Sape pernah makan Mamee Chef ni? Ini
merupakan kali ke-2 aku beli dek kerana kesedapannya. Apa yang membuatkan Mamee
Chef ni lain daripada mi segera lain. Ia mempunyai sedikit sentuhan daripada
chef. Ade udang kecik yang rasanya seakan udang real. Tapi ia depend dengan
flavour mee tersebut. Ade gak Mamee Chef disertakan dengan cendawan shitake dan
juga tauhu.
Haaa...gini la rupa pek Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai yang aku
beli. Dalam pek ni ade 5 bungkus mi. Harganya RM5.40.
Yeah... Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai
satu! Nak tahu isi dalamnya tak? Meh scroll bawah sikit.
Taraaa! Mi nya agak lain daripada mi
segera biasa. Bentuk bulat gitu. Disertakan dengan 3 perencah sebagai perasa
mi.
Untuk menambah kelazatan mi ni, aku
tambahkan sedikit sayur-sayuran. Ku lemparkan segenggam cangkuk manis ke dalam
mi. Biarkan lama sedikit. Untuk melayukan sayur cangkuk tu. Tapi kalau nak
tambah sayuran lain pun boleh. Terpulang ada apa di dalam peti sejuk korang.
Nak letak sayur sawi, carrot, kobis, tauge, tauhu, cendawan and so on. Masukkan
je..janji ia masak.
Lepas tu, aku masukkan sebijik telur.
Before tu..pastikan telur tu dah dibasuh dahulu. Untuk pastikan ia benar-benar
bersih. Barulah selera nak makan kan. Kalau korang nak tambah benda lain pun ok
gak macam sosej, fishball, daging ayam and etc. Makin banyak bahan dalam mi
tu..makin meriah la! Ala-ala hari raya gitu.
Hasilnyaaaaaa..nyum! nyum!
Menyelerakan!