiri. So, mungkin berbeza dengan cara blogger lain. Cara buat duit dengan Nuffnang ada yang mudah, ada yang sukar! Ketahui rahsia membuat duit dengan Nuffnang. Jom terjah! 


Jana pendapatan lumayan menerusi pengiklanan Nuffnang di blog

1) Pastikan kedudukan iklan Nuffnang tepat seperti disarankan oleh Nuffnang, agar blog kita terpilih oleh advertiser untuk mengiklankan produk mereka.
2) Dapatkan status glitterati, yang mana akan memberi kelebihan kepada kita berkaitan tawaran istimewa yang diberi oleh Nuffnang antaranya sponsored post, kempen CPUV, Kempen Blogbuster, tawaran tiket ke konsert, dan banyak lagi! Harus diingat, status glitterati akan hilang jika kita meletakkan iklan pesaing Nuffnang antaranya Komli, Innity, Adsense dan lain-lain.

Cara buat duit dengan Nuffnang

Kempen CPUV blog Yumida

3) Dapatkan tawaran kempen CPUV (Cost Per Unique Visit) sebanyak mungkin! Rajinkan update entry blog, update survey, update bio blogger dan menghantar tiket pertanyaan. Sebab apa? Agar pihak Nuffnang sedar akan kewujudan blog kita. Harus diingat, selepas advertiser memilih blog yang mereka ingin iklankan produk mereka, tugas Nuffnang pula yang akan menapis senarai blogger. So, blogger yang rajin mengemaskini survey, kemungkinan besar bakal dipilih untuk kempen CPUV!

Harus diingat..ini pesanan pihak Nuffnang:
Pemilihan blog adalah bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan juga sangat bermusim. Oleh itu mungkin ada masa di mana tidak ada pengiklan mencari kumpulan blog tertentu untuk sementara waktu. Pengiklan berhak menentukan blog pilihan untuk mereka beriklan. Setiap blog akan bersaing dalam genre masing-masing dan juga bersaing berdasarkan kedudukan demografik. Oleh kerana terdapat lebih 100,000 blog dalam komuniti, jadi ianya tidak menghairankan apabila kebanyakkan blog tidak dipilih untuk mendapat CPUV Nuffnang.

4) Selepas mendapat kempen CPUV, tingkatkan trafik blog kita. Sebab apa, CPUV ni dibayar mengikut unique visit (pelawat unik) yang datang ke blog kita. Semakin ramai yang datang ketika kempen itu berjalan di blog, semakin tinggi nilai pendapatan yang kita dapat.
5) Tetapkan entry mengikut jadual. Dinasihatkan, agar jangan tergesa-gesa untuk publish entry. Rugi jika entry dipaparkan tetapi tidak menyumbang pendapatan. Apa yang Yumida kaji, kebiasaan iklan Nuffnang keluar pada waktu tertentu. Jam 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 8 malam, 10 malam, 12 tengah malam, dan jam 6 pagi. Iklan ni tidaklah disiarkan dalam tempoh yang lama. So, rebut peluang dengan penjadualan entry antara waktu di atas.
6) Promosi iklan Nuffnang di entry kita ketika ia sedang berlangsung. Nyatakan apa iklan tersebut, maklumat lengkap iklan, apa faedah iklan tersebut buat pembaca.  Jika pembaca berminat akan iklan tersebut, mereka akan klik. 1 klik iklan bernilai RM0.25 bagi berstatus glitterati. Status ordinary bernilai RM0.15 per klik iklan. Inilah iklan kempen CPC (Cost Per Click). Kalau orang klik akan menjana pendapatan. 

