Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6

Sebelum ini:

Puan Azizah mencari Afina. Fisya mereka-reka cerita mengatakan Afina keluar dengan jantan lain. Mamanya menegur sikap Fisya.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6

Afina dibawa ke sebuah kawasan sunyi. Afina meronta-ronta minta dilepaskan. King Adrian tiba di kawasan tersebut. Afina mula mencemuh King Adrian. King Adrian menggugut Afina untuk menolak permintaan maminya iaitu Puan Sri.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6


Afina meluahkan masalahnya pada Syaf. Kisah dirinya diculik dan diugut oleh King Adrian. Tetapi Syaf pula mempermainkannya.

Fisya bengang apabila teringat kehadiran Puan Sri yang datang ke rumahnya untuk meminang Afina. Fisya semakin cemburu. Fisya dan kawannya pergi ke club malam. Di situ Fisya terserempak dengan King Adrian. Fisya memerli pilihan calon isteri King Adrian. Mengatakan Afina gadis kampung, gadis nerd.. Hal itu menyebabkan King Adrian bertambah bengang.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6

Encik Rahim dan Puan Azizah bertanya keputusan anaknya, Afina. Afina menegaskan yang dirinya tidak menolak pinangan dari Puan Sri. Di rumah, Puan Sri gelisah apabila AFina sekali lagi menolak permintaanya. Puan Sri memujuk Puan Azizah agar menjodohkan Afina dengan anaknya, King Adrian.

Fisya mentertawakan pilihan gadis yang bakal dijodohkan dengan King Adrian. Hal ini membuatkan diriinya tertekan lantas merayu pada maminya agar membatalkan hasrat meminang Afina. Namun, Puan Sri tekad dengan keputusannya.

Afina berborak dengan Syaf untuk meluahkan masalahnya mengenai pinangan dari Puan Sri. Syaf memujuk Afina untuk menerima lamaran Puan Sri. Afina bertambah bingung.

Semasa King Adrian bermain gitar. Telefonnya berbunyi tertera nama ‘Nita’. Puan Sri bertanyakan pada King Adrian siapa ‘Nita’ di skrin telefon. Puan Sri membebel dengan anaknya dan menerangkan sebab itulah tujuan dia meminang Afina, agar dapat mengubah sikap playboy King Adrian.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6

Kini tiba giliran Fisya pula menyakiti hati Afina. Fisya mengungkit asal usul Afina dengan mengatakan Afina hanya gadis kampung dan tidak layak untuk dijodohkan dengan King Adrian. Afina sedih apabila mendengar dirinya dihina sebegitu.

Afina memenangkan dirinya dengan berjalan-jalan di taman bunga.  Ketika Afina menuruni tangga dan melintasi sebuah kereta. Afina terjatuh dek terkena tolakan pintu kereta. Seorang jejaka keluar sambil meminta maaf. Selepas Afina menggunakan cermin matanya,  Afina menoleh, jejaka tersebut juga terperanjat. “Awak!”. Afina dan King Adrian sama-sama menjerit! –BERSAMBUNG-

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6


Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!
  
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6


Saksikan Playboy Itu Suami AkuEpisod 7 pada 20 Nov 2013
Jam: 7 petang hingga 8 malam

TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

hai yumida . lame dah tak komen kat sini :)

hari2 ada update drama dr akak, tapi ika dh try tengok crita ni skli, tengok dlm beberapa minit, tp tak kena dengan minat ika so xnak tengok habis hukhuk

wah...boleh menonton d sini yer yumida

datang topup sini.. kenapa king buaya tu teruk sgt. huhu

lorh.. hero yg culik rupanya ye? best x lakonan dorg nih yumida?

jln cerita ok, cuma pelakon dier kureng sikit hehehe

Munirah tak sempat nak tengok citer ni lagi. kelas habis pukul 8 9 malam :(