Peserta The Band

Tahniah diucapkan buat 32 peserta The Band yang terpilih! Memiliki bakat menyanyi dan menari, sure menghiburkan di kaca tv nanti. Tak sabar nak tengok! Daripada ribuan peserta yang hadir ke sesi uji bakat, hanya 32 yang terbaik dipilih termasuk dari Indonesia dan Singapura. Menerusi format The Band ini, 32 peserta yang terdiri daripada 16 lelaki dan 16 wanita yang terpilih ini akan membuat persembahan secara berkumpulan. Ahli kumpulan pula akan bertukar ganti setiap minggu secara rawak menggunakan sebuah mesin dikenali sebagai ‘randomiser’. Wah…berkumpulan rupanya! Menarik! Lain daripada program realiti tv sebelum ini kan… 

Mereka akan dinilai secara individu sehinggalah nanti hanya enam peserta lelaki dan enam peserta wanita yang akan mengungguli pertandingan untuk menjadi pemenang mutlak. Tentunya, The Band akan menguji kemampuan setiap peserta dalam menyesuaikan diri dan menangani cabaran sebagai artis serba boleh.

Juara The Band bakal memenangi hadiah wang tunai RM100,000 untuk setiap kumpulan, kontrak sebagai artis di bawah naungan Astro dan tajaan pembikinan album kompilasi.

Semua informasi dan berita terkini serta video dan gambar eksklusif mengenai program The Band boleh didapati melalui laman web rasmi di www.TheBand.com.my atau laman Facbook rasmi di www.facebook.com/PortalAstroGempak. Ikuti The Band di twitter rasmi www.twitter.com/Astro_Gempak dan Instagram di www.Instagram.com/AstoGempak menggunakan hashtag #TheBandMy
  

Senarai Peserta The Band


Lelaki
1. Sri Iskandar Bahrin (27 tahun, Sabah)
2. Rohaizat Hassan (21 tahun, Kuala Lumpur)
3. Huzaifah Ameer Abdul Rahman (25 tahun, Sabah)
4. Muhd Nur Mohd Akmal Ayub (21 tahun, Selangor)
5. Allan Anderson (23 tahun, Indonesia)
6. Hamiludin Usup (25 tahun, Sabah)
7. Daniel Lim Hong Ting (25 tahun, Selangor)
8. Lokmannorz Zareeq Ahmad Firdaus Tong (24 tahun, Negeri Sembilan)
9. Mohd Azri Abdullah (21 tahun, Sabah)
10. Nur Khaidir Muhammad (20 tahun, Sabah)
11. Abdul Hakim Azizd ( 24 tahun, Sabah)
12. Ahmad Lutfi (23 tahun, Sarawak)
13. Mohd Rizwan Yasin (24 tahun, Sabah )
14. Mohd Syaqil Muhamad Fadilah (19 tahun, Singapura)
15. Azahar Abdullah (25 tahun, Kuala Lumpur)
16. Zulyasrani Zauyalddin (26 tahun, Kedah)
  
Wanita
1. Ni Made Ayu Araharsini Gurnitha (23 tahun, Indonesia)
2. Dianah Hazwani (23 tahun, Kuala Lumpur)
3. Norfahim Nor Ain Yeos Amirudin (23 tahun, Kuala Lumpur)
4. Nor Jehan Ahmad Syukri (22 tahun, Kuala Lumpur)
5. Nur Mustika Kamaruz Zaman (25 tahun, Perak)
6. Norzaimiellia Zaidi (21 tahun, Kuala Lumpur)
7. Norrye Yusuf (29 tahun, Perlis)
8. Nur Fadilah Iduk (20 tahun, Sabah)
9. Asmatul Pamne Pintaz (20 tahun, Sabah)
10. Shenthy Feliziana Sudirman (25 tahun, Singapura)
11. Shahila Shariff (21 tahun, Kuala Lumpur)
12. Nur Tiara Rosli (23 tahun, Perak)
13. Nor Wanie Abdul Latif Ooi (19 tahun, Pulau Pinang)
14. Nur Nazira Harizan (19 tahun, Kuala Lumpur)
15. Iffah Mohd Hazim (23 tahun, Kuala Lumpur)
16. Firqin Balgisham Azman (19 tahun, Selangor)

Sumber: Harian Metro

peserta the band, senarai peserta the band
Peserta The Band seramai 32 orang termasuk Malaysia, Indonesia dan Singapura

Oh ya nak tahu siapa pengacara, juri dan pengajar The Band ni nanti? Jengjengjeng…

Juri The Band:
Datuk Aznil Nawawi
Yusry Abdul Halim
Syafinaz Selamat

Tenaga pengajar The Band:
Damian Mikhail
Alam Wakaka
Wahyu

Pengacara The Band:
Awal Ashaari

7 comments

Sik sabar mok tgk siapa best ;D

Tp melia x der pon konsert sabtu baru nie..

Tp melia x der pon konsert sabtu baru nie..

aah..betul! tercari2 gak mana perginya amelia
ker dia memang dah tarik diri

all the best buat yg tpilih =D


EmoticonEmoticon