Cara buat duit dengan Nuffnang

Kempen CPC blog Yumida

7) Buat entry penghargaan dan menayangkan iklan CPUV yang Nuffnang tawarkan kepada kita. Nyatakan apa iklan tersebut, maklumat lengkap iklan, website iklan, apa faedah iklan buat pembaca. Hebahan ini membantu mempromosi iklan apa yang sedang berlangsung di blog kita. Biasanya, ketika mana pihak Nuffnang tawarkan kempen CPUV kepada kita, iklan tersebut sedang bergiat aktif di blog. So, secara tak langsung, kehadiran pembaca yang tertarik dengan entry penghargaan tersebut akan menyumbang pada pendapatan CPUV dan jika mereka baik hati, akan klik iklan tersebut. Lantas menyumbang pula pada pendapatan CPC. Boleh lihat contoh entry penghargaan di bawah:

cpuv nuffnang, Talent Corp SFCF, kempen cpuv, cost per unique visits
Artikel penghargaan pemberian kempen CPUV: CPUV Nuffnang: Talent Corp SFCF 

8) Sahut cabaran menghasilkan video andai kita ditawarkan untuk kempen Blogbuster. Menghasilkan video tidaklah sesukar mana. Tapi anda akan mendapat pendapatan ratusan ringgit hanya dalam tempoh beberapa minggu! Berikut merupakan hasil pendapatan Yumida menerusi kempen blogbuster.

Cara buat duit dengan Nuffnang
Pendapatan kempen Blogbuster (Switch 2 U) RM540.00 – tempoh berlangsung 3 minggu

Cara buat duit dengan Nuffnang
Pendapatan kempen Blogbuster (Ambi Pur) RM401.00 – tempoh berlangsung 2 minggu

9) Terima tawaran sponsored post dari Nuffnang dan berikan respon dengan segera! Sebab apa, first come first serve. So, bertindak dengan cepat. Bayaran dari sponsored post ni juga tersangatlah lumayan.

Cara buat duit dengan Nuffnang
Tawaran sponsored post dari Nuffnang melalui email Yumida 

Tetttt....habis....

Rata-rata blogger bila ada blog, akan letak iklan Nuffnang di blog mereka. Ada yang mudah menjana pendapatan. Ada yang akaun Nuffnangnya statik. Termasuk diri Yumida sendiri, juga pernah merasai akaun Nuffnang statik, tak berganjak. Moga perkongsian ini memberi manfaat buat semua rakan pembaca. Tiada salahnya.... sambil kita berblogging, meluahkan ilham, meluahkan karya, sambil kita menjana pendapatan sampingan. Berblogging itu menyeronokkan! Jika kita memanfaatkan penggunaan internet semaksimumnya, pasti mendatangkan banyak faedah buat diri kita. Kan kan.... Selamat ber-Nuffnang :)

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:

66 comments

thanks for sharing Yumida...boleh juga dijadikan panduan untuk saya...
saya belum mempunyai rezeki CPUV lagi...mana tau hasil panduan Yumida, saya berjaya ke...apa2pon thanks a lot...^_^

T kasih atas perkongsian tips Yumida.. :)

thanx sharing.. baru pham mcm mne nak tingkatkan duit dgn nuffnang.. :)

Masih setia dengan Nuffnang jugak walaupun ada tambahan dengan geniee..tapi lebih fokus dengan Nuffnang..

thanks for the tips yumida. sangat bermanfaat. Yang no. 5, 6 & 7 tu adalah info baru untuk saya. :)

Thanks ye :) Singgah sini, jemput singgah blog awksweetgitu.blogspot.com =D

Support each other =)

Nice sharing kak ;D

Nice sharing Yumida.. rupanya lumayan jugak pendapatan dari kempen Blogbuster tue jer.. =D
*isi tabung yumida sekali..

tq 4 the info..sy kena rajin & gigih lagi ;)

gd one, tq berkongsi yer... done nuffnnag x2 kat sini !

lya pun masih bertahan dgn nuffnang memandangkan iklan dah makin aktif..

thanks sharing the tips..boleh di praktikkan nnt :)

thanks sharing.
sedang berusaha ni sis. hehe

maaf sekadar pendapat.. betul niat berblog , duit itu sebagai bonus yang paling penting adalah pekongsian kita dalam berblog ..

Thanks Memang good reminder ni
Tapi kadang2 rasa kecewa gak NUFFNANG tak recognize kita.

