Kajian telah dijalankan oleh Dr. Fadzilah Kamsah
Dlm mengenali diri seseorang melalui tarikh lahir
Jom.....kita terjah!
JANUARI
Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik,
sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif,
berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah
dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan
diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik
tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk
rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu
yang sangat tinggi.
FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak,
intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan
orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya,
keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak
apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat
sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka
berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak,
berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya,
pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni,
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada
benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk
mempamerkan emosi.
MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi,
sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah,
mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan
kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat
amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang
sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka
berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang
sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan
rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang
istimewa dan baik jangan terlalu moody.
APRIL
Sangat aktif and dinamik, cepat bertindah buat keputusan
tapi cepat menyesal, sangat menarik dan sangat manjakan diri, punya daya mental
yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk),
berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada
perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah,
emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam,
agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati
yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain,
berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
Kekerasan hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi
tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik
hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari
segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi
mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak
kiri), suka berangan, kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati
orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dah leher mudah diserang
penyakit, daya khayalan yang tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal
yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta
melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak
punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.
JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap
baik, bersikap terus-terang, berperangai yang lemah-lembut, mudah berubah,
sikap, perangai, idea dan mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap
sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan
segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan
yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, berani dan tiada perasaan takut,
suka bercakap dan berdebat, pandai menawan dan memukau, suka buat lawak dan
bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan,
orang yang sangat tertib dan tulus, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati,
mudah kena selsema, suka berkemas dan bergaya, cepat rasa bosan, sikap terlalu
memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila
terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif,
kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya
tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didamping, banyak berahsia dan sukar
dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan
maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila
disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain,
sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa
sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka
benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan
mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya
simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian,
mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau
kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi
tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut,
mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi
lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.
OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan-santun dan
caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas
dan bersifat kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap
ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang
luarbiasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya
dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat
berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan,
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap
kelam-kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.
SEPTEMBER
Sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur, sangat cermat,
teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam
tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat
perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat
sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir,
daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari
maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri,
mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan
rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya,
terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda
yang luas, bersistematik.
OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil
jalan tengah, sangat menawan dan sopan-santun, kecantikan luar dan dalam, tidak
pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan,
sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat
marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta,
suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang
lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang
kelam-kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka
melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah-lembut,
romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang
orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi
persekitaran, mudah patah semangat.
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara, sukar untuk dimengertikan atau
difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh
dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang
sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti,
personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia,
banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak
kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga
berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain,
pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat
tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat
dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya,
badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak
pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan
berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa
berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal
dan mudah berubah-ubah.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif
dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa,
bercita-cita tinggi, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh
dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji,
diberi perhatian, dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur,
tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego
walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak,
pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.