Rumah Tergantung Di Tepi Laut

Rumah tergantung di tepi tebing tinggi dan curam, berhadapan laut


Idea unik, senibina mengagumkan, pemilik rumah yang berani giler. Itulah gambaran yang mampu aku ungkapan bila melihat rumah tergantung kat tepi laut ni. Bukan dibina di atas tanah, tapi kat tepi tebing yang tinggi!

Rumah Tergantung Di Tepi Laut, rumah terunik di dunia, rumah di tepi tebing, rumah di tepi pantai, rumah di depan laut, konsep kediaman tergantung, rumah Australia

Nak tahu kat mana rumah tergantung ni dibina? Kat Canberra, Australia. Rumah tergantung yang hanya bergantung pada kekukuhan tebing laut. Perkara yang menyeramkan melintas kepala otak aku ni, macam mana kalau berlakunya gempa bumi. Bertahankah tebing laut tersebut?

Rumah unik berkonsepkan tergantung ni dihasilkan oleh arkitek negara Australia dari Modscape's Ambitious Designs. Rumah tergantung yang direka khas sempena memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan rekaan rumah yang luar biasa. Memang luar biasa bagi aku! Ye la, siapa berani nak tinggal dalam rumah yang hanya bergantung pada kekukuhan tebing laut. Sure kos membina rumah ni tinggi dan mengambil masa lama untuk siap. Kagum aku dengan kehebatan arkitek ni.

Keistimewaan rumah tergantung:
-boleh melihat pemandangan Lautan Hindi yang indah
-rumah setinggi 5 tingkat. Pergh! Aku pulak terkejut melihat ketinggian rumah ni. Bukan rumah mendatar tapi rumah 5 tingkat tuuuu…
- rumah berkonsepkan tergantung
-dibina dengan pin keluli kejuruteraan tinggi

Agak-agak berapa la harga rumah tergantung ni. Maunya juta-jutaan. Rumah terunik pernah aku tengok.

13 comments

ee menakutkan, maw tidor pun tak lena..hehe

ee tido tak lena eh rumah cenggini..

Assalamualaikum dan salam singgah pagi dik Yumida...Rumah yang menyeramkn ni walaupn kreatif....hehe...

ai macammana la penghuni rumah nie boleh selesa duduk dalam rumah macam gini... kita yang tengok nie pun dah seram seram sejukkkk... hahaha...


teringin nak berubah atas pokok. mcm best jugak kan leulz. haha

scaryy.. lgipon kite takut tgk air laut.. so mmg tak berani lahh

Ishhhh3.. Rumah sapalah kan.. hee

err daring-nya org yg nak tgl d rmh tu

kompem tdo tak lena, seram.


EmoticonEmoticon