Niat blog ni untuk sembang2 asal nya :)

Wah..sharing yg menarik sis. Alhamdulillah. . Ilmu di kongsi bsama.. =D

Assalammualaikum..yumida,

nice sharing utk tambah ilmu pasal nuffnang nie....

mselim3

thanks atas info yang berguna..

thnks on ur sharing...
jmput ke tmpat sy ye....

Tq & still b'hrp dgn CPUV.......;-)

Assalamualaikum dik Yumida...perkongisan yang menarik untuk blogger baru macam Diana ni...terima kasih dik atas perkongsian ini..

thanks sharing dear.. info berguna buat deqla ni...

Assalamualaikum yangg, sheila baru belajar buat nuffnang. heheh alhamdullilah, dah 3 minggu, nampak hasilnya meningkat. hehehe semua tunjuk ajar daripada entri2 awak ni haaa~~~

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Relaks Minda dan menghantar entri ini sebagai Entri Pilihan Terbaik anda untuk dikongsikan dalam segmen Komen Entri.
Semoga sedikit ulasan dan perkongsian anda ini dapat memberi banyak manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih sekali lagi... ikuti komen entri anda di sini : http://relakssminda.blogspot.com/2014/04/10-cara-tambah-pendapatan-iklan-nuffnang.html

datang menimba ilmu.. terima kasih diatas tips ini ya.. ^_^

Assalamualaikum . . terima kasih kak :D

Terima kasih atas tips yang dikongsi, memang memotivasikan. :)

dah terjah. makasih BM atas sharing ilmunya n bg backlink berkualiti kat blog ni. patut la arini dapat email pasal pertanyaan nuff n dpt komen durian runtuh di kotak komen :)

sama2 semua coz sudi datang membaca n mencoret pandangan anda kat kotak komen ni

terbaiklah ... kena ingat pukul berapa nuff bersiaran . thanks yumida .

dapat ilmu baru lagi hari ni. kupasan yg berbeza dan unik dari yang pernah saya baca. keep it up yumida and thank you very much for sharing.. :)

Good info.. tengah cuba belajar dan menepati kehendak nuffnang ;)

Alhamdulillah, terima kasih cikpuan atas perkongsiannya. Sungguh bermanfaat. ;)

tak bape faham sangat fasal video blogbuster dan sponsored post tu. huhu. nuffnang hantar through emel eh?

kalau bukak kat nuffnang.com.my , dia under earning ke? hihi

pasal tawaran mengenai video blogbuster dan sponsored post tu, nuffnang hantar melalui email. kalau ada, rezeki. xde kat bhgn earning. just melalui email. benda ni jarang ada.

Salam, sis.

Saya baru je daftar akaun Nuffnang 4/11/14 ni. Masih terlalu baru. Blog dah register sejak 2005 tapi langsung tak pernah nak ambil tahu pasal buat duit dengan blog. Baru sekarang nak mencuba.

Entri yang mudah dan senang. Terima kasih atas perkongsiannya :)

thnks for sharing..byk ilmu dpt.by the the do visit my blog... http://housewifearts.blogspot.com

bagus info ni buat newbie mcm saya.. salam perkenalan.. :)

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

thanks.. wahh menarikkkkk tq2

Salam tumpang tanya, kalau dah nuffnang tak boleh ada iklan lain ke?: sorry newbie in blogging. come visit my blog http://cikshikin94.blogspot.com/

Thanks utk info yg menaikkan semangat nie.. jemput singgah blog saya..

belogerbiasa.blogspot.com

thanks for the info.
lets view my blog at : http://eykhaz.blogspot.my

Tak penah lg dpt earning byk.. tima kasih atas pkongsian bguna. Jmput visit my blog http://mydigdiary.blogspot.my/?m=1

ya sama lah xpernah dapat apa2..hairan visit saya juga http://al-fatma.blogspot.my/

buat duit dengan www.kakigosip.biz ...adsense dan nuffnang alternative

Terima kasih untuk info. Saya baru mendaftar dengan nuffnang hari ini.

Thanks sis di atas perkongsiannya. Saya baru minggu lepas dftar Nuffnang. Kepada rakan-rakan bolehlah lawat blog saya mohammadrahmatderise.blogspot.my

thanks for the good info! (:


EmoticonEmoticon