Lampu & Sumbu menang saingan 1 Bintang Mencari Bintang musim 2

Tahniah diucapkan buat kumpulan Lampu dan Sumbu kerana memenangi saingan pertama. Lampu dari kumpulan A, manakala Sumbu dari Kumpulan B. Masing-masingnya menang dalam saingan 1. Saingan pertama program realiti Bintang Mencari Bintang musim 2 (BMB2) menyaksikan Lampu dari Kumpulan A serta Sumbu dari Kumpulan B bergelar juara mingguan selepas mengumpul markah keseluruhan paling tinggi.

Lampu & Sumbu menang saingan 1 Bintang Mencari Bintang musim 2, Ahli kumpulan Lampu: Ahmad Faiz Ahmad Yusof (Faiz) & Muhd Shaiful Bakri (Epul)   Sifu Lampu: Saiful Apek Lampu menang saingan 1 kumpulan A
Lampu
Ahli kumpulan Lampu: Ahmad Faiz Ahmad Yusof (Faiz) & Muhd Shaiful Bakri (Epul)  
Sifu Lampu: Saiful Apek
Lampu menang saingan 1 kumpulan A
Jumlah mata: 61.9
Hadiah: Kamera digital Nikon Coolpix P530 setiap seorang

Lampu & Sumbu menang saingan 1 Bintang Mencari Bintang musim 2, Ahli kumpulan Sumbu: Mohd Kamal Shah (Kamal) & Mohammad Ariff Fardillah Mohd Rosni (Ariff)  Sifu Sumbu: Ebby Yus Sumbu menang saingan 1 kumpulan B
Sumbu
Ahli kumpulan Sumbu: Mohd Kamal Shah (Kamal) & Mohammad Ariff Fardillah Mohd Rosni (Ariff) 
Sifu Sumbu: Ebby Yus
Sumbu menang saingan 1 kumpulan B
Jumlah mata: 71.3
Hadiah: Kamera digital Nikon Coolpix P530 setiap seorang

Tahniah buat Lampu dan Sumbu. Seronok la u olls dapat hadiah kamera Nikon. Boleh berselfie sepuasnya. Keep it up k untuk minggu seterusnya. Persembahan Gbob juga memukau. Aku suka tengok! Suaranya yang unik, dia ada personaliti sebagai seorang pelawak dan penghibur. Gbob ke Gbam? Kengkadang buat aku konpius nak panggil. Hihi..

Sesiapa nak bagi Skala Bintang untuk menilai persembahan peserta Bintang Mencari Bintang musim 2 (BMB2), bolehlah layari www.tv3.com.my/bintang.