Sebelum
ini:
Apabila Syaf memasuki rumah Puan Sri, Syaf terkejut melihat bunga bertaburan di atas lantai. Syaf segera mengutip bunga dan memasukkan bunga tersebut ke dalam kotak.
Afina
bersembunyi di dalam van. Afina risau jika bertembung dengan King Adrian. Syaf
membebel apbila Afina menjatuhkan bunga dan membiarkan bunga bersepah di rumah
Puan Sri.
Afina
meninjau-ninjau di dalam rumah, Afina kagum melihat kemewahan rumah Puan Sri.
Pada masa yang sama, Syaf sibuk menggubah bunga.
Mama
berjumpa Fisya bertanyakan sebab mengapa Fisya sering keluar malam, mabuk dan
bergaul dengan lelaki bukan muhrim. Puan Azizah menasihati anaknya agar tidak
hanyut dengan dunia. Fisya berpura-pura menangis. Berlakon untuk mendapatkan
simpati dari mamanya.
Semasa
Afina keluar dari toilet. Afina terkejut melihat King Adrian sedang turun
tangga. Afina tertanya-tanya sebab kehadiran King Adrian di dalam rumah itu.
Afina menyembunyikan dirinya di dalam toilet. Gara-gara tidak mahu dirinya
diketahui oleh King Adrian.
Kecoh
jadinya apabila King Adrian setia menunggu di luar toilet semata-mata untuk
menggunakan toilet tersebut. Afina cemas apabila orang gaji Puan Sri iaitu Mak
Chom mengetuk pintu toilet meminta Afina
untuk keluar.
Sebaik
melihat tiada kelibat King Adrian di luar toilet. Afina berlari mendapatkan
Syaf. Afina hampir-hampir berlanggar dengan Puan Sri. Melihat sikap tegas dan
cerewet Puan Sri, Afina menjadi cuak!
Afina
lega apabila melihat tiada King Adrian di sekeliling. Tanpa Afina ketahui, King
Adrian telah berada di belakang Afina. Afina gabra. King Adrian menggugut Afina
dan masih menyimpan dendam apabila Afina pernah menamparnya di majlis birthday
Fisya.
Di
rumah, Fisya curi-curi untuk keluar. Namun dirinya terkantoi apabila misi keluar
malamnya diketahui oleh mama. Mama memerli Fisya yang kononnya nak berubah.
Fisya sentiasa mencipta alasan agar dirinya boleh keluar.
Afina
meminta keizinan daripada Puan Sri untuk tumpang solat Zuhur di rumahnya. Afina
risau jika dia terlepas waktu solat. Puan Sri membenarkan.
Puan
Sri tertanya-tanya jika Afina hanya mengambil kesempatan di rumahnya. Dia menyiasat sendiri. Puan Sri terkesima
melihat Afina sedang berdoa. Hatinya dipagut rasa sebak.
Selepas
Afina keluar dari bilik solat, Afina terkejut dengan kehadiran King Adrian.
Seperti biasa, King Adrian cuba mempermainkan Afina. King Adrian suka melihat
Afina cemas dan ketakutan. King Adrian puas apabila dapat mempermainkan Afina!
Terbalas segala dendamnya! ‘King ditampar perempuan nerd’.
Kehadiran
2 orang kekasih King Adrian iaitu Jessica dan Rosy menyebabkan suasana rumah
menjadi kecoh. Apabila Puan Sri mengatakan sudah mencari jodoh buat King
Adrian. Masing-masing sibuk memperkenalkan dirinya jodoh terbaik buat King
Adrian.
‘Biar
betul siapa perempuan malang yang akan berkahwin dengan mamat ni?’, Afina
tertanya-tanya di dalam hati.
Ketika
Afina meminta izin untuk balik. Puan Sri memanggil Afina dan King Adrian.
“You’re getting married soon!”. Mendengar berita itu, King Adrian tercengang!
“Tapi dengan siapa mami?”, King Adrian cemas dan terkejut. Afina tersenyum
sinis. –BERSAMBUNG-
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 4 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton
di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!
Saksikan Playboy Itu Suami Aku – Episod 5 pada 18 Nov 2013
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3
Artikel
menarik:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
10 comments
Jalan ceritanya menarik
bila la nk dpt tengok drama ni..slalu ja xsempat..emmm
tak sabar tunggu episod 5.. singgah isi tabung yumida..
tak pernah tgk lagi...hihih
rajin betul buat sinopsis sendiri..hehe.. ;)
Assalam
Gaya penulis skrip ni :)
semakin menarik ceritanya :)
lps ni kalo Ai x sempat tgk..Ai dtg sini lah ek..update jgn tinggal tau Yumida.kekeke
Haha. Macam tau ja kahwin dengan sapa :p
mesti kena kawen dengan king tu kan yumida...hehehe