Sebelum
ini:
Encik
Rahim naik berang kerana Fisya tak balik semalaman selepas birthday party Fisya
semalam. Di bilik tidur, Afina terbayang tragedi menampar muka King Adrian.
Malahan
Afina seakan tidak percaya selepas menampar King Adrian. Tangannya begitu
ringan melemparkan sebuah tamparan kilat di pipi jejaka kacak milik King
Adrian. Fisya marah kerana Afina menampar buah hatinya. Juga membalas sebuah
tamparan ringan di pipi kakak kembarnya, Afina.
Setibanya
Fisya di rumah, papa dan mama sedang menunggu di depan pintu. Papa bertanyakan
ke mana Fisya telah pergi malam semalam. Seperti biasa, Fisya membohongi papanya
dan mengatakan dia keluar dengan Baby.
Apabila
ternampak sahaja kehadiran Afina, Fisya memaki-hamun kakak kembarnya itu. Encik
Rahim hilang sabar lalu menampar Fisya. Encik Rahim sudah muak melihat
kebiadapan Fisya terhadap Afina.
Di
café, King Adrian bercerita kisah dirinya ditampar oleh Afina. Dia bercerita
dengan penuh bangga! “Tampar yang berbaloi”. Kerana berjaya menghabiskan masa
semalaman bersama Fisha, adik kepada perempuan yang telah menamparnya. Baginya,
perempuan begitu mudah jatuh hati pada ketampanan yang dimiliki olehnya.
Afina
menasihati Fisya untuk tidak keluar malam. Afina mengkhuatiri papanya bakal
marah lagi. Fisya bengang apabila dinasihati oleh Afina dan menganggap Afina
busy body dengan urusan dirinya. Fisya bergaduh dengan Afina di tangga lalu
menyebabkan kaki Afina terseliuh. Mamanya yang berada di bilik ketika itu
bergegas keluar selepas mendengar kekecohan yang dilakukan oleh Fisya.
Fisya
kemudiannya pergi berjumpa King Adrian di pejabat. Hal ini menyebabkan King
Adrian kurang senang dengan kehadiran mana-mana wanita yang dipikatnya
menjejakkan kaki ke pejabat. King Adrian mengeluarkan kata-kata manis agar
Fisya segera berlalu dari situ.
Semasa
King Adrian keluar malam dengan kawannya. Mereka terserempak Fisya bersama lelaki
lain. Fisya cemas kerana kantoi dengan sikap berfoya-foyanya bersama lelaki
lain. King Adrian melihatnya dengan sinis lalu beredar dari situ.
Syaf
menelefon Afina, meminta bantuan Afina untuk menemaninya ke rumah Puan Sri atas
urusan kerja. Tugasnya adalah untuk menggubah bunga. Afina cemas kerana
biasanya tugas menggubah bunga dilakukan oleh Kak Ani. Tambahan lagi Puan Sri
sangat cerewet dengan hasil kerja seseorang.
Mama
datang ke bilik Fisya dan bertanyakan ke mana Fisya menghilang malam semalam. Fisya
berang dan membentak apabila diajukan soalan. Fisya menjawab dengan nada kasar!
Setibanya
di rumah Puan Sri, Afina tergamam melihat betapa besar dan mewahnya rumah Puan
Sri. Pada masa yang sama, sebuah kereta mewah melintasinya. Dia seakan-akan
mengenali kereta mewah itu.
Semasa
mengangkat kotak bunga ke dalam rumah Puan Sri, Afina terkejut melihat kelibat
seorang jejaka dari belakang. Jejaka itu sedang berbual menerusi telefon.
Rasanya, seolah-olah dia mengenalinya.. Tiba-tiba… “Hah!”. Kotak bunga terjatuh!
Jejaka tersebut memusingkan badannya lalu…–BERSAMBUNG-
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 3 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton
di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!
Saksikan Playboy Itu Suami Aku – Episod 4 pada 14 Nov 2013
Episod 5 pada 18 Nov 2013 kelak
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3
Artikel
menarik:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
17 comments
Akak dh tgok first day...tp mcm x best la lakonan dari citer dlm novel...maybe sebab pelakon baru kot....
mcm xbest la yumida cite ni..lg satu watak playboy biase nyee laki yg hensem gile2..tp yg ni..hurmm..n byk sgt watak monolog..xbest..
saya pun sama...dah tengok tapi macam kureng la... lakonan hero n heroin macam lemau dan tak nampak neutral.........
tak bersengat sangat cerita ni.. mgkn sebab pelakonnyer kot
x pernah tengok lagi...huhuhu...malas nak ikuti
ujung tahun nie sibuk close akaun...
nonton 1st episode dah rasa malas nak follow hehehe...lakonan kurang mantap
ramai jugak yang komen kurang mantap cerita ini..mungkin sebab org masih terbawa-bawa dengan aura Mr Arrogant
Regards,
-Strider-
petang semalam tak dapat nak tengok
Nak cerita Mr.Arrogant, xmo cerita ni.kikiki
Assalammualaikum...yumida,
semalam mselim3 tgk cerita nie.. wahh tgk mcam kena kahwin dengan playboy tu...sambungan hari nie..
mselim3
ok jugalah , Tapi KA x follow ciyter ni... neway done nuffnang dah yer
Salam singgah petang sambil membaca & follow yer
ini episod tampar menampar ya? ehehehe
singgah klik darlie kt sini :) hehe
mula2 jgn la kata x best..kita lyn je dulu.. mana la tau lama2 best.. deqla tgu org kata best, baru lyn..haahaha
wah,rajjinnya kak yumida! siap ada gambar lagi,hehe :)
rajin yumida wat review nie..
xyah tgk pn xper,,
hehe..
stkat ni mmg shark x sempat nk terjah drama tv3 ni,