Majlis perkahwinan pelakon Rozita Che Wan bersama pasangannya
pelakon sensasi, Zain Saidin mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan
apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM13 juta. Tengok angka tu melopong jap..woooooo…
Entry sebelum ini:
First dapat tahu tajaan perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin bernilai RM1.21 juta. Terkesima
jap bila tengok word juta-juta. Hihihi… Terkini, selepas sidang media semalam iaitu
25 Nov 2013, Rozita Che Wan & Zain Saidin menetapkan tarikh perkahwinan yang
dipilih ialah pada 11 Disember 2013, 11-12-13. Cantik nombornya!
Semakin ramai penaja yang ingin menaja di hari bahagia
mereka. Terkini, jumlah tajaan kos perkahwinan mereka berjumlah RM13
juta! Habib Jewels menaja set barangan kemas
bernilai RM10 juta. Penajaan lain bernilai RM3 juta
adalah daripada 27 pihak lain yang sudi memeriahkan perkahwinan pasangan
tersebut.
“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja. Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai. Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah,” katanya pada sidang akhbar di SCCC semalam.
“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja. Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai. Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah,” katanya pada sidang akhbar di SCCC semalam.
Sumber:
Kosmo! Online & Abang Nara
Alhamdulillah
tumpang gembira mendengar berita tarikh perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin.
Diserikan lagi dengan tajaan daripada mereka yang bermurah hati untuk
perkahwinan mereka. Alhamdulillah..rezeki mereka… Moga dipermudahkan urusan
perkahwinan mereka nanti. Che Ta dan Zain…pewit!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
28 comments
13 juta??? uihhh dahsyat, sangat dahsyat :)
wa..rezeki sorang2 nak o..=)
Hebat...banyak penaja yg taja perkahwinan mereka berdua...rezeki dorg berdua...
13juta....mak ai...blh wat 1 masjid...hahaha
Permbaziran betol...ermmm tp nk wat cm mne org kaye katakan...
banyak betul duit diorang ni..tapi ramai yang sponsor kan...untunglah cek ta kite nie kan
Rezeki cik ta.. bertuah la badan ramai yg sponsor..mesti meriah!! =D
mak ai byknya duit smapai berjuta2 lemon..kaya betul tu.untungla cik tah
Bertuah badan dapat sponsor smpai 13juta! Pengsan jap *_*
semoga jodoh berkekalan..
wah RM 13 juta tu, klau mkn roti kering tiap-2 hari pun tk smpai jumlah tu, untung la che ta rezeki dorang..:)
diva sangat
untunglah sponsor... semoga diorang bahagia...
fuhh. banyak tuuu. dah boleh buat modal untuk bukak bisnes jumlah tuu. hihiii
rezeki mereka lah tu kan. :)
Kalau RM13 juta tu boleh bagi anak2 yatim semua bagai. Banyak lagi orang yang susah. Tak berbaloi untuk dua orang je nak hbs kan RM13Juta.
untungnya dpaa
untungnya mereka.. tentu meriah majlis tu nanti.. singgah isi tabung.. :D
untung diorg....
Mak aihh... untungnya! hehehe....
"Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki"
dasyat betul tajaan orang...artis malaysia takde duit ke smpai mengharapkan tajaan orang..kalau stakat persalinan, venue tu ditaja okay laa..takkan bunga telur pun nak kena taja..hahaha
Regards,
-Strider-
rezeki diorang :D
cahayacinta rasa bagai mimpi..
lalu tersentak terus kata wah best murah rezeki depa ni ahaks..
isi tabung 2x ahaks
terlalu menunjuk2 .. sedekah sedikit kat anak yatim okey jugak
Fuhh Yumida.. semput dada dengar 13 juta tu huhu.. :D
menabung churp2 di sini.. :)
murah betul rezeki diorg..tp mcm mbazir pun ade kan..
Assalammualaikum...yumida,
moga mereka berbahagia selalu..amin.
mselim3
Assalam
Masyaallah. Di dunia lagi sudah mendapat syurga. Subhanaallah. Nikmat dari Nya.
Rezekinya. Nama pun retis. Mun kita tok sapa mok sponsor berjuta2. Haha
13 juta tu cuma tajaan..? ingatkan duit depa.. ngeee