MH370: Misi mencari kotak hitam dengan TOWED Pinger Locator

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri tragedi pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi iaitu kotak hitam pesawat tersebut.

Dengan masa yang semakin suntuk, pasukan SAR kini bertungkus-lumus mencari kotak hitam pesawat sebelum kuasa baterinya menjadi semakin berkurangan selepas tempoh 30 hari.

Mengikut undang-undang yang ditetapkan, kotak hitam sesebuah pesawat perlu mempunyai keupayaan untuk menghantar isyarat selama 30 hari selepas ia diaktifkan. Tetapi pakar berpendapat, mereka boleh terus menerima isyarat dari kotak hitam itu untuk tempoh 15 hari atau lebih, bergantung kepada kekuatan bateri pada masa kemalangan itu.

"Kami perlu mengharapkan tuah. Ia seperti satu perlumbaan untuk sampai ke lokasi dalam masa ditetapkan bagi mengesan isyarat daripada kotak hitam selagi ia masih berfungsi," kata John Goglia, seorang bekas anggota Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS).

MH370: Misi mencari kotak hitam dengan TOWED Pinger Locator
TOWED Pinger Locator alat untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370

Untuk mengesan isyarat tersebut, SAR akan menggunakan alat pendengaran berteknologi tinggi yang dipinjamkan oleh Tentera Laut AS iaitu Towed Pinger Locator. Ia merupakan sebuah silinder mikrofon sepanjang 30 inci yang ditarik perlahan-lahan dalam paten grid di belakang kapal komersial. Ia dipasang bersama kabel sepanjang kira-kira 6,500 meter dan dikawal melalui alat pembawa berbentuk tiga segi dan berwarna kuning. Ia kelihatan seperti ikan pari dan dilengkapi peralatan pengesanan akustik yang juga akan berfungsi mengesan isyarat ping.
Sumber: Kosmo Online

Harapan: Moga dipermudahkan misi mencari kotak hitam. Agar semua persoalan berkaitan punca kehilangan pesawat MH370 terjawab.

12 comments

Assalamualaikum yanggg, semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat dan kotak hitamnya dengan izin Allah SWT.. singgah sambil menabung digi sini~~~

semoga dipermudahkan oleh allah swt.amin

mudahan segera dijumpai..pelbagai usaha telah dilakukan

semoga urusan dipermudahkan....

moga cepat ditemui....terlalu penat dengan semua spekulasi...

semoga urusan dipermudahkan

Moga dipermudahkan..

menanbugn di pagi hari heheheeh

we really hope kotak hitam tu di jumpai.. insyallah.. Allah swt pasti mmudahkn urusan..

Assalamualaikum dik Yumida...teruskan berdoa demi MH370..semoga segala usaha mencari MH370 dipermudahkan olehNya...

moga dgn towed tu sedikit sebanyak dpt membantu.. in shaa Allah...


EmoticonEmoticon