Misteri Villa Nabila

Kisah Misteri Villa Nabila 

Misteri rumah agam Villa Nabila

Sebuah vila terbiar yang terletak di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan ramai semalam selepas seramai 23 remaja dikatakan hilang setelah memasuki rumah agam itu pada malam Sabtu lalu.

Banglo dikenali Villa Nabila yang didirikan di kawasan elit bersaiz empat buah padang bola sepak itu sememangnya cukup terkenal dengan cerita mistik selepas ditinggalkan kosong lebih 40 tahun lalu.

Polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu mengesahkan hanya seorang lelaki hilang bukannya sekumpulan seperti yang didakwa.


Remaja hilang di Villa Nabila telah ditemui
Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi (19/11/2013).

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat. Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.

"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi. "Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.



Gambar Villa Nabila - memang nampak seram dari jauh

Gambar Villa Nabila - malam-malam berani tak u olls masuk sini?

Before ni kita dikejut dengan kisah sekumpulan remaja yang hilang di rumah misteri ni di Villa Nabila. Malah pelbagai kisah seram lagi mistik digembar-gemburkan. Juga banyak versi cerita seram di Villa Nabila ni diketengahkan. Akhirnya, hari ni, budak yang hilang tu dah dijumpai. Alhamdulillah...
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

21 comments

Mesti seram villa nabila tok.. ish3..

sha ada baca kisah villa nie...mmg seram..^^

Macam-macam budak zaman sekarang. Boring sangat sampai nak buat lawatan ke rumah lama nie.

seram je tengok gambar rumah tu dear..aishh....bikin takut owhhh

1 malaysia gempar..tau2 kenak smbunyi ngan gerek..haha

isu hangat ne, klu search je mcm2 versi yg keluar...

p/s : best sgt ke diorng g melawat bngunan yg usang2 ne, pengaruh highland tower la ne... hehee :P

tgk dlam gambar pun seram.apatah lagi tgk real...

Budak tu hilang kah, menghilangkan diri? tak follow sgt crita ni..tak pasal2 hantu disalahkan, kesian hantu haha..

bebudak tu dikatakan dah 3 kali masok tp x penah kena kaco ngan hantu pun.. hmm.. menyusahkan ramai org dah bebudak tu smua.. ish2.. apapun mmg serem tgk gmbr villa nabila tu..

kisah rumah banglo paling seram...kalau tak cukup ilmu di dada jangan cuba-cuba......

hangat citer ni kan..semalam ada juga terdengar berita pasal budak ni dah dijumpai.masa tu IbuNoey tgh basuh kain.

bukan budak tu dok bermalam kat rumah kawan dia ke lepas dia keluar dari villa tu?

kmk baca dlm news tek lain.. nembiak ya ditemu di rumah kwnnya.. sik tauk nok ne satu cerita bena dah tok.

hanya dorang ja yg tau apa yg jd sbnarnya kan..tkt jgk.huhu

kalau pegi malam2,lagi2 kalau sorang2... takut... hehe

villa nie dah menjadi tempat penagih dadah.. mmg seram tp kalau mat gian yg duduk.. hantu pun lari.. huhu

pening sudah tengok vila ini apa pon moga tiada lagi kes2 yang lain

dah jumpa tu syukur dah walaupun bukan hilang di villa tersebut, semoga takde case seperti yang terjadi

Mcm2 hal kan.. kecoh seluruh malaysia...

mcm2 hal. nasb baik dh jumpa.. haihh. :) singgah menabung

seramnya tgk villa tu.. alhamdulillah budak tu selamat